“CHECKLIST” Sebelum Ramadhan

 

 

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Alhamdulillah, Sedar tak sedar tak lama lagi kita bakal menyambut ramahadan kan. Sekejap je kan masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk ramadhan lagi.

Oklah saya nak Tanya korang semua, dah bersedia ke kita semua nak sambut Ramadan kali ni??

Mesti para isteri kat rumah tu dah siapkan segala jenis menu dan resipi untuk berbuka puasa kan? Yang si suami asyik tengok poket, takut – takut lari bajet untuk beli barang dapur dan tak sempat nak simpan duit untuk shopping raya.

Eh jauh pulak saya ni, sampai ke raya, puasa pun belum lagi..

Hah, bagi kakak – kakak yang tak habis lagi ganti puasa tu, cepat – cepat habiskan. Puasa dah dekat ni. Jangan sebuk dengan persiapan ramadhan, tapi puasa tahun lepas tak habis ganti lagi.

Oklah sebelum saya bercerita panjang lebar, saya nak sharekan kepada korang semua “CHECKLIST SEBELUM RAMADHAN”,  moga bermanfaat buat semua.

 

 

2a1940ab-5cd9-4c39-ac2a-157da9499996

JOM kita rebut peluang ini!

  • Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

 

  • Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.

 

  • Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

 

  • Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂

 

  • Sentiasa berdoaAllahumma Ballighna Ramadhan

 

  • Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan

 

  • Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.

 

  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan

 

  • Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya.

Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.

Bagaimanakah kita?

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top