PERCUTIAN BAJET, TAPI MASIH HAPPY!

Assalamualaikum! hai semua, apa khabar?

Dah hujung – hujung tahun ni, mesti ramai di antara kita yang dah siap plan untuk bercuti kan?. Bila sebut je pasal bercuti, pastinya korang inginkan percutian yang best dan menarik, dan paling penting cukup dengan duit poket korang.

Selain menggunakan trick trivago untuk check hotel, skyscanner atau flycheap.com untuk check tiket flight, ada juga tips lain yang korang boleh amalkan sebelum bercuti.

Jom kita tengok tips–tips mudah yang saya nak kongsikan hari ni! Checkout.

#1.Rancang Destinasi Percutian anda!

Perkara pertama sekali sebelum bercuti, korang perlu plan di mana destinasi percutian yang korang nak pergi. Tempat yang korang nak pergi tu perlu mengikut bajet yang korang ada! Jangan tempat yang nak pergi tu melebihi bajet! Koyak poket nanti.
Tip mudah, korang kene rajin google atau baca review tentang destinasi yang korang pilih di blog, takpun di sosial media.

#2.Rancang Bajet anda!


Kalau takde bajet macam mana nak bercuti kan? So first thing first setelah tentukan tempat yang korang nak pergi, korang perlu setkan berapa bajet yang korang nak belanjakan dan mulalah menyimpan. Pastikan korang tak berbelanja lebih dari bajet tau!

#3.Bawa bekalan makanan !


Untuk lagi jimat percutian korang, korang boleh bawa makanan seperti roti, nuttela dan makanan ready pack dalam tin untuk memudahkan korang. Tambahan pula kalau tempat yang korang pilih itu susah untuk mencari makanan atau restoran yang halal.

 

#4.Tukaran Duit
Kalau tempat percutian korang tu di luar negara, korang perlu buat tukaran duit dari sekarang, tak perlu masa nak pergi bercuti baru nak tukar, susah jadinya nanti.

Tips mudah, korang boleh tukar duit sikit – sikit dan kumpul sehingga diperlukan. Setkan berapa bajet yang di perlukan untuk percutian dan tambah dalam 15% untuk kecemasan.

#5.Dokumen Penting


Kalau yang nak travel luar negara tu, korang perlulah menyediakan dokumen penting sebelum pergi bercuti, pastikan buku merah jangan lupa bawa ye!

Tips mudah, sediakan segala dokumen berharga di dalam satu beg untuk memudahkan korang bawa.
Rancanglah percutian korang sebaiknya! Buat perbandingan harga dulu sebelum memilih destinasi yang korang nak pergi. Selaras dengan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), pengguna perlu bijak dan jimat sewaktu memilih terutama dalam merancang percutian. Setiap kita sebagai pengguna mempunyai hak masing-masing kan , so manfaatkan!

#penggunabijak

#mykpdnkk

#caringministry

Komen Anda?

Close
Top