11 TIP SEMPOI UNTUK STUDY LAST MINIT

Salam semua, salam ramadhan ke -8, dah plan dah nanti nak berbuka apa? dekat mana? Kalau budak university sekarang ni mesti tak berapa nak fikir sangat nak beria makan. Mesti pakat-pakat dok kalut dengan exam…subjek tulah, subjek ni la..semua nak cover…yang dah study awal-awal tu oklah, bagusss…yang nak study las minute tu, well…standardlah kan..tapi nak dapat hadam semua tu peritlah jugak kan…So, kat sini saya nak share sikit tip-tip study last minit khusus untuk anda yang tengah struggle nak score ni. Selamat Membaca!

 

NOTA TERKEJUT

1

Saya pasti ramai dah tulis nota kat handouts yang korang dah dapat tu kan? Bila korang dengar lecture, korang catat kan contoh lecturer or kawan korang bagi…korang buat kan? Kan? Hahaha..tak kisahla nota kaki ke tangan ke, or contengan bunga-bunga, rumput dan lalang ke (artistik sangat) time ni la korang kena revise balik contengan nota korang tu. Compile dalam satu kertas ikut topik. Pastikan ringkas tapi anda faham dan boleh olah dengan lebih panjang  masa exam nanti. Highlight keyword yg penting yang bantu anda ingat the whole thing dan dapat menggoreng dengan baik…jangan highlight sume kecuali tanda noktah plak…Tapi kalau da memang spesies tak tulis nota tapi pergi kelas tadah telinga je, time-time last minit ni  anda perlukan  skil merembat nota daripada kengkawan, bukan senang ni…kena pandai pujuk kaw-kaw.

 

GUNA ALARM

2

Guna alarm untuk apa? Gerak diri sendiri untuk bangun tido? Memangla..yang tu biasa orang buat..stay up la tido lambat, bangun awal la..yang tak pernah tahajud selama hayat pun time ni boleh tertahajud dua rakaat sekali solat hajat. Alarm kan boleh pilih bunyi apa, adjust setting alarm..so if ada formula or keywords yang payah nak ingat tu, record jerit kuat-kuat dan set kan jadi alarm anda. Setiap kali bangun, anda akan dengar diri anda sendiri jerit apa yang patut anda ingat. Kalau anda snooze dan tarik balik selimut pun, dalam kepala anda akan tergiang-giang benda yang patut anda ingat tuh..sakit hati pun sebab dengar diri sendiri memekak at least sakit nak hadam ilmu..haha

 

GROUP STUDY

3

Yang ni selalu jugak korang buat kan, tapi buat secara bijak. Instead of datang reramai, bwk jajan, sambil tanya, sambil kunyah, selit gosip sikit-sikit…maybe ilmu yang masuk tu kejap lekat kejap keluar balik. Cara terbaik, pilih team member yang sekepala…tak perlu ramai, sikit pun tak pe janji efisien..sebelum jumpa bahagi siap-siap sape yang kena cover tajuk apa..bila jumpa masing-masing present and bincang. Pakat-pakat tambah point kat situ, nak berhujah nak berdebat pun boleh, kalau ada masalaaa…da abes bincang, pakat-pakat buat soalan hotspot..acah-acah la tanya kawan, kalau soalan macam ni kita nak jawab apa? Bukan pakat bincang kalau aku tak le jawab time exam kita nak buat camana? Ahaa..

 

TAMPAL MERATA

4

Yang ni sangat membantu, contoh.. bila dah baca, dah revise, tp ada few  points yg mmg pyh nk ingat, formula kira-kira  ke, theory ke, so..apa yang anda boleh buat, tulis keyword dan formula ringkas pada sticky note yang berwarna-warni dan tampal di semua tempat yang anda selalu tengok, depan meja study ke, dekat pintu loker ke, dekat cermin, dekat computer..mana-mana jer..so, setiap kali tengok akan ingat dan bina memori  jangka panjang.

 

MAKAN MEMILIH

5

Well, memang dah lumrah exam kan hujung sem, time-time duit ptptn jadi semput..Selalunya time ni makan meggi tu jadi rutin, kadang-kadang makan ikut dan jerr…Jangan gitu, time exam ni kena jaga makan, jangan sebarang, kena memilih. Banyakkan makan buah dan sayur. Amek suplemen kesihatan seperti kismis contohnya yang paling murah. Makan jangan lupa dan biar berpada, kalau dah rembat nasi lemak ayam kerat dua tu, lagi minum teh tarik lemak berkrim, kim salam lah nak tengok nota lama-lama.

 

PENGSAN SECUKUPNYA

av

Study study gak, tidur jangan lupa…kalau ye pun study jangan sampai tak tidur sampai esok paginya, nak-nak plak esoknya exam. Melambak orang bajet tak tidur time exam dan dekat-dekat subuh terlelap, pengsan sampai pukul 12..exam pun terlepas tak pasai kena extend atau repeat paper. Kena peruntukkan masa untuk pengsan secukupnya, at least 3-4 jam. Time tidur jangan sibuk nak whatsapp bagai..pengsan betul-betul untuk qadha energy dan rehatkan otak. Kalau tidur tak cukup, esok dalam hall, nak goreng point pun payah sebab otak lesu. Sebelum nak pengsan tu, baca sekali imbas nota yang anda da buat tu..ikut kajian, otak akan ingat dengan baik benda yang kita fikirkan beberapa minit sebelum tidur.Pengsan dalam kadar yang mencukupi, OK?

 

TEH KE KOPI?

6

Selalunya, kategori manusia terbahagi kepada dua. Either you are coffee person or tea person. Sesetengah orang  minum kopi, dapat kekal cergas, dapat stay up sampai ke pagi. Tapi sesetengah orang, minum Kopi ke Nescafe ke mula lah nak ke tandas memanjang, kepala pening, rasa nak muntah. So, kalau nak stay up, jangan melulu ikut orang minum kopi la, redbull la…kalau anda tea person, minum teh panas pun dapat buat anda segar dan dapat belajar dengan khusyuk. OK?

 

CARI STUDY SPOT

7

Setiap orang ada cara belajar yang berbeza. Tempat study peberet pun lain-lain. Ada yang suka study kat library, ada yang suka study senyap-senyap kat bilik.  Study atas katil pun boleh..yang penting, kenal pasti  study spot anda yang paling afdal. Jangan fikir selesa je sampai boleh studo terus. Pilih tempat yang kondusif dan membolehkan anda belajar pada tahap paling efisien.

 

BERANGAN MASA BACA

8

Ha! Ni bukan berangan bila jodoh nak sampai ke, teringat masakan mak yang sedap kat kampung ke…maksud berangan kat sini  adalah berimaginasi, kita gambarkan apa yang kita baca tu dalam bentuk cerita. Kita reka situasi dalam fikiran kita berdasarkan point yang kita kena ingat tu. Contoh teori yang kita kena hafal, cuba imaginekan siap-siap kalau apply teori ni dalam reality macam mana jalan cerita dia. Cara ni lebih senang ingat daripada hafal perkataan sepatah-sepatah. Nak lagi senang ingat, jalan cerita tu buat watak anda dan crush anda..hahaha..tryla, senang ingat tak?

 

SOLAT & DOA

berdoa

Ni patut takyah cakap pun dah tahu. Solat tu wajib buat..doa tu daripada kecik ustaz dan ustazah dah ajar. Tapi bila da besar, busy katakan, doa pun ala kadar je, doa makan tu kengkadang da licin pinggan baru ingat. Solat dan berdoalah. Mintak pertolongan Tuhan. Siapa kita nak dibandingkan dengan kehebatannya. Nak dapat apa-apa pun bukan manusia yang bagi, DIA yang bagi. Berharap, berusaha, bertawakal dan bersyukurlah.

 

MINTAK BERKAT

9

Ni wajib, doa mak ayah mujarab..sebab keredhaan Allah terhadap kita terletak pada Ibu-bapa, kemurkaan Allah kepada kita juga terletak pada Ibu-bapa…mana ada parents  yang nak anak dia fail dalam kehidupan. Tak kira la camana relationship korang dengan parents…doa mereka penting untuk kejayaan kita dunia dan akhirat. Bila mereka redha, pekerjaan kita pun akan bertambah senang dengan adanya keberkatan daripada mereka. Bila kita tahu orang yang kita sayang turut sama mendoakan dan berharap pada kita, kita akan jadi lagi bersemangat kan? Masalah apa pun yang kita hadapi, cukuplah ingat rupa dorang yang da makin berkedut-kedut dek kerana nak besarkan dan fikirkan masalah kita. Mintak maaflah dan mintak mereka doakan. Insha-allah.

 

Harapnya, anda semua dapat info yang berguna daripada artikel ni. Saya doakan anda semua berjaya dalam peperiksaan kali ni. Selamat berjuang hingga ke titis peluh yang terakhir…tapi jangan sampai masuk hospital pulak. Ada kawan-kawan or sedara mara tengah nak final? Jangan lupa share dengan dorang tip-tip ni…sempat lagi nak apply ni. I wish you best of LUCK!

 

 

p/s:Dah abes final tu, yang nak start berniaga buat duit poket sikit-sikit macam yang saya buat masa zaman kat U dulu, nak tahu camana nak lariskan lagi sales anda bolehla klik link e-book saya ‘Teknik  Sales Rempit’  yang bernilai RM79.90. Percuma untuk anda saya bagi sempena Ramadhan ni.  Cepat klik dan download, da habes exam boleh study teknik sales pulak.

12downloadebook12

 

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top