10 TIPS PUKAU PELANGGAN

Perspektif bisnes pada saya bukan sekadar nak cari untung semata mata, tapi bagi saya bisnes adalah lebih daripada itu. Disebabkan minat saya yang mendalam untuk berbisnes, saya telah banyak menghadiri seminar dan mencari sifu sifu untuk belajar pelbagai strategi untuk jadi usahawan yang berjaya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.Sebenarnya, bisnes bukan hanya untuk menjual produk atau perkhidmatan tetapi bisnes adalah platform untuk meramaikan kenalan, berkongsi pandangan, mengenal potensi diri, meningkatkan ibadah, dan juga lebih penting ialah membantu orang lain. Kesemua yang saya sebutkan ini kalau dipraktikkan setiap hari akan dapat bantu berbisnes dengan mantap dan buat sales yang gempak.

Bagi mereka yang tidak pernah membuat sales, mungkin kerja menjual nampak senang. Hanya orang yang pernah buat sales sahaja yang tahu macam mana nak melayan customers yang macam macam karenah, last last ape pun tak dibelinya. Semua orang boleh berbisnes tapi tak semua orang tahu seni ‘closing sale’.  Buat apa ada bisnes kalau tak ada sales. Saya akan kongsi tips bagaimana nak ‘closing sale’ dan juga buat customers kita cair dan say ‘YES’… berminat tak nak tahu?  JOM BACA….

 

 

 

  1. Jangan jual kalau tak yakin!: Kenapa perlu jual sesuatu yang ada sendiri tak yakin? Pelanggan juga akan rasa benda yang sama. Jika anda sendiri tidak yakin dengan produk anda, orang lain apatah lagi. Keyakinan yang anda ada akan tarik minat pelanggan untuk  membeli dan sebaliknya.

 

FIZOOMAR

 

 

 

  1. Ayat power dan mantop!:  Masa nak jual produk, jangan guna ayat-ayat buku yang skema kepada pelanggan. Make sure anda pandai mengayat dengan bahasa yang simple dan direct. Pelanggan akan bosan sekiranya ayat-ayat yang kita guna lame. Kalau ayat panjang berjela-jela takut nanti customer geleng kepala tak berhenti.Sudahnya, kita dan produk kita jadi BFF, situ je duduk tak bergerak lansung.

 

fizoomarrrrr-640x340

 

 

  1. Teknik ‘pressure’ customer: Try apply FUD dalam minda customer iaitu (Fear, Uncertainty and Doubt). Bila customer rasa tak pasti,ragu-ragu atau takut mengenai apa yang mereka tak tahu, mereka akan fikir sejauh mana pentingnya untuk beli produk korang ni. Guna kesempatan ini untuk buatkan mereka percaya rugi kalau tak cuba produk korang ni.

 

 

shutterstock_150360542

 

 

4 .Scan customer anda: Spend sedikit masa dan duit untuk scan customer anda. Seorang peniaga yang bijak kena kenal pelanggan dia luar dan dalam, berkongsi masalah dan faham kehendak pelanggan. Produk kena sesuai dengan citarasa pelanggan, barulah bisnes boleh jalan.

 

 

interview

 

  1. Present kena stylo beb!: Tak guna ada produk gempak, study customer bagai nak rak tapi time present produk berselerak. Customer akan cancel nak beli kalau peniaga tak tahu nak sampaikan produk dengan baik. Presentation stylo akan menarik hati pelanggan untuk membeli. Sentiasa berlatih guna ayat-ayat cantik untuk pukau customer, practice makes perfect, that’s all you need.

 

Presentation

 

 

  1. Hot seller untuk hot sales: Untuk buat hot sales, anda sendiri kena jadi hot seller. Macammana nak pikat pelanggan kalau anda sendiri nampak tak menarik. Tak perlu nak bergaya ranggi atas bawah, cukup sekadar ada personaliti yang menarik. Contohnya boleh guna jenaka untuk buat pelanggan rasa happy. Hasilnya, duit dorang pulak buat anda happy

 

 

fizomar2

 

  1.  Jangan bajet tahu semua:  Memang bagus kalau kita dapat jawab semua soalan customer, nampaklah luas ilmu pengetahuan. Tapi, kena ingat, tak semua benda kita tahu. Kadang-kadang ada customer akan buat-buat tanya soalan tough untuk uji kita. Kalau dapat jawab sebetulnya baguslah tetapi kalau tak tahu jangan main taram jer, takut nanti terbagi fakta salah, kita sendiri yang merah padam nanti. Sebaiknya cuba jawab dengan elok, sekiranya tidak tahu, jujur sahajalah. Tu pun cara nak pikat pelanggan jugak tau!

 

fizoomar2

 

  1. Teknik goreng sampai garing:  Study customer dah, pilih produk hangat dah, presentation stylo oleh hot seller pulak, apa lagi… gorengla semua ramuan ni sampai garing…sentiasa trial and error semasa buat sales dan belajar daripada kesilapan,barulah dapat bikin sales tahap gempak. Sebanyak mana sales anda laku keras, kena ingat, jangan berhenti mencuba untuk jadi usahawan yang hebat dan lagi hebat. Sentiasa cari ruang untuk cabar diri sendiri dan perform sales yang terbaik.

 

 

fizoomar3

 

9. Be interested : Ha yang ni maksudnya kalau kita nak buat sale kita jangan lah banyak sangat bercakap dan bila cakap tu kita atau produk kita je yang best.Ni yang selalu nya buat orang jadi bosan dan menyampah, dengan sendiri orang akan jadi spoil dan potong stim lah untuk nak beli barang kita.Be interested ni, kita dengar dan buat macam berminat sangat bila orang bercakap dan dengan sendirinya mereka akan rasa di hargai dan mudah lah untuk kita nak ‘close’ mereka.

 

fizoomar4

 

10. Puji Specific : Semua orang akan suka bila dipuji kan!… puji ni adalah salah satu teknik yang sangat berkesan bila kita nak pujuk ataupun nak ‘close’ customer kita.Maksud puji specific ni adalah kita cuba cari point atau mana mana fizikal dia yang boleh nampak dengan jelas, sebagai contoh “cantiknya handbag u,I suka colour merah! Kat mne u beli ni?..mesti mahal kan?”. Ayat yang simple je tapi confirm membuatkan dia kan rasa teruja dan akan mempengaruhi keptusannya untuk menjaga hati kita.Then lepas tu bagi lah ruang kepadanya untuk bercakap dan bercerita tentang beg kesayangannya itu dengan penuh excited.Kita pun dengar n layan je la.So senang lah untuk di jawab “YES” bila closing nanti.

 

fizomar5

 

So, korang mesti nak cepat-cepat tambah sales kan? Nak mula dari mana ya? Ingat balik antara niat nak berniaga sebab nak bantu orang. Apa lagi, jangan kedekut ilmu tau!  Sila share tips ni dengan kawan-kawan korang.

Komen Anda?

Close
Top