30 MINIT BERSAMA DR ZAKIR NAIK DI GUNUNG FUJI

 

 

 

 

ff2f4f77-e358-40df-886e-4561b2a380c2

 

Dr.Zakir Naik, aura pendakwah yang sangat kuat.

PENGALAMAN BERSAMA DR ZAKIR NAIK

Permusafiran saya dan isteri di Tokyo baru-baru ini memberikan seribu satu kenangan terindah dalam hidup saya dan isteri. Sejujurnya saya berasa sungguh bertuah kerana dengan izin Allah saya berjumpa dengan pendakwah, idola dunia di bumi matahari terbit itu.

Sehingga kini sukar bagi saya untuk melupakan detik-detik pertemuan dengan Dr Zakir Naik di Jepun. Ketika itu, kami dalam perjalanan menuju ke gunung fuji, sewaktu didalam perjalanan saya melihat kelibat manusia dilereng laluan ke gunung fuji. Sosok tubuh beliau yang hanya berkopiah dan berjanggut jika difikirkan kembali sukar untuk melihat orang jepun memakai pakaian sedemikian. Timbul dibenak fikiran saya siapakah beliau? Perasaan meronta-ronta ingin tahu sehinggalah pemandu yang memandu kereta kami berhenti dan mengajak untuk mendekati hamba Allah ini.

 

AURA SEORANG PENDAKWAH

Firman Allah :

‘ Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri, padahal kamu membaca kitab (taurat)? Tidakkah kamu mengerti. ‘ – Surah Al-Baqarah ayat 44.

Ketika kami berjalan untuk mendekati milik siapakah sosok tubuh gerangan berkopiah dan berjanggut itu, hati saya saya terlintas ‘ mungkin beliau ini Dr Zakir Naik ‘. Wah! tekaan saya betul, beliau yang kami lihat tadi adalah Dr Zakir Naik. Aura seorang pendakwahnya meyakinkan saya yang sosok berkopiah dan berjanggut sebentar tadi adalah beliau.
Kami terus mengambil peluang keemasan untuk mendekati pendakwah tersohor dunia ini. Waktu itu saya merasakan diri saya begitu bertuah kerana Allah memilih saya dan isteri untuk bertemu beliau.

 

Ucapan dari Dr. Zakir Naik buat sahabat saya di Malaysia.

 

PERTEMUAN DI GUNUNG FUJI

Sukar untuk saya percaya akan pertemuan saya dengan Dr Zakir Naik di tempat yang begitu ekslusif iaitu di gunung fuji. Pada ketika itu, Dr Zakir Naik sedang mengadakan pengembaraan di Jepun untuk sesi ceramah beliau disekitar kawasan Tokyo.

TAUJIHAT DR ZAKIR NAIK

Pesanan Dr Zakir Naik kepada kami setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan mestilah memberi manfaat kepada manusia lain.Walaupun hanya seketika pertemuan kami, namun moment yang diberikan oleh Allah sangat hebat amatlah saya hargai dan sehingga kini saya masih tidak percaya berjumpa dengannya secara langsung ‘ face to face’ tanpa berasak-asak dengan orang ramai. Dan sempat juga saya merakamkan sebuah video bersama Dr Zakir Naik untuk dikongsikan bersama orang-orang di Malaysia.

Semestinya Dr Zakir Naik tidak mengenali siap sebenarnya saya dan isteri, namun begitu gaya percakapan beliau terlalu menghormati saya dan isteri dan tidak hairanlah dengan sifat rendah diri dan tawaduk beliau telah mengangkat beliau sebagai pendakwah tersohor antarabangsa.Saya sangat kagum dengan kelembutan petuturan beliau dan saya berdoa agar dapat dipertemukan kembali. Amin.

KEHADIRAN DR ZAKIR NAIK DI MALAYSIA

Pastinya saya adalah salah seorang yang gembira dengan kehadiran Dr Zakir Naik di Malaysia tetapi memandagkan isu-isu yang sedang hangat dilaman social kini saya difahamkan bahawa ceramah beliau terpaksa dihentikan oleh pihak atasan atas alasan dan sebab-sebab tertentu. Pada pendapat saya isu ini agak mengecewakan kerana saya sangat teruja untuk menhadiri ceramah beliau secara langsung tetapi saya yakin dan percaya apa yang berlaku itu ada hikmahnya.
Kita sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum tidak seharusnya menuding jari kepada mana-mana pihak berkenaan isu ini. Dan semoga kehadiran Dr Zakir Naik ini membawa seribu rahmat kepada rakyat Malaysia umumnya.
Saya berdoa semoga Dr Zakir Naik dapat menyebarkan ilmu di Malaysia lagi.

JADUAL CERAMAH DR ZAKIR NAIK DI MALAYSIA

DR ZAKIR NAIK Tour To Malaysia 2016

Insyaallah, here are the schedules.
15-18 April 2016

[A NIGHT WITH DR ZAKIR NAIK’S PROTEGES]
Date : 15th April 2016, Friday
Time : 8.30pm
Venue : MRM’s Lecture Hall, Wisma Multiracial Reverted Muslims, Kuala Lumpur.
Speaker : By proteges of Dr. Zakir Naik
Free Admission : http://bit.ly/Proteges

[IS THE QUR’AN GOD’S WORD?]

Date :16 Apr 2016, Saturday
Time : 5.00pm
Venue: Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Speaker : Dr. Zakir Naik
Free Admission: http://www.islamicevents.my/event/404

[SIMILARITIES BETWEEN HINDUISM & ISLAM] – Topic will be changed!

Date :17 Apr 2016, Sunday
Time : 5.00pm
Venue: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.
Speaker : Dr. Zakir Naik
Free Admission: http:// http://www.islamicevents.my/event/410

[TAQWA IS THE BEST APPAREL] – Muslimah ONLY!

Date :17 Apr 2016, Sunday
Time : 8.30pm
Venue: Dewan Utama Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.
Speaker : Farhat Naik
Free Admission: http:// http://www.islamicevents.my/event/410

[THE IDEAL MUSLIMA & RESPECT TO PARENTS] – Muslimah ONLY!

Date :18 Apr 2016, Monday
Time : 8.30am
Venue: Audotorium & Studio F Karangkaraf, Shah Alam, Selangor.
Speaker : Farhat Naik & Zikra Naik
Free Admission: http://bit.ly/farhatnaik

Komen Anda?

Close
Top