NASIB BOLEH DI UBAH – FOC

NASIB BOLEH DI UBAH – FOC

Eh, nasib boleh di ubah ke? Ya boleh diubah jika anda ikut

tip-tip ini. L.U.C.K.

 Aura Positif

L – LOGISTIK : Cuba anda tengok sekeliling anda? Ha ada apa? Kalau ada kawan cuba anda tengok kawan anda tu, kawan yang positif dan support anda atau pun tidak. Jika jawapannya YA Alhamdulillah, jika jawapannya TIDAK dah boleh la slow slow tukar kawan yang boleh memberikan anda aura positif.

Rasulullah pernah bersabda :

يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَن

، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَ

“Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi .

Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.

Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)

 

 

 

Fikir & Faham

Fikir & Faham

 

U- UNDERSTAND : Adakah anda faham apa yang anda mahu? Adakah anda faham kenapa anda buat bisnes? Apa matlamat, visi dan misi anda dalam bisnes? Anda kena kenal dan pasti apa yang diri anda mahu.

Jika anda tak faham dan tak kenal pasti apa yang anda mahu dan capai boleh lah fikir dan tulis apa yang anda mahu dan capai. Bila anda tulis anda tahu dan ingat! Dan inilah karektor orang berjaya.

T.S Elliot ada berkata ‘Tunggu tanpa berfikir , untuk anda tidak bersedia untuk berfikir‘

Apa tunggu lagi, cepat scan apa yang anda mahu dan nak lepastu terus tulis dan tampal di tempat yang mudah nampak.

 

Memberi baru Menerima

Memberi baru Menerima

C- CONTRIBUTION : THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET – Dian Kurnia

Anda mahu kaya? Senang? Boleh pergi melancong setiap tahun berkali kali? Boleh beli apa yang anda mahu? Mahu gembirakan ibu bapa dan keluarga?

Jangan bermimpi untuk mendapat semua diatas sekiranya anda tidak memberi kesenangan dan kekayaan pada orang lain.

  وَعَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

(مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْداً بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزّاً، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ (رَوَاهُ مُسْلِمٌ .

Dari Abu Hurairah ra. yang berkata bahawa Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

Tidak berkurang harta dengan bersedekah, Allah pasti akan menambah kemuliaan seseorang yang suka memaafkan. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.

(Hadis Riwayat Muslim)

Ibarat Pokok yang Berbuah

Ibarat Pokok yang Berbuah

K- KNOWLEDGE : Imam Ghazali berkata: `Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.’

Anda dah ada ilmu untuk menuju kejayaan?

Anda kena tahu, nak tambah pendapatan perlukan ilmu,

Nak berjaya perlukan ilmu,

Nak dapat harta dunia dan akhirat pun perlukan ilmu.

Ilmu ni kita analogikan seperti sebuah kenderaan.

Kenderaan = Ilmu

Tayar = Tenaga

Minyak (petrol) = Usaha

Stereng = Diri sendiri

Jika kenderaan anda tidak lengkap bagaimana anda mahu menuju kejayaan? So marilah kita sama-sama mencari dan lengkapkan kenderaan kita.

Ilmu dan maklumat adalah dua perkara yang berbeza, ilmu untuk diamal dan bermanfaat manakala informasi sekadar tahu.

Semoga tip-tip ini membantu anda untuk berjaya. Best of LUCK!

 

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top