3 CARA BERCAKAP YANG BAGUS

“People fail to get along because they fear each other; they fear each other because they don’t know each other; they don’t know each other because they have not communicated with each other.” Martin Luther King, Jr

 

SALAM JUMAAT…Apa khabar? Harini saya nak share dengan anda 3 cara yang bagus. 3 cara ni boleh diamalkan dimana sahaja. Bila datang part bercakap dengan orang ramai, tak semua orang rasa excited, ada yang kadang-kadang nervous especially kalau orang yang kita nak cakap tu kita tak kenal sangat atau tak kenal lansung. Sebab tu kadang-kadang kita sebenarnya peramah je, tapi dalam situasi tertentu kita macam gugup atau macam blurr tak tahu nak cakap apa. Tak kisahla dekat kenduri ke, kat tempat keja ke atau dalam train…takde manusia terlepas dari keperluan untuk bercakap. Yang berbeza adalah bahasa, cara berkomunikasi dan tujuan kita bercakap. Yang penting dalam komunikasi adalah mesej kita tu sampai pada orang yang kita nak cakap tu. Sebagus mana pun anda dalam bercakap, kadang-kadang stuck jugak. Apply cara ni supaya anda dapat tarik perhatian orang dengan bila bercakap.

 

Penghargaan

Apa perasaannya bila anda dihargai? Adakah anda dihargai di tempat kerja? Atau tidak? Tak semua orang suka kita..kadang-kadang tak de sebab valid pun tak suka, saja-saja tak suka..yang pasti, manusia sukakan pujian dan penghargaan. Kita akan rasa effort kita dihargai. Ini adalah salah satu cara bercakap yang bagus. Tapi tak semua orang ada skil ni. Macam mana nak buat?

Simple je, latih diri anda untuk bercakap seperti anda  mahu orang bercakap dengan anda. Komunikasi yang baik kena libatkan interaksi dua hala. Ramai orang ingat bila nak bercakap kena membodek, kipas sakan takpun kena show off segala yang best pasal kita. Nope, salah konsep tu…tu adalah cara berkomunikasi yang salah…orang boleh rasa kita cakap jujur atau sekadar nak mengipas..kalau orang yang kita cakap tu suka pun, orang lain yang dengar tu suka jugak ke atau rasa berbulu dari atas ke bawah. Nak buat orang rasa dihargai buatlah seikhlasnya, bukan dibuat-buat tapi hati tak peduli lansung.

 

4

Contoh:

A: Saya baru balik dari Pulau Seputih.

B: Wah! Ramai orang selalu kata best pergi holiday kat Pulau Jeju. Bestnya akak da dapat pergi sana…Apa benda best akak buat kat sana?

C: Pulau Jeju? Tak bestlah, Pulau Naomi lagi best…macam-macam aktiviti best dapat buat kat sana, pakej dia mahal jugak tapi berbaloilah dari pergi Pulau Seputih.

D: Akak beli apa kat kitaorang?

E: Untunglah dapat pergi…*tangan dan muka keatas*

F: Alah, kita pun dah pernah pergi sana tahun lepas…

Mana satu yang buat anda rasai dihargai? Buat anda rasa yang orang lain nak dengar pasal anda? Buat anda rasa yang anda dah buat sesuatu yang best atau pilihan yang tepat? Rasa-rasa?

Tips: Bila bercakap, ingat bukan pasal anda semata, konsepnya adalah anda bertanya soalan dan mendengar pada jawapan mereka, kemudian ulang proses yang sama dan boleh bertukar peranan. Kalu semua cerita pasal anda je dari A sampai Z…ermmmm…tengah cakap dengar kaunselor ke tu?

3

Karut?

Bila cakap janganlah main redah je isu apa semata nak bagi berbunyi. Kalau nak orang dengar kita cakap, kena convince orang tu yang dia perlu dengar pada kita. Biar diorang rasa ada sebab kenapa perlu nak dengar cakap kita. Ada 4 cara nak buat diorang nak dengar pada kita.

#Tanya soalan relevan: Buat diorang berfikir, contoh…

  • Apa yang akak rancang nak buat kat sini/sana?
  • Tuan pernah tak rasa produk ni sebelum ni?
  • Cik rasa warna mana yang lebih menarik untuk Cik?
  • Awak nampak letih..semalam cukup ke tidur?
  • Ok ke tinggal dekat kawasan perumahan ni?

# Bagi diorang nampak benefit yang diorang akan dapat kalau bercakap dengan anda. Contoh:

  • Oh…akak nak pergi Pulau Jeju? Saya ada contact kat sana, boleh dapat harga hotel murah?
  • Bila nak pergi sana? Kalau pergi sekarang waktu musim luruh…kalau bulan depan winter, nak berjalan tu boleh, cantik jugak tapi sejuk terketaq jugaklah, kena get ready pakaian sesuai.
  • Tuan kalau buat pembayaran sekarang, kita takkan kenakan caj servis tambahan.
  • Boleh lah bagi nombor Puan, nanti saya ada info terkini pasal promosi ni saya bagitau.
  • Oh, Puan kerja kat Seremban, saya kerja dekat area Bangi je, kalau ada nak datang ke sini bagitaulah, boleh saya tolong tunjukkan jalan. Banyak tempat makan best kat sini.                                                                                                                                                                                                                                                                                       Tips:Kalau nampak diorang tengah ada problem, maybe kita boleh tolong, jangan teragak-agak, sekadar bagi nasihat atau informasi baru yang mereka tak tahu dan patut tahu akan banyak bantu anda untuk berkmunikasi dengan baik dalam stage yang seterusnya.

#Kejutkan diorang dengan statement yang buat mereka segera respon. Contoh:

  • Oh akak dok Serdang, area Serdang tu kalau keluar pukul 7, alamatnya sejamlah baru boleh keluar dari area tu. kan?
  • Lama lagi ke awak kena siapkan tugasan tu? Kalau kita tak pergi sekarang, mungkin stok barang tu dah habis.
  • Kerja ni kalau tak siapkan harini, kita akan hilang ramai customer.
  • Makanan tu kalau tak ambik sekarang nanti tak sempat.
  • Jauh betul akak datang
  • Kesian kes budak kena culik jadi viral tu.

#Bercerita untuk buat mereka fokus. Contoh:

Kadang-kadang daripada cakap tak berhenti dan cuba untuk guna semua isu semasa yang kita tahu kadang-kadang mungkin tak sesuai untuk orang yang kita nak cakap tu. Sebab background yang berlainan tak semestinya kita tahu perkara yang sama walaupun isu viral. Cari satu titik persamaan antara kita dan dia, apa yang kita suka pasal dia yang mungkin serupa jugak. Contoh:

Cantiknya warna baju ni! Saya memang suka warna oren…Puan suka warna oren jugak ke? Haritu dengar pakar imej kata, warna oren ni warna energy yang mudah buat kita rasa bertenaga, orang yang tengok kita pun akan rasa bertenaga…kalau nak pergi interview atau buat presentation, pakai warna macam akak pakai ni baguslah………warna purple macam yang saya pakai ni pulak warna mistik, tanda personaliti yang unik…bla bla…kalau pendengar tu belum tahu mereka akan rasa cerita anda menarik tapi kalau dah tahu apa yang anda nak cerita, tanya dia pula pasal pengalaman dia yang ceritanya lebih kurang anda. Dengar pandangan dia… Barulah boleh bercakap dengan lama dan selesa.

5

Rasa manusia

Kadang-kadang, kita cakap dengan cara berbeza ikut dengan orang yang berlainan. Dengan kawan lain, dengan ibu bapa lain, dengan kawan kerja lain, dengan bos lain. Yes, memang cara lenggok bahasa lain-lain, ikut situasi, tapi jangan lupa yang kita cakap tu pun sama manusia dengan kita, janganlah terlalu strict sangat, skema sangat,ingat kita cubalah cakap dengan cara kita nak orang ckap dengan kita…hormat tu harus ada, nak bergurau sikit-sikit tak salah kan, bukan robot, kita boleh gelak-gelak kan. Cuma jangan menghina sampai orang tu terasa hatilah ye. Contoh: Kalau customer mintak kurang tu fahamlah yang kita pun kalau nak beli nak murah jugak, cuba fahamkan dia dengan elok kenapa harga tu harga yang terbaik untuk dia. Guna bahasa yang mudah untuk difahami dan disenangi. Jangan lupa bahasa badan yang positif…Senyumlah bila bercakap, cakap daripada hati dengan niat yang baik.

 

Sekian sahaja kali ini, nak cakap pasal komunikasi ni banyak cara dan strategi, kalau nak cerita semua tak habis. Kalau ada masa saya share lagi nanti pasal teknik komunikasi khas untuk anda yang nak improve cara berkomunikasi. Biar anda dapat bercakap dengan yakin dan yang pasti bukan cakap sensorang lepas tu yang balas bunyi krik krik krik ye??

 

Komen Anda?

Close
Top