3 PLATFORM TINGKATKAN JUALAN

Jika bisnes anda berada dalam keadaaan yang tak berapa baik, mungkin anda lebih suka untuk fikirkan bahawa faktor ekonomi yang mempengaruhinya tapi sebenarnya salah diri sendiri. Macam mana nak maju kalau orang pun tak tahu apa yang anda jual. Bila buat bisnes kalau boleh nak satu dunia tahu kita buat apa tapi dah betul-betul yakin ke cara marketing tu boleh sampai kat semua orang? walhal Jiran sebelah rumah pun tak tahu anda buat bisnes apa. orang lain apatah lagi.

Macam mana orang nak kenal bisnes anda? Hari ni team Gegey nak kongsi dengan anda semua platform yang anda patut manfaatkan untuk bisnes anda supaya semua orang tahu yang anda sbenarnya seorang pemilik bisnes.

1. FACEBOOK

Facebook adalah media sosial terbesar di dunia dengan lebih 2 billion pengguna aktif. Sementara jumlah pengguna Facebook di Malaysia telah mencapai lebih dari 13 juta orang. Jadi sangatlah rugi bagi pengguna bisnes melepaskan peluang keemasan ini lebih-lebih lagi facebook mempunyai fungsi yang berguna untuk peniaga online. Jom usha kelebihan Facebook untuk usahawan online seperti anda !

 

– terdiri daripada komuniti yang lebih targeted untuk sesuatu niche bisnes

– Bermanfaat untuk pemilik bisnes berurusan secara privasi

– Untuk menempatkan produk, servis untuk bisnes anda secara percuma

 

Twitter adalah salah satu laman sosial yang termasuk dalam kategori Microblogging. Jika kita ibaratkan Facebook itu bermain bola sepak, maka Twitter boleh dibaratkan sebagai bermain futsal. Manakal kalau Blogging pula kita katakan membuat rumah, maka Microblogging boleh dikatakan membuat kandang ayam.

Bahasa mudahnya kita panggil Update Status. Berbeza dengan Facebook, Update Status diTwitter tidak boleh di komen secara langsung. Namun twitter mempunyai kelebihannya tersendiri. Antaranya :

  • #
    – Memudahkan pencarian pengunaan # di twitter dan mengikut trend
  • TWEET ADS 
    – Salah satu marketing channel yang berbayar di Twitter
  • STORIES THREAD
    – Untuk viralkan lagi bisnes dengan fungsi retweet

 

3. INSTAGRAM

Anda sediakan servis photografi dan videografi? mungkin aplikasi instagram sangat sesuai untuk servis anda! Kalau anda pandai menggunakan setiap fungsi yang Instagram sediakan, mungkin anda dah letopkan sales. abistu untuk servis phorografi dan videografi jeke? kalau produk kecantikan tak sesuai ke? jangan risau! kami yakin hampir semua  jenis busines sesuai untuk menggunakan instagram sebagai channel marketing. Bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk menggunakannya. Berikut kami senaraikan fungsi instagram yang boleh menaikkan sales bisnes korang!

 

  • STORY
    – Setiap posting gmbar atau video akan mendapt reach lebih tinggi daripada posting biasa tpi hanya kekal dalam masa 24 jam sahaja
  • LIVE VIDEO 
    – Dapat berinteraksi dengan follower² dengan lebih dekat secara live untuk mempromosikan bisnes sekaligus dapat bina trust
  • PAID REVIEW
    – Alternatif yang meningkat reach dan brand awareness igshop dengan membayar insta famous untuk review bisnes anda
  • SWAP REVIEW
    – Membolehkan usahawan bisnes untuk saling promosikan bisnes anda tanpa sebarang bayaran
  • HASHTAG #
    – Memperluaskan pencarian di ruangan “search” pada Explore Tab di Instagram.
  • LOCATION
    – Membolehkan pemilik café, restoran, butik dan bisnes yang mempunyai premis untuk mewar² lokasi bisnes dengan menggunakan tag location

Komen Anda?

Close
Top