2011 – 2017 – NLKO DI HATI

Semalam hari Ahad yang terakhir saya bersama team dan program live talk show Nasi Lemak Kopi O di TV9 setelah 7 tahun bersama mereka.Hampir setiap hujung minggu terutamanya setiap Ahad,jam 7.00 pagi pasti terpacak di studio C, Sri Pentas,Damansara.Sudah pasti meniggalkan 1001 kenangan pahit dan manis bersama mereka.Pahitnya adalah sangat sedikit dalam proses mencari rezeki dan menimba ilmu dan pengalaman sebagai pengacara dan anak seni,Manisnya amatlah banyak untuk saya kongsikan yang mana mematangkan saya dan juga sangat banyak yang saya pelajari.

 

 
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak TV9 yang memberi peluang kepada saya yang juga pada awalnya dikritik oleh penonton sebagai pengacara kayu oleh penonton.Ye lah mana taknya,tak pernah pernah jadi pengacara untuk program live,tetiba diberi peluang untuk jadi pengacara program live trus,gelabah juga dibuatnya pada masa tu (2011).Tapi dah peluang datang terhidang,takkan la nak ditolakkan.Dikutuk di social media pada awalnya itu sudah menjadi makanan saya pada masa tu.Pernah sampai menangis sorang2 dan hampir give up untuk nak teruskan.Tapi kekuatan saya datang bila ada seorang penonton setia yang sentiasa menjadi pengkritik dan komen yang positive setiap kali saya bersiaran.Teguran dan nasihat semangatnya setiap kali saya bersiaran menjadi kekuatan saya untuk teruskan dan bercita-cita untuk menjadi salah seorang pengacara hebat di Malaysia dan juga seorang speaker yang fasih bercakap dan dapat berdakwah dalam setiap sesi yang saya kendalikan.

 

 

Sebelum bersiaran pasti saya akan minta doa darinya dan selepas bersiaran orang yg pertama memberi ‘gred’ dan komen kepada saya.Syukur alhamdulillah Allah kurniakan saya peminat yang tegar walaupun saya bukan seorang pengacara yang hebat.Hasnah bt Jidin, haaa..dialah orangnya..Ibu saya yang boleh dikatakan tak pernah miss NLKO selama 7 tahun sepanjang saya bersiaran.Kadang kadang saya tahu dia terpaksa menipu cakap saya bagus walaupun saya tahu yang saya ada buat silap,tapi demi nak jaga hati dan memberi semangat kepada saya kata-katanya sangat berlapik.Sampaikan bila saya sampai rumah balik dari studio,dia boleh ulang balik kata-kata saya di NLKO.Minat sungguh mak cik ni kpd Fizo Omar yea..hehehe.

 


Bila last week saya dapat tahu yang adanya perubahan kpd line up pengacara NLKO untuk tahun 2017,pada saya memang sudah sampai masanya untuk team NLKO memberi nafas baru kpd program tu dan saya pun rasa ada baiknya utk saya memberi laluan kpd sahabat saya lain untuk terus menyerikan pagi hari minggu di TV9.Dan orang yang pertama yang saya kongsikan iaitu peminat nombor 1 NLKO,iaitu ibu saya,riak wajahnya seakan akan sedih.Ye la,tak dapat dah dia nak jadi juri lagi lepas ni dan mungkin rindu nak tengok anaknda nya lagi di NLKO yang barangkali lebih hensem dalam TV berbanding tengok di rumah memakai kain pelikat.

 

Tidur dalam kereta di hadapan sri pentas menjadi kebiasaan kpd saya sebelum bersiaran.Masa awal2 saya bersama NLKO dulu saya masih lagi aktif berlakon,dan shooting kebiasaan akan habis lewat malam atau awal pagi,masa tu belum mampu nak bayar gaji PA,jadi takut balik tidur dan terbabas jadi saya selalunya terus ke Sri pentas dan ‘parking’ dalam kereta jap sementara nak menunggu 7 pg.Kadang kadang tu tak mandi terus masuk studio..heheheh.tapi bila dah make up boleh la cover n tak pecah lubang.
Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kpd Exec Produser Kak Anne yg bertanggungjawab bawa saya ke NLKO,Kak Wan produser pd 2011 yang yang beri peluang dan juga sangat banyak mengajar saya untuk menjadi seorang pengacara dan improve kan communication skill saya.Tak lupa juga kepada semua crew dibelakang tabir yang lain,Kim,Cristie,Linda,Ain,Roy,Biha,Nisa,Shah dan semua lah yang telibat selama 7 tahun saya bersama anda semua.Juga kepada rakan-rakan Host saya yang lain,AG,Luq,Bienda,Hunny madu,Aida,FBI,Ustaz Fakhrul,Haziq,Talib,Hurairah dan semua lah..

 


Insyallah pengalaman yang ada akan saya gunakan untuk terus menjadi pengacara dan seorang speaker yang hebat satu hari nanti.Mohon maaf juga kepada semua penonton setia NLKO juga tetamu yang pernah saya interview sekiranya ada salah silap selama 7 tahun saya bertugas.
Kepada semua peminat NLKO teruskan menyokong team NLKO yang awesome dan saya percaya NLKO akan terus menjadi program penyeri kita semua di pagi hari minggu.Yang pasti saya akan mejadi peminat setia nombor 2 NLKO kerana peminat nombor 1 NLKO masih lagi di tangan mak cik Hasnah Bt Jidin.


.
Last but not least,segmen yang paling WIN dan pecah perot adalah ‘sesuka hati chef’ bersama Trio Ahad…

ALL DA BEST NASI LEMAK KOPI O. TERUSKAN MENGHASILKAN KARYA YANG TERBAIK.TIDAK SEMUA ORANG DIIZINKAN OLEH ALLAH SWT UNTUK MENGHIBURKAN DAN MEBERI MANFAAT KEPADA HAMBANYA YANG LAIN.

Komen Anda?

Close
Top