10 WATAK CIKGU KITA? JOM TGK BETOL KE TAK

Salam semua…. Apa khabar murid-murid? Hari ni hari apa? Hari Guru! Korang da wish ke Selamat Hari Guru kat cikgu korang dulu? Jangan wish yang favourite je, wish lah kat semua guru…rindukan zaman sekolah…macam-macam karakter cikgu yang kenal, baik, garang, suka senyum, suka rotan, suka membebel..macam-macamlah…apa yang pasti, cikgu ni ibarat tukang kebun, benih yang ada kat tangan dia, dia semai, dia baja, dia letak racun perosak supaya kita, tumbuhan yang baru belajar nak hidup ni dapat membesar dan menghijau dengan baik. Sempena Hari Guru ni, saya nak senaraikan beberapa kategori cikgu mengikut karakter masing masing. Ada tak yang macam cikgu korang dulu?Bacalah dulu…

 

CIKGU SINGA

2

Cikgu karakter macam ni memang wajib ada kat setiap sekolah. Setiap sekolah mesti ada raja rimba ni, tak pun setiap kelas..For sure satu sekolah wajib kenal dia  dan dia sangat femes dalam kalangan geng-geng samseng sekolah. Brutal macam mana pun budak yang bajet hot dan otai dalam sekolah tapi kalau dari jauh Nampak cikgu singa ni kecut juga…laju je lari macam angin..biasanya tipikal cikgu singa ni selalu jadi cikgu disiplin, suka pegang rotan bagai. Tak kisah subjek apa pun, tapi dalam sehari kalau dia tak mengaum dekat budak-budak, kita akan rasa pelik dan sekolah tu akan rasa sunyi. Fenomena ini amat jarang berlaku dan kalau dia tak mengaum  pun sama ada sebab dia MC atau dia pergi kursus atau Nazir datang melawat sekolah…huhuhu…tapi dia punya garang mak oiiii kadang-kadang da habis belajar, tamat sekolah dekat belas-belas tahun pun, kalau terdengar nama dia or tiba-tiba terkenang boleh menggeletar satu badan. Dasyat penangan cikgu singa ni, kadang-kadang benda yang dia ajar kita dah tak ingat dah tapi apa yang dia pernah buat dan mampu buat akan kita kenang selama-lamanya..hahaha..korang confirm ada at least sorang cikgu singa time sekolah dulu kan, kan? Garang macam mana pun cikgu singa ni, kita tak boleh nafi ni lah antara guru yang budak-budak paling respek masa kat sekolah..berani tak nak respek…kena kejar satu sekolah tak pasal..hahaha.

 

CIKGU KUCING

1

Cikgu karakter ni paling banyak ada kat sekolah…ni karakter cikgu paling common sekali…Cikgu kategori kucing ni dia macam well-balance character, dia penyayang….tambah-tambah bila murid sayang kat dia, lagila dia sayang balik. Cikgu kucing tak banyak ragam, dia buat kerja dia ikut rutin cam biasa tapi ikut mood jugak, kalau students buat peel melampau-lampau, kerja sekolah tak siaplah, buku tertinggal kat rumahla, tertinggal kat maklah, adek koyakkanlah, nenek pinjam kejaplah…rosak kena hujanlah (ko saje kan letak buku tu tepi tingkap) ha! Jaga-jaga, time ni cikgu kucing akan mengiau seram dan mengeluarkan kukunya yang dia sorok selama ni…korang akan kena denda, kena pulas, kena tarik telinga sampai ke atas…hahaha, padan muka…elok-elok cikgu tu baik je tapi sebab ko dah naik kepala, daripada marah ko je, satu kelas akan kena sebab mood dia dah berubah…hahaha…dan satu kelas akan menyumpah ko berbakul-bakul pada hari kejadian. Apa-apapun, cikgu kucing ni ramai budak suka and rasa senang hatilah if dapat cikgu kucing sebab cikgu kategori ni dia fleksibel, dia boleh control student tapi student selalu akan dengar cakap cikgu kucing sebab depa tahu, baik-baik gak tapi if garang boleh tahan..selalu budak tak cari pasal sangat dengan cikgu kucing, tapi budak-budak hard core yang bajet belajar tu boleh buat kat celah kuku je selalu cari pasal jugak dengan cikgu kucing ni…bila dah tahap teruk sangat, cikgu kucing akan mengadu kat cikgu singa, ha! Bila sampai tahap ni, abehla korang…satu sekolah akan bergempita…satu sekolah akan jadi havoc..havoc tu apa? Tengok ja time cikgu singa and cikgu kucing bergabung..hahahaha…

 

CIKGU MERAK

3

Cikgu merak setiap sekolah mesti ada at least sorang. Cikgu ni tak kira laki ka perempuan tapi selalu perempuanlah kalau bab-bab melawa. Dari jauh kita nampak dia kita cam, walaupun muka tak nampak clear lagi dari jauh, tak tau ritu dia pakai make-up camana, eye shadow kaler apa, blusher and lipstick kaler apa tapi tengok stail baju pun kita tau dah tu cikgu mana…pasai dia punya skil melawa tu femes satu sekolah tau. Setiap hari dia takkan pakai baju yang sama, tudung yang sama, dia punya koleksi pakaian tu kalah retis…even retis pun tak sepat nak update gaya baru terkini yang sensasi macam dia. Cikgu merak ni could be any cikgu tapi selalunya kategori cikgu merak ni didominasi oleh geng-geng ‘TEACHER’. Depa ni pasai slalu speaking londong, so citarasa dorang selalunya tinggi bila tang bab-bab fesyen ni. Kalau boleh jangan sama langsung dengan fesyen orang lain, depa tak suka..skali nampak orang lain pakai sama cam depa, depa tak pakai dah hat tu, sama ada peram dalam wardrobe atau bagi orang…kadang-kadang cikgu merak boleh gaduh dengan cikgu merak lain pasal personality dorang sangat strong dan ideologi dorang berbeza. Tapi kalau sekali kamceng, BFF la jadinya dengan cikgu lain. Dengan cikgu merak ni, budak takleh nak ngada lebih-lebih…depa ikut ja cikgu tu cakap apa bila dalam kelas, tambah-tambah bila bertentang mata nak cakap ‘NO’ tu macam tak keluar, hilang kat halkum…pasai depa ‘adore’ cikgu laguni tambah-tambah budak perempuan…budak lelaki selalu lemah lutut sikit dengan cikgu merak perempuan.. ‘law of attraction’ omputeh kata…walaupun kekadang tak paham cikgu tu ajar apa tapi sebab lawa sangat cam merak, budak-budak buat-buat paham tapi kalau fanatic sangat dengan cikgu merak, dorang dah faham pun dorang buat-buat tak paham sebab nak suruh cikgu tu ajar personally…dari hati ke hati gituh..hahhaa…apa-apapun, selalunya budak yang dapat cikgu merak ni, diorang macam selalu kena pukau dengan personaliti dan penampilan cikgu merak at least sekejap. Hidup budak-budak ni tenang kejap bila masuk kelas cikgu merak, bau harum semerbak..hahaha.

 

CIKGU CHEETAH

cheetah of Serengeti

Cikgu Cheetah ni memang ada dalam sekolah..dia sangat pantas bila buat kerja, multi-tasker abadi orang kata. Cikgu lain baru nak pikir-pikirkan ilham, contoh nak buat soalan periksa, dia advance lagi ke depan, dah siap dah pun. Cikgu Cheetah ni selalu buat cikgu lain mengah…tak terkejar…cikgu kategori ni tak semestinya ajar sains sukan tapi kalau dia ajar subjek ni pun, sambil lari kat padang dengan budak-budak tu la dia siapkan kerja lain, secepat yang dia lari. Yang pasti setiap kali dapat arahan, dia akan buat dengan pantas..Budak-budak yang dapat cikgu ni seksa juga nak mengejar kadang-kadang…baru siap kerja ni dah kena komen, cepat betul dia semak then dapat kerja lain pulak…huhuhui..konsep dia kalau saya boleh buat kenapa kamu tak boleh buat…hehehe..nasiblah badan…

 

CIKGU DOLPHIN

9

Cikgu Dolphin ni pandai sesangat..bukan pandai daripada segi intelektual je tapi pandai nak tackle student. Cikgu Dolphin ni bila ajar kita selalunya cepat je faham. Kalau tak faham pun, tu sebab ilmu dia tinggi sangat tak pun kita yang malas belajar. Tapi cikgu dolphin ni selalu kalau buat apa-apa pun menjadi, idea dia sangat bernas dan fresh. Karakter dia sangat disenangi oleh cikgu-cikgu lain dan bebudak sekolah. Bukan pandai mengajar je tapi pandai buat lawak jugak. Kalau tak datang sekolah sebab sakit atau kursus, budak-budak rindu nih…cikgu dolphin ni antara cikgu yang paling memahami jiwa student..antara cikgu yang paling dapat banyak hadiah pada hari Guru..sekali dia disayangi student, sampai bila-bila student akan ingat jasa dia.

 

CIKGU CHAMELEON

4

Cikgu macam ni serba serbi boleh…dia boleh adapt semua jenis situasi yang ada kat sekolah. Dia boleh masuk and rapat dengan semua cikgu-cikgu kategori lain…dia boleh masuk dengan semua jenis kelompok student, geng gengter, geng atlet, geng nerd, geng skema, geng-geng diva homecoming. Kejap dia serius, kejap dia cool, kejap dia panas, kejap dia relax, kadang-kadang nampak macam takde perasaan, kadang-kadang cakap banyak giler, kadang-kadang senyap sampai student takut, kadang-kadang lawak gila lawak dia. Semua tu boleh berubah-ubah ikut situasi. Yang pasti kita tak boleh nak agak dia fikir dan rasa apa sebenarnya. Cikgu Chameleon ni, dia cuba nak happykan dan puaskan hati semua orang…dia jugak selalu senang nak paham masalah orang terutamanya student. Kalau level chameleon dia tahap hardcore, bila student dia minat kpop maybe dia minat jugak or lebih lagi, kalau cikgu laki maybe main DOTA sekali dengan students..hahaha…rasa awesome sangat cikgu chameleon ni..best kan?

CIKGU AYAM

8

Cikgu ni tak banyak ragam sendiri..selalunya cikgu ayam ni ikut je apa yang diarahkan…tapi dia ikut juga cikgu-cikgu lain, senang citer dia ikut majoriti. Bila cikgu yang lain berbunyi, dia akan ikut berbunyi sekali, kalau cikgu lain senyap dia pun akan senyap sekali. Tapi diorang suka dengar gossip. Cikgu ayam selalunya tak cuba ketengahkan idea mereka sendiri…dorang lebih suka dengar idea cikgu lain then buat yang mana perlu. Cikgu ayam takkan buat kerja yang lebih daripada perlu, diorang ikut rutin yang sama setiap hari dan tak suka kalau rutin mereka terganggu. Mereka tak suka cari gaduh, cuba elok situasi yang tak harmoni, hanya berkokok bila perlu. Diorang tak suka jadi centre of attention tapi cikgu ayam cuba buat kerja sebaik yang mungkin sebagaimana yang perlu. Kadang-kadang orang tengok cikgu ayam ni macam boring tapi diorang ada cara diorang sendiri untuk have fun yang kita tak tahu dan tak mungkin faham.

 

CIKGU HELANG

Homer, Alaska, United States --- Bald Eagle in mid-air flight over Homer Spit Kenai Peninsula Alaska Winter --- Image by © AlaskaStock/Corbis

Cikgu kategori ni scary sikit, dia suka perhati je kita dari jauh…kita kadang-kadang tak tahu dia nampak apa? Tahu-tahu je kita dah kena, nama naik kat perhimpunan bagai..selalunya budak-budak yang suka langgar rules tak suka cikgu helang ni…selalunya cikgu helang ni geng-geng pelaksana wawasan sekolah, geng-geng pentadbir, geng-geng PK 1, PK Hem, Guru Besar, Pengetua dan lain-lain. Cikgu akademik ni pun ada yang kategori helang ni..selalunya diorang ni memang lahir dengan bakat skill mengintip yang agung, takde spy lain yang boleh lawan diorang. Sebab tu time sekolah dulu kita selalu kantoi dengan cikgu helang ni. Kita pun pening dari mana diorang tahu benda-benda salah kita buat bajet takde orang nampak? Buat apa? Heh buat-buat tanya pulak…Cikgu helang ni selalu menghantui kehidupan student. Bukan student je, kadang-kadang cikgu kategori lain pun takut dengan cikgu helang ni. Rasa macam sering diperhatikan, tak buat salah pun tiba-tiba akan rasa bersalah jugak. Hehehe…ada kan cikgu ni kat sekolah korang dulu?

 

CIKGU KATAK

6

Cikgu katak? Maksud apa? Hodoh ker? Eh taklah, cikgu katak ni maksudnya dia hidup dua alam..Dasyatkan? Huhuhu….kalau kat sekolah yang ramai student, biasanya sekolah ni ada dua sesi, pagi dan petang. Terkadang bila sekolah tak cukup cikgu dari sinilah muncul cikgu dua alam ni. Cikgu katak tak mengajar sesi pagi atau petang je, dia kena ajar dua-dua  sesi..haaaaa…dasyat tak? Contoh dia datang pukul 10 pagi then balik pukul 4 petang…Kesian sebab dia bukan masuk dalam mana-mana kelompok cikgu…nak kawan pun kejap-kejap je. Kadang-kadang kena tukar-tukar tempat dengan cikgu lain sebab meja tak cukup…yang pasti cikgu katak ni cikgu yang handal sebab dia boleh survive dua alam. Walaupun dia suffer sebab jam biologi dia pelik sikit, nak pergi mana-mana pun serba salah sebab masa terikat kat tengah-tengah tapi dia tetap datang mengajar….Kalau nampak cikgu katak ni kejap happy kejap masam tu paham-pahamlah ye..dia pun terpaksa hadap banyak benda unexpected dala mhidup sebagai seorang guru..waktu pagi dia ada, waktu tengahari dia ada, waktu petang pun tak boleh balik lagi..huhuhu

CIKGU PANDA

7

Dulu Cikgu Panda ni jarang ada kat sekolah…ada sikit jer yang betul-betul rajin..memang moto hidup nak jadi lilin menerangi kegelapan student. Dia fikir pasal student je all the time. Kalau balik rumah pun fikir pasal student jugak. Hati dia senang ke susah ke semua sebab student. Sebab tu boleh nampak dark circle kat bawah mata dia cam panda..workaholic sangat…tapi tu dulu dulu dulu punyer cerita. Sekarang ni, melambak-lambak cikgu panda kat sekolah…memang keja cikgu banyak, sistem pun dah berubah, asyik kena update online je segala aktiviti student. Kadang-kadang kena stay up sampai tengah malam just for the sake nak key in markah student dalam database. Semua cikgu sekarang dah jadi cikgu panda…sebab kerja kat sekolah yang berlonggok-longgok diaorang bawak balik ke rumah. Lagi nak jaga family, anak-anak bagi yang dah kahwin, terkadang tak sempat nak urus diri sendiri, tak sempat nak rehat lagi kena stay up..letih wooo..nilah faktor-faktor lahirnya cikgu panda. Cikgu korang ada circle bawah mata tak? Paham-pahamlah kenapa….Kesian kat dema.

 

Sekian sahaja kategori cikgu ikut karekter masing masing yang saya sempat senaraikan. Tak kisahlah kategori mana pun cikgu korang tu, guru tetap seorang guru, pendidik yang niatnya nak bagi ilmu dekat anak bangsa. Korang suka ke tak cikgu korang tu, hormat tu harus ada. Sebab tak ramai yang sanggup nak berkorban jadi cikgu ni, ingat senang kerja, goyang kaki, cuti banyak, gaji best…tak semudah tu…apa yang cikgu korang bagi tu, dok ajar korang sampai tunggang terbalik nunggeng nyior ore kelate kato, lebih bernilai..tak ternilai sebenarnya..apa pun pencapaian orang harini hatta tahu baca sepatah perkataan atau tahu nak bagi salam kat orang tu semua jasa cikgu…jangan buat-buat lupa pulak..gelak-gelak juga tapi janganlah lupa ucapkan terima kasih pada guru kita harini. Kalau dah lama sangat tak contact, dah malu-malu alang takpelah, harini adalah hari yang terbaik untuk korang refresh hubungan silaturahim yang dah lama terputus. Jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan bagi diorang pun ingat balik jasa guru diorang dulu..eh silap..guru korang kan…yang sekolah dulu nakal boleh la tag your crime partner…nak tag cikgu and wish diorang kat ruang komen pun boleh.. SELAMAT HARI GURU!!! TERIMA KASIH BANYOOKKKK CIKGU! Ikhlas daripada saya- Fizo Omar

 

Jom kita share dengan kawan-kawan satu sekolah tanya dia cikgu kita ni dalam kategori mana?

 

 

Komen Anda?

Close
Top