4 Sebab Kenapa Produk Bagus Tapi Orang Tak Beli??

Assalamualaikum semua..

Harini saya nak share dengan korang semua masalah yang selalu usahawan hadapi ketika berniaga. Masalah yang  selalu berlaku,  barang yang nak jual  ada , produk yang kita jual bagus, tapi hairan kenapa tak ada juga orang nak beli..

Masalah inilah yang paling  berpuaka yang sedang membingungkan ramai usahawan di luar sana. Samada  usahawan yang jalankan perniagaan secara online atau usahawan yang berniaga secara offline, masalah ini kerap kali menghantui fikiran.

Bergantung pada untung nasib usahawan itu, kadang – kadang  usahawan yang baru mula berniaga, terus je produk yang dia jual tu laku. Ini biasanya berlaku pada mereka yang menjalankan perniagaan secara terus offline macam buka meja di pasar malam atau di tepi jalan.

Lain pulak cerita dengan  usahawan yang mula jalankan perniagaan secara online biasa menghadapi masalah ini. Berbulan-bulan buat promosi dalam talian tetapi satu jualan pun tak dapat buat. Keadaan ini memang amat sedih,bila lihat kawan-kawan usahawan lain update dalam  facebook kononnya perniagaan onlinenya tak menang tangan melayan pembeli.

Kenapa produk bagus tapi orang tak beli???

Kalau korang  sedang hadapi masalah yang sama, saya akan sharekan sedikit panduan, sebab kenapa produk bagus tapi tidak ada jualan??

 

 #1. Orang tak tahu kewujudan produk

dont-know

Ini isu utama yang membuatkan produk korang tidak dibeli oleh orang. Logik bukan !, macam mana orang nak beli kalau mereka tak tahu tentang kewujudan produk ?

Sebab itulah biasanya peniaga di tepi jalan atau di pasar malam lebih mudah mencatatkan jualan pertama. Lagi – lagi  jika perniagaan itu jelas dan mudah dikenal pasti seperti perniagaan makanan atau minuman. Buka saja tepi jalan, mereka yang lalu lalang kat situ dah tahu apa yang korang buat. Tinggal nak buat keputusan sahaja samada nak berhenti singgah beli atau tidak.

Lain pula masalahnya jika buat perniagaan online. Apatah lagi orang tak kenal siapa dan apa yang anda buat. Kalau kawan yang dah kenal, takkan nak beli secara online jugak, lebih mudah beli terus dengan korang kan?. Jadi sasaran utama korang sebenarnya adalah mereka yang korang tak kenal.

Oleh itu, pastikan korang buat pemasaran  kepada seramai mungkin orang dengan matlamat memberi tahu akan kewujudan dan apa yang korang buat dan jual.

 

#2. Orang tahu  kewujudan produk tapi tak paham nilai yang ditawarkan 

reflective-questions-in-elearning-reflecting-on-i-dont-know

Bila dah pasarkan produk yang  bagus dalam group atau tempat yang ramai orang dalam Fb umpamanya, akan ada orang yang dah mula sedar kewujudan korang. Tapi ramai juga yang masih tak mencatatkan apa-apa jualan, kenapa?

Sebab utama berlaku begini adalah kerana orang tak faham apa yang korang tawarkan. Apa masalah yang korang selesaikan. Penyampaian korang juga tidak menarik dan membosankan membuatkan orang bukannya faham nilai tawaran, sebaliknya mereka jadi meluat dan tak sudi baca untuk lebih tahu.

Pastikan korang jelas apa yang ditawarkan. Apa masalah yang diselesaikan. Sampaikan dengan baik, ringkas dan padat serta menarik perhatian. Tips utama untuk menarik perhatian adalah dengan memilih ayat yang menyentuh mereka yang korang sasarkan, dan bukannya syok sendiri cerita tentang korang atau perniagaan korang.

Satu lagi sebab orang tak faham adalah apabila korang cuba jual berbagai produk dalam satu iklan atau promosi. Bila dah banyak sangat, penerangan akan jadi panjang, dan pengguna terpaksa buat pilihan. Biasanya otak kita akan kecut bila terpaksa buat perbandingan banyak produk untuk buat keputusan.

Penerangan yang panjang juga satu lagi masalah yang besar, apatah lagi jika korang gagal menarik perhatian mereka pada ayat pertama di  ayat promosi. Bila pelanggan tengok penerangannya pula macam buku novel, mereka akan terus skip dan tak baca.

 

#3. Orang tahu, orang faham, tapi tidak memerlukan

Kalau korang dah buat promosi, terangkan dengan baik sampai budak darjah satupun faham, tetapi masih tak beli juga, sudah tentu disebabkan mereka tidak memerlukan produk yang korang tawarkan itu.

Oleh itu pastikan korang jelas dengan golongan sasaran terhadap pengguna produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Jika korang jual produk kurus badan pada ahli sukan, mereka tidak perlukan produk itu. Jadi janganlah pilih group yang ada kaitan dengan aktiviti kesukanan, majoriti mereka tak perlukan produk kurus badan. Jangan juga pasarkan dalam group penggemar hiking, lagilah tak jalan.

Fikirkan siapa yang memang perlukan produk atau khidmat korang dan fikirkan dalam kumpulan mana biasanya mereka berkumpul, aktiviti apa yang biasanya mereka sertai. Bila dah jumpa, kat situlah pelanggan sasaran korang.

 

#4. Orang tahu, faham, perlu tapi tak setuju dengan harga

logo

 

Ini juga satu masalah yang paling akhir yang boleh halang berlakunya jualan.Ertinya nilai yang ditawarkan tidak cukup menarik untuk membuatkan pelanggan sasaran korang  itu keluarkan wang. Mereka rasa terlalu mahal. Biasanya mahal atau murah bergantung pada aktiviti perbandingan. Buat sedikit kajian perbandingan harga dengan produk pesaing. Samada pesaing secara terus atau pesaing secara tidak lansung.

Bandingkan secara terperinci berdasarkan nilai yang ditawarkan termasuklah nilai kegunaan dan juga nilai emosi atau status antara penggunaan produk korang berbanding produk pesaing.Apa yang saya kongsikan di atas tadi adalah asas pemasaran dan jualan untuk anda fikirkan dalam mencari jawapan kenapa produk bagus korang itu tidak mencatatkan sebarang jualan.

Jadilah seorang yang kreatif dan peka kepada hasil yang dicatatkan terhadap segala cubaan yang korang lakukan.Tiada formula mudah untuk membuatkan kita berjaya pasarkan dan jual produk bagus, selain daripada usaha dan terus belajar setiap pergerakan.

Selamat mencuba !

 

 

Korang yang buat bisnes atau yg minat bisnes tu nak tak kalau saya belanja ebook tentang macam mna nak buat bisnes, sales n marketing. Harga nya adalah RM 79.90, TAPI……… hari ni saya nak bg FREE jer…NAK KE TAK??

 

 

Komen Anda?

Close
Top