3 FASA NIAT | PROF DR MUHAYA

WhatsApp-Image-20160515 (4)

 

Nawaitu Lillahitaala…Itu lah satu satunya kata kunci untuk kita Berjaya dalam apa jua bidang sekalipun.Lagi lagi dalam bidang bisnes, kalau kita niat buat bisnes semata mata nak untung jer memanjang,memang lagi jauh la keuntungan tu lari dari kita.Memang la semua orang buat bisne nak untung,tak de untung macam mana mau hidup? Tau…saya pun nak untung dan xde sapa yg nak rugi kan.Tapi jangan fikir untung duit je,banyak lagi untung yang kita terlepas pandang antaranya ialah kita diberi keuntungan kesihatan,ketenangan,kebahagiaan dan kesenagan dalam segala urusan.Keutungan itu semua tidak boleh dinilai dengan wang ringgit tau..Malah ia lebih berharga dan mungkin datangnya keuntungan yang saya sebutkan tadi adalah dari keberkatan dalam bisnes yg kita buat.Dan sebab utama adalah seperti yang saya katakan tadi kerana LILLAHUTAALA.

Ini bukan saya cakap tau,saya hanya share dengan anda apa Prof selalu sangat advise pada saya,bila saya tanya je pape, dia akan tanya balik, buat ni kerana apa? Untuk apa?nak dapat apa?nak tunjuk kat sapa?nak dapat redha siapa? Haa… itu lah soalan yang membuat kita terfikir untuk menjawab nya secara spontan tanpa menipu diri sendiri.

Sebab itulah apa jua yang kita lakukan pasti bermula dengan NIAT.Samaada ia baik atau buruk mesti akn terdetik satu perasaan yang dipanggil niat yang wujudnya dalam HATI kita.Dan anda kena ingat,HATI tidak pernah menipu kita, yang selalu menipu kita adalah AKAL kita sendiri yang dipengaruhi oleh nafsu kita dan pihak ‘ketiga’.Bak kata Prof. NIAT ni ada 3 fasa didalam setiap pekara yang kita lakukan,dan NIAT akan sentiasa ‘diganggu’ supaya ianya berubah ubah dan tidak konsisten.

fizo omar niat2

NIAT FASA PERTAMA

Macam saya katakan tadi,semua orang selalunya akan berniat baik sebelum memulakan sesuatu perkara terutamanya dalam membuat bisnes.Sebagai contoh mungkin bila dah dapat untung nak keluarkan zakat yg sempurna,nak hantar mak ayah pg umrah, nak sedekah kepada anak yatim dan sebagainya.Sangat bagus niat tu semua dan tak de yang tak betul pun.Cuma adakah niat kita tu kekal dan kita tunaikannya apabila kita dah mencapai apa yang kita impikan?

NIAT FASA KEDUA

Selalunya NIAT akan terganggu dan mungkin terlupa dalam kita sibuk mengejar target mahupun keuntungan dalam bisnes.Dan dari situ jugalah datangnya pelbagai dugaan dan cabaran yang mewujudkan NAFSU sehingga mengabaikan atau mengetepikan apa yang kita NIAT kan pada awalnya.Itu yang ada sesetengah dari kita buat keje separuh jalan jer sebab mungkin pada awalnya semuanya ok dan Berjaya tapi bila dipertengahan agak ‘sendu’ sikit.Kenapa ek?mungkin kita boleh cek balik NIAT kita adakah ianya masih kekal atau pun dah berubah.

NIAT FASA KETIGA

Kebanyakannya adalah bila dah Berjaya, kita akan meraikannya terlebih dahulu.NIAT dan hajat asal ditangguhkan kerana ianya adalah antara diri kita sendiri dan ALLAH tanpa melibatkan pihak ketiga (manusia).Jadi ia seoalah olah tidak penting sangat.Hmm..xde orang Nampak dan tahu pun..Ala dah dapat apa yang kita nak kan.Jadi tak pe la tangguh sekejap.Dan kebiasaanya barang yang ditangguh akan menjadi ‘basi’ dan lama kelamaan di kira ‘halal lah’.Ditambah pula faktor persekitaran, ye la bila dah Berjaya ni sebenarnya ujiannya lagi dasyat berbanding kita gagal.Nak berlawan dengan NAFSU bukan senang dik oi.Macam2 jin turun bisik kat telinga ni suruh ikut je nafsu kita yang makin menjadi2 bila dah Berjaya.Jadi niat mula la berubah dengan sendirinya…

fizo omar niat1

Baiklah apa yang saya share ni adalah pemahaman saya tentang apa yang dikongsikan oleh Prof tempoh hari.Moral of the story, senang cita tips dia adalah sentiasa remind diri sendiri tentang niat dan hajat kita supaya tune nya tidak lari walaupun di peringkat mana pun kita.Dan sentiasa utama kan NIAT kita dahulu kerana mungkin kejayaan yang dikurniakan oleh NYA adalah datangnya dari keberkatan NIAT asal kita tu sendiri.

Insyallah saya akn terus menuntut ilmu dan akan kongsikan dengan anda semua.Banyak lagi yang saya akan kongsikan pengalaman jatuh bangun saya sendiri supaya ia dijadikan teladan utk semua.

Kalau nak dengar secara LIVE bersama Prof Muhaya, block ur date pada 22 MEI 2016 untuk seminar Start Your Business SYB. Topik yang lagi menarik akan Prof share kpd kita semua iaitu ‘BERNIAGA DARI HATI’ & INNER CISE.. perrrghhh xsabar plak rasanya…Ok la nanti saya sambung cerita lagi.

output_Q0bKAQ

 

www.fizoomar.com/syb2016

Kongsikan artikel ni kpd sesiapa yg anda rasa dia perlu baca.

Berapa ramai yang nak saya share lagi sila komen..

I WANT MOREEEE…….

Komen Anda?

Close
Top