DOA UNTUK INDONESIA

Kejadian gempa dan bencana Tsunami yang berlaku di Bandar Palu dan Donggala, Pulau Sulawesi, Indonesia menarik perhatian saya, yang mana ribuan saudara sejiran kita terkorban dalam kejadian bencana itu. Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.

Perkara yang betul – betul menyentuh hati saya apabila mengetahui masih ada lagi nyawa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan lumpur.

di khabarkan juga ada  mangsa yang tidur di atas jalan raya berbumbungkan langit dalam keadaan gelap dan kesejukan kerana terputus bekalan elektrik. Sangat – sangat menyentuh hati saya, saya  doakan kepada saudara – saudara kita disana, agar terus kuat menempuh dugaan yang berlaku.

 

 

Komen Anda?

Close
Top