3 FAKTOR PEMIMPIN BISNES YANG BERJAYA

Salam semua, tengah posa ke? posa 6 ke posa apa tu? Jangan lupa, Syawal tinggal berapa hari je ni…jangan lupa amek kesempatan pahala puasa 6 yang ibarat berpuasa selama setahun, rugilah…tak sampai seminggu je kot tahan lapar..boleh buang lemak sekali. Harini saya nak cakap pasal bisnes juga tapi saya nak fokus pada orang yang jadi penggerak bisnes ni. Bos, Tauke, Tuan, Mam, Cik atau apa jua gelaran anda, anda sudah berada selangkah dihadapan, anda pemimpin kepada ramai yang lain di bawah anda, anda pimpin pengikut anda, pekerja anda, perniagaan anda dan customer anda. Memang tak semua orang boleh dilahirkan sebagai pemimpin hebat tapi skil kepimpinan boleh dipelajari apatah lagi ia wajib kalau anda sudah buat keputusan nak berbisnes. Anda harus berupaya untuk memimpin diri sendiri dan memimpin orang lain untuk menggerakkan bisnes anda. Kalau anda berjaya memimpin mereka yang di bawah anda untuk mencapai matlamat yang telah anda tetapkan, bisnes anda sudah hampir 50% untuk berjaya. tapi nak memimpin bukan senang, manusia ni nak dengar kata-kata sendiri pun kadang-kadang fail apatah lagi nak dengar kata orang lain. Nak dapat kepercayaan yang dibawah untuk biarkan kita lead mereka bukan juga perkara yang senang apatah lagi untuk sama-sama bergerak ke arah matlamat bisnes kita. Berikut adalah 3 faktor yang wajib ada pada pemimpin perniagaan untuk berjaya sampai ke destinasi yang kita idamkan. Baca dan hadamkan.

  1. Cikgu Pengalaman 

a

Orang tua pick up line bila nak gaduh dengan orang muda ialah, dengarlah aku cakap, aku lagi tua daripada ko, lagi awal makan garam! Yup, kadang-kadang boleh pakai, kadang- kadang tak leh pakai. Kalau dulu ya, zaman letrik tak brapa nak ada, hat dapat gi sekolah dengan orang putih pun boleh kira dengan jari, jadi kita banyak belajar tiru orang tua, cara nak pakai, cara nak masak, cara nak cakap, dan banyak lagi. Tapi, dunia moden sekarang macam-macam benda baru kena belajar. Pasai tu yang budak-budak jame loni pergi sekolah balik sekolah macam orang kerja pejabat, lebih lagi sebenarnya, bawa beg berat dekat 20 kg sehari. Tapi yelah, belajar banyak mana, lama mana pun belum tentu lagi masa depan dia macam mana. Selalu orang yang lagi tua dikatakan lagi pandai, lagi banyak ilmu tapi tak semestinya. Bukanlah lebih tua pada usia itu yang menjadikan dia seorang yang lebih bijak dan lebih pandai membuat keputusan tapi pengalaman adalah kayu ukurnya. Semakin banyak orang itu belajar dari pengalaman dan kesilapan semakin bijak kita memilih jalan semasa di persimpangan. Beza cara seseorang yang kaya di umur 23 tahun dengan berbisnes dengan seseorang yang baru hendak berbisnes pada umur 30 tahun. Walaupun jarak 7 tahun, tapi mungkin bila berkaitan dengan bisnes, yang si umur 23 ni maybe dah start jual kuih dari umur 7 tahun, memekak satu kampong nak habiskan kuih tapi tulah pembelajaran buat sales strategy tapi yang umur 30 ni maybe dah lama kerja tapi tak pernah buat bisnes, so bila nak start, nak cakap kuat sikit pun tersegan silu. Jadi belajarlah daripada cikgu pengalaman sebanyak mungkin. Tu yang mematangkan kita, yang menenangkan kita, yang memacu kita kearah kejayaan. Camana nak banyakkan pengalaman? Kena selalu mencuba…orang kata trial n error saya kata try n adjust. Tanya diri sendiri camana nak belajar sebanyak mungkin  daripada pengalaman dan elakkan buat kesilapan yang sama. Kayakan diri dengan pengalaman dan baru fikir nak kayakan diri dengan duit melalui perniagaan.

 

  1. Sifu Sederhana

b

Satu perkara je yang dapat buat seseorang tu kekal sederhana dan merendah diri dalam mana-mana situasi. Dengan ilmu.Tapi kenapa ramai je orang ada ilmu tinggi sampai tahap Doktor-doktor lagi tapi macam tak berapa nak rendah diri sangat? Sebab ilmu ada tapi tak apply selalu. Terkadang bila dah konon ada ilmu terus berhenti belajar. Jangan macam tu, sepatutnya konsep ilmu adalah semakin banyak belajar, semakin banyak tak tahu. Dari situ datang malu, malu sebab sedar yang usia makin berlalu pergi tapi dada masih belum penuh terisi. Teruskan belajar dan rasa merendah diri itu akan jadi temannya. Pemimpin yang bagus tidak memburukkan orang lain hanya untuk berjaya, pemimpin perniagaan yang terbilang yang tidak berhenti belajar dan rasa rendah diri akan terus menjadi diri sendiri, seorang yang BERJAYA dan jadi inspirasi orang lain untuk BERJAYA. Jangan berhenti mencari ilmu dan mengutip kata emas daripada guru.

 

  1. Bagi dan bagi.

c

Jadi pemimpin bukan setakat lead, delegate task dan push towards result. Kena ada win-win situation, dalam perniagaan, kita adalah leader kepada produk kita, pekerja kita, pelanggan kita dan juga leader kepada keuntungan dan kerugian kita. Mungkin bisnes baru start dah fail, mungkin dah lama start tapi tak boleh expand. Kenapa? Fikirkan balik..maybe silapnya pada kepimpinan kita. Kepimpinan bukan semata memberi arahan, tapi memberi kepuasan dan kejayaan pada mereka yang dibawahnya. Kalau kita beri bimbingan pada yang di bawah sampai berjaya, kita juga sama berjaya malahan lebih lagi kerana kitalah yang membawanya ke destinasi tersebut. Bila kita minta yang dibawah memberi kepada kita, fikirkan juga apa yang kita beri kepada yang dibawah. Seperti hubungan kita dengan Tuhan, semakin banyak kita minta, semakin banyak juga harus kita beri dan bersyukur kepadanya. Hubungan dengan manusia juga begitu, salinglah memberi dengan seikhlasnya, maka yang diterima juga pasti akan sama, tidak aka nada kurangnya, jika tidak disini, disana nanti. Watak pemimpin adalah pelbagai, tetapi persamaannya adalah memberi, agar sama melangkah seri, maju kehadapan, bukan mundur ke belakang. Kepimpinan boleh dipupuk, sikap memberi dan berkongsi apatah lagi, asalkan hati kita  seiring sekali. Saya suka bila saya dapat tolong orang lain dengan memberi dan berkongsi, kerana itu tanda kasih kita pada Ilahi. Insha allah, apa yang disemai akan dituai kalau bukan sekarang, kat sana nantilah. Sama-sama  kita, OK?

P/s: Kepada yang berminat nak belajar strategi bisnes yang anda belum pernah tahu, saya dan team saya akan mengadakan jelajah seminar “Start Your Business” di Kedah, Kelantan, Johor dan Sabah bermula bulan Ogos ini. Kepada yang berminat boleh layari link website di bawah untuk maklumat lanjut. Jumpa kat sana!

http://fizoomar.com/seminarsyb2016

Komen Anda?

Close
Top