15 OKTOBER YANG PENUH EMOSI

Ahad, 15 Oktober 2017. Baru beberapa hari berlalu. Tarikh yang akan saya kenang. Hari yang menyaksikan perasaan saya bertubi-tubi berganti dari awal subuh hingga penghujung malamnya. Bukan tentang tanggal lahir siapa-siapa yang terdekat dalam hidup saya atau berkaitan dengan hal rumah tangga atau bakal bayi saya nanti, tetapi tentang MALAM GALA VEST 2017!

Malam kemuncak kepada cita-cita, usaha, pengorbanan, harapan dan segala rasa bagi kami keluarga FIZO OMAR CHANNEL dan VEST itu sendiri.

Bagi yang mungkin baru mengikuti perjalanan catitan saya, VEST merupakan singkatan kepada VARSITY ENTREPRENEURSHIP SKILLS TALENTS, iaitu pertandingan PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI yang bertujuan mencungkil, membentuk dan melahirkan usahawan mahasiswa yang holistik.

Sebelum saya teruskan dengan perkongsian tentang kenapa saya begitu penuh dengan pelbagai emosi pada hari final VEST 2017 itu, saya mahu bawa anda semua memahami terlebih dahulu perjalanan program VEST MALAYSIA ini dan kenapa ianya begitu dekat dengan hati kami di FIZO OMAR CHANNEL.

TERIMA KASIH UNTUK KEPERCAYAAN

Mendapat mandat serta kepercayaan dari penganjur iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk kami FIZO OMAR CHANNEL mengelolakan pertandingan PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI ini, merupakan penghargaan yang sangat hebat.

Tetapi tanggungjawab, cabaran dan harapan yang dipikul juga maha besar sementelah matlamat kami adalah untuk memastikan PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI ini benar-benar bermanfaat kepada peserta yang terlibat secara khususnya dan mahasiswa di seluruh negara pada amnya.

Enam bulan lalu perjalanan VEST MALAYSIA bermula. 1,696 mahasiswa dari 23 institusi pengajian tinggi (IPT) awam & swasta mendaftarkan diri melalui VEST OUTREACH dan membentuk kumpulan yang setiap satunya mempunyai tiga hingga lima orang ahli.

Pecahan kumpulan itu telah menghasilkan pembentangan sebanyak 273 idea/modul perniagaan yang sangat saya kagumi. Ini kerana walaupun bukan semua mahasiswa berkenaan berada dalam jurusan keusahawanan atau yang berkait rapat dengan perniagaan, tetapi mereka tampil dengan idea dan wawasan perniagaan yang hebat.

Malah ada antaranya telahpun sedia bertapak dalam dunia perniagaan dan mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakan-rakan lain. Saya salute mereka!

PERMULAAN SESUATU YANG HEBAT

Dengan sokongan padu daripada PNS Academy, kumpulan yang layak untuk stage pertama VEST MALAYSIA telah diberikan latihan selama tiga hari disusuli dengan Focus Group Discussion (FGD) selama dua minggu sebelum masing-masing disaring pada sesi business pitching yang pertama.

Memantapkan fasa permulaan, 20 orang coach telah tersedia untuk berkongsi idea, membimbing dan memantau tiap aspek penting peserta PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI ini. Bukan calang-calang nama yang dipilih untuk tugasan penting tersebut. Mereka adalah pemain tegar industri serta memiliki perniagaan sendiri.

Stage kedua menyaksikan hanya dua kumpulan daripada tiap IPT dipilih setelah mereka diadili secara menyeluruh ketika sesi pitching yang pertama. Pada peringkat ini intensive coaching akan bermula untuk tempoh dua bulan dengan setiap satu kumpulan dipertanggungjawabkan di bawah seorang coach yang khusus.

Perjalanan peserta VEST – PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI ini semakin terarah jelas apabila mereka didedahkan dengan Business Model Canvas (BMC) yang mana antara terkandung di dalamnya ilmu pengurusan kewangan, pemasaran, penjenamaan dan aspek-aspek utama lain dalam sebuah perniagaan yang berjaya.

Menuju penghujung, 10 kumpulan yang hebat bertahan hingga ke peringkat separuh akhir sekali lagi diperkasa dengan sesi boot camp selama tiga hari di Janda Baik, Pahang dan tambahan dua hari di pusat latihan FIZO OMAR CONSULTANCY, Bangi.

Mereka diadili untuk sesi pitching separuh akhir pada jam 10 pagi, 15 Oktober 2017 oleh tiga panel juri professional yang sangat berkaliber. Datuk Zahari Omar (Naib Presiden Bumiputera Retails Organization), Tuan Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar (Naib Presiden Bumiputera Retails Organization) dan Puan Valerie Choo (Timbalan Presiden Malaysia Retail Chain Association – MRCA).

KEMUNCAK PENENTUAN

Akhirnya tiga kumpulan diiktiraf untuk membentangkan idea perniagaan terhebat mereka pada MALAM GALA VEST 2017 di hadapan YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak!

Pertandingan PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI – VEST 2017 telah menobatkan Teknologi Petronas (UTP) sebagai juara. Idea perniagaan dengan membangunkan aplikasi berkonsep Uber namun khusus untuk pasaran dunia pekerjaan dari kumpulan SOLVIEPRO telah melayakkan mereka pulang dengan wang tunai RM25,000.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diwakili oleh FAST2PRINT meraih RM10,000 di tempat ketiga dengan perniagaan mesin percetakan automatik seperti Auto Teller Machine (ATM) dengan operasi 24jam yang memudahkan urusan sesiapa sahaja tanpa kira waktu.

Tempat kedua dengan habuan RM15,000 milik Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui SERDANG CENDOL yang berwawasan memperkenalkan makanan warisan itu ke peringkat lebih tinggi bersama inovasi mudah dinikmati serta lebih sihat.

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Itu saja yang mampu saya ucapkan mewakili keluarga FIZO OMAR CHANNEL yang bertindak selaku pengelola VEST MALAYSIA 2017 – PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI.

Memahami perjalanan setiap peserta ini hingga ke peringkat akhir, saya harap anda semua mampu mengerti mengapa di awal tadi saya katakan bahawa kami di FIZO OMAR CHANNEL begitu dekat dengan program ini & penuh dengan pelbagai emosi lebih-lebih lagi pada MALAM GALA VEST 2017.

DEKAT DI HATI

Ini kerana, program ini membuat kami melihat sendiri bagaimana setiap cita-cita, usaha dan pengorbanan setiap daripada mereka yang terlibat dalam melahirkan generasi mahasiswa usahawan selaras dengan matlamat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) & Tranformasi Nasional 2050 (TN50).

Paling penting bagi saya adalah manfaat yang benar-benar diterima oleh mahasiswa terlibat serta orang disekeliling mereka. Jika mereka berjaya oleh kerana VEST – PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI ini, maka itulah kepuasan dan kegembiraan sebenar bagi kami di FIZO OMAR CHANNEL.

Sama ada menang atau tidak, saya mahu mereka semua berjaya & saya doakan kejayaan mereka.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak atas keprihatinan beliau mengenai masa depan mahasiswa serta atas kesudiannya bersama-sama kita pada MALAM GALA VEST 2017.

Saya berharap dengan cetusan idea dan impian Datuk Sri Najib untuk melihat lebih ramai mahasiswa usahawan di masa akan datang, memberi impak semangat kepada kita semua khususnya golongan mahasiswa untuk lebih dinamik dan berdaya saing.

Penghargaan utama juga untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang melihat masa hadapan, kepentingan serta menganjurkan pertandingan PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI – VEST MALAYSIA ini.

Saya dan keluarga FIZO OMAR CHANNEL juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada JNJ Group, VC & mahasiswa semua IPT, rakan-rakan selebriti & media, krew serta banyak lagi nama yang tidak saya sebutkan di sini kerana sama-sama telah memastikan kejayaan VEST 2017 sama ada secara langsung atau tidak langsung.

VARSITY ENTREPRENEURSHIP SKILLS TALENTS

PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIVERSITI

VEST MALAYSIA

VEST2017

Komen Anda?

Close
Top