3 TIP MUDAH BUAT BISNES DI INSTAGRAM

salam hujung minggu semua.. amacam hujung minggu ni, buat pegi mana je? Haaa kat sape – sape yang tak buat ape – ape tu, jom ikut saya buat bisnes melalui instagram.. korang semua mesti ade kan account  insta, tipulaa di zaman hipsturrr sekarang ni, sesiapa sahaja kompem ada account instagram, bezanya korang tahu atau tak je nak manfaatkan account instagram korang tu..

haaa, kat sape – sape yang nak tambah side income tu, jomlah baca tip – tips yang saya nak sharekan kat korang semua untuk tambah pendapatan sampingan di instagram. Jangan tekejut kita boleh buat duit hanya di hujung kuku je. Tapi kene ada teknik dan tips yang betul jugak.. oklah jom ikut tips – tips yang saya nak sharekan harini..

1 – Kualiti Gambar

Gambar yang dimuat naik mestilah kelihatan cantik dan tidak pecah kualitinya supaya prospek akan lebih yakin dengan produk yang dijual. Disebabkan gambar di instagram tidak boleh dimuat naik secara banyak, adalah penting untuk kita memilih gambar yang betul-betul sesuai.

2- Kelebihan Produk

Kita membeli sesuatu atas dasar kelebihan/kebaikan sesuatu produk. Oleh itu, adalah perlu jika kelebihan produk dinyatakan dengan jelas. Gunakan simbol ‘tick’ ataupun ‘bullet’ supaya ianya nampak lebih teratur dan tersusun.

3- Copywriting Yang Menarik

Teknik copywriting yang menarik mampu menarik minta prospek untuk tahu lebih lanjut tentang produk yang kita jual. Salah satu cara adalah dengan penerapan elemen santai. Sertakan juga symbols atau emoticons yang sesuai supaya nampak lebih menarik.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat untuk kita semua.

 

P/s: Kepada yang berminat nak belajar strategi bisnes yang anda belum pernah tahu, saya dan team saya akan mengadakan jelajah seminar “Start Your Business” di Kedah, Kelantan, Johor dan Sabah bermula bulan Ogos ini. Kepada yang berminat boleh layari link website di bawah untuk maklumat lanjut. Jumpa kat sana!

http://fizoomar.com/seminarsyb2016

Komen Anda?

Close
Top