10 PERKARA YANG KITA LUPA SEMASA MUHARRAM

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Sempena bulan baik awal Muharram ni, saya harap kita kembali kepada basic, kembali kepada fitrah kita, kembali menilai perjalanan kita sebagai manusia, kembali merenung hakikat penciptaan kita, kenapa kita bernafas kat muka bumi ni? Kenapa kita berjalan, bergerak ke sana ke mari? Sekadar nak cari kebahagiaan dan kejayaan duniawi ke? Tak….Semua tu boleh dicapai, boleh…harus diusahakan..tapi back to basic..untuk apa? Sebab semua tu tak boleh bawak pergi ke kubur…lantas semua pencapaian tu untuk apa?

Setiap manusia ada takdirnya yang tersendiri. Definisi kejayaan, kebahagiaan, kekayaan berbeza mengikut individu. Tapi kita tak boleh nak nafikan, kita semua nak kejar benda yang sama, kita nak berjaya dalam pekerjaan, pelajaran, perniagaan, kita nak bahagia dengan cinta, keluarga dan teman, kita nak kaya dalam mengejar kesihatan, harta benda dan sebagainya. Tapi kita lupa, tu semua memang perlu tapi sifatnya hanya sementara bukan perkara utama. Dalam hidup, macam mana pun kita berjalan, jalan mana pun yang kita pilih, sukar macam mana pun kita bergelut sepanjang perjalanan, tapi kalau semua itu bukan diniatkan untuk mendapat keredhaan Tuhan, untuk dikongsi dengan makhluknya yang lain, sia-sia. Senang dekat dunia belum tentu senang kat akhirat, samalah jugak kalau susah kat dunia belum tentu susah kat akhirat. Percaya dan redha adalah kuncinya.

Awal Muharram, ada banyak peristiwa bersejarah dalam bulan yang mulia ni. Sebagai Muslim wajar untuk kita ambil tahu, mungkin susah nak ingat semua tapi cukuplah belajar daripada peristiwa yang terdahulu dan ambil pengajaran daripadanya. Antara yang berlaku pada 10 Muharram atau lebih dikenali sebagai Hari Asyura ialah:

 

  1. Setelah peristiwa diusir dari syurga, Nabi Adam sangat menyesal kerana melanggar perintah Allah s.w.t. lalu berusaha memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah selama beratus-ratus tahun. Pada tarikh 10 Muharam nilah Allah telah menerima taubat Nabi Adam setelah sekian lamanya. Kita? Setiap hari? Setiap minggu? Setiap bulan? Ke setahun sekali?. Learn from this, Nabi yang kedudukan dan martabat dia lagi dekat dan tinggi di sisi Tuhan pun sanggup bertaubat dengan penuh penyesalan hingga beratus-ratus tahun semata-mata untuk memohon keampunan Tuhan, kita? Leklu kot?                                                                                                       2
  2. Pada tarikh ini Nabi Idris telah diangkat kelangit. Begitu juga Nabi Isa diselamatkan daripada dibunuh dengan mengangkatnya ke langit.
  3. Kitab suci Taurat diturunkan pada hari ini selepas Nabi Musa dan pengikutnya selamat menyeberangi Laut Merah.
  4. Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api kerana menghancurkan berhala akan tetapi terselamat kerana bantuan Allah. Api yang panas pun jadi sejuk untuk Nabi Ibrahim kerana perintah Allah. Kalau Allah sayang, bila-bila pun kita Allah akan selamatkan kita dengan caranya yang tersendiri. Ujian keimanan Nabi Ibrahim hingga teruji untuk dibakar hidup-hidup dalam api. Kita? Takyah api sangat, kena iron sikit, kena minyak panas time goreng ikan sikit, tahan tak? Ke mengeluh? Kalau kena bakar hidup-hidup agak-agak?
  5. Tarikh yang sama, Nabi Nuh as turun dari perahu penyelamat bersama umatnya yang beriman, terhindar dari air bah dan taufan yang dasyat setelah 6 bulan berlayar tanpa henti. Kagum saya dengan ujian Nabi Nuh, bukan setakat kena pindah-randah, dihina, dicerca, dilabel gila tapi yang paling beratnya adalah memilih antara dua, ketuanan Tuhan,kesetiaan keimanan atau keluarga yang tercinta. Bukan senang…berat rasa yang ditanggung tambahan kalau melibatkan orang yang tersayang. Cuba letak diri kita dalam situasi yang sama. Nilailah setinggi mana iman kita berbanding Baginda. Mungkin tak mampu di tahap yang sama, tapi cukuplah untuk kita sentiasa merasa kecil dan malu disisiNya.

3

6.Pada 10 Muharram adalah dimana  Nabi Yusuf as di bebaskan dari penjara mesir kerana dituduh ingin memperkosa ibu angkatnya sendiri, Zulaikha, walhal wanita itu yang berniat jahat ingin menggoda Nabi Yusuf yang memang tekenal dengan ketampanannya. Lama Nabi Yusuf meringkuk di dalam penjara kerana kekejaman Zulaikha. Cantiknya percaturan Allah, Nabi Yusuf dipenjara ada hikmah, kejujuran Nabi membuatkan beliau disayangi dan dihargai lalu dilantik jadi menteri, seterusnya menjadi pemimpin Negara. Allah jentik hidayah ke dalam hati Zulaikha, lalu terpilihlah dia menjadi isteri si Yusuf yang tampan. Cintanya kepada Yusuf tak pernah pudar malah lagi mekar dan harum setelah belajar mencintai Tuhan dahulu sebelum mencintai makhluknya. Tiada siapa dapat menghalang kuasa Allah untuk membolak-balikkan hati manusia yang sifatnya berubah-ubah sama seperti tahap iman seseorang.  Baik kita belum tentu ke syurga, buruk orang belum tentu ke neraka. It is beyond our knowledge, one thing for sure, keep doing good, not for the sake of human but God.

 

  1. Penyakit kudis Nabi Ayub disembuhkan pada hari ini setelah beberapa lama dan Nabi Yaakub juga disembuhkan oleh Allah s.w.t sehingga beliau boleh melihat kembali Nabi Yusuf setelah bertahun lamanya. Nabi Yaakub banyak bersabar dengan kehilangan anak kesayangannya yang disangka telah mati. Kita sendiri, jangan kata kehilangan orang tersayang, kehilangan harta pun terasa sukar apatah lagi kehilangan yang lainnya walaupun kita sendiri maklum yang semuanya bersifat sementara.
  1. Pada hari ini, Allah SWT juga telah menerima taubat Nabi Yunus as , dan menyelamatkan beliau dari perut ikan nun setelah beberapa puluh hari tinggal didalam kegelapan dan kelaparan. Pengajarannya, jangan pernah putus asa dengan rahmat Tuhan. Nabi Daud juga diampunkan dosa dia pada tarikh ini.
  1. Tarikh ini juga, Allah SWT telah dikurniakan kerajaan yang sangat besar yang tiada tandingannya. Dia pemegang nyawa kita, pemilik hati kita, sekali mahu mengurniakan nikmat, tiada siapa dapat merampasnya, sekali DIA mahu menguji kasih mu dengan musibah, tiada siapa juga yang dapat menghalangya. Ingatlah selalu.
  1. Apa yang istimewanya pada hari ini juga adalah ia merupakan hari dimana Allah menciptakan alam, 7 petala langit dan bumi, menurunkan rahmat, hujan, menjadikan Malaikat Jibril, Lauh Mahfuz, Nabi Adam a.s dan pasangannya Hawa, menjadikan syurga. Malah, pada tanggal 10 Muharram ini juga berlaku peristiwa menyayat hati dimana cucu Baginda, Hussein dibunuh di Karbala.

Banyakkan perkara menarik berlaku pada tarikh 10 Muharram. Yang pasti mesti ada sebab tertentu kenapa tarikh ini selalu dipilih untuk peristiwa penting bagi kalendar Islam. Sebagai umat islam, tak salah kalau kita kembali mengenang peristiwa yang bersejarah ni sebagai cara kita untuk kembali kepada hakikat penciptaan kita sebagai khalifah dekat dunia ni. Setiap cerita, ada pengajarannya yang tersendiri kalau kita hayati dengan baik. Setiap orang ada kebaikannya yang tersendiri maka janganlah diremehkan kebaikan orang lain walaupun setitik hanya kerana merasakan kebaikan kita sudah melaut. Barangkali yang setitik itu dipandang Tuhan kerana ikhlasnya datang dari hati dan mungkin saja yang kebaikan yang melaut itu mengalir sia-sia pahalanya hanya kerana ikhlasnya sudah mati bahkan tak diredhai Ilahi. Peringatan untuk kita bersama. Sekadar berkongsi. Wallahu a’lam

Komen Anda?

Close
Top