4 SEBAB PENYAKIT HATI. #YANG KETIGA TU SELALU ORANG BUAT

“Ketahuilah! Sesungguhnya Di Dalam Jasad Manusia Terdapat Segumpal Daging. Jika Baik Segumpal Daging Itu, Akan Baiklah Jasad Keseluruhannya Dan Jika Ia Rosak, Akan Rosaklah Jasad Keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal Daging Yang Aku Maksudkan Itu Ialah Hati.”  Riwayat Imam Al-Bukhari

“Apesal Lah Asyik Aku Jer Yang Kena Malang Macam Nieee….!

“Aduyaiiii…. Selalu Aku Jer Yang Kena…! Tak Ada Orang Lain Ke?

“Geram Betul La Aku Bila Tengok Dia Tu, Meluat!

Secara tak sedar, rungutan macam di atas ni selalu keluar dari mulut orang – orang yang hatinya tidak tenang. Mungkin ada sikit atau tiada lansung kebahagiaan dalam hatinya. tiap – tiap hari dan setiap masa, pasti ada sahaja yang tak kena dari sudut pandangnya. itulah tanda – tanda jiwanya tidak tenang! banyak belenggu!

Pasti anda pernah berdepan dengan orang macam ni kan? pernah tak anda lihat macam mana kehidupan seharian mereka? hidup mereka selalu dalam keadaan resah, bimbang, sakit hati atau dengki dengan orang lain dan banyak lagi sifat – sifat negatif yang lain. So, harini Saya nak sharekan kepada anda  5 penyakit penyebab hati tak tenang.

 

1.#PENDENDAM

url

 

Selagi tidak dibalas, selagi itulah dia akan mencari peluang. inilah sifat seorang pendendam. mungkin ada kekecewaan lama atau kesilapan yang pernah dilakukan terhadapnya yang membuatkannya berdendam. kecil mana pun peluang yang ada, dia pasti akan tetap membalasnya kembali.

sebagai seorang muslim, tidak elok untuk kita menyimpan dendam atau benci terhadap seseorang. tidak kisah latar belakang agamanya. lebih – lebih lagi terhadap saudara yang seagama. lebih baik maafkan dan melupakan sahaja kesilapan atau keburukan seseorang itu.

tidak berbaloi untuk kita berdendam dengan hamba allah yang juga lemah seperti kita. setiap orang pasti ada salah silapnya. ingatlah bahawa bisikan syaitan itu sangat dahsyat. ingatlah allah dan banyakkan berzikir tatkala bisikan itu datang.

pernah atau tidak anda cakap anda dah memaafkan seseorang itu tapi hati anda belum lagi dapat memaafkannya. itu maknanya anda belum memaafkan orang itu. memaafkan bukanlah sesuatu yang mudah tapi sangat memudahkan anda pada masa akan datang.

 

2.#TAMAK HALOBA!

TAMAK (1)

“Ibarat meminum air lautan, banyak mana pun yang diminum, pasti tidak akan habis jua!”

mungkin itu perumpamaan tepat untuk menggambarkan betapa banyak nikmat dan rezeki yang allah swt limpahkan di muka bumi ini. jiwa yang yakin akan rezeki itu sudah ditetapkan untuk setiap insan pasti akan bersyukur dengan apa yang ada.

namun, untuk yang ada dalam jiwanya tamak haloba, sudah semestinya keadaan sebaliknya berlaku. selagi ada daya, selagi ada masa, si tamak akan terus rakus merangkul dan menyelongkar apa sahaja yang ada di bumi ini tanpa rasa bersyukur sekelumit pun.

janganlah tamak, percayalah setiap harta dan kekayaan yang anda terima itu perlu dikongsi bersama – sama. kalau dah meniaga bagus, maju dan berdaya saing, bukalah peluang pekerjaan untuk orang lain untuk dikongsi bersama rezeki itu. jangan jadi one man show, semua benda nak buat sendiri sebab takut untung kurang bila ambil pekerja. rezeki Allah swt  itu luas, tak perlu ada sedikit pun kerisauan.

 

3.#PEMARAH

Awas, Gampang Marah Tingkatkan Risiko Serangan Jantung

Sifat pemarah ini paling senang kita lihat dan jumpa. di mana – mana saja pasti ada si pemarah. kebiasaannya, orang yang mudah dan kerap marah susah nak ramai kawan. dua tiga orang jer yang boleh tahan dengan perangai baran si pemarah. orang macam ini hatinya pasti tidak tenang dan selalu dalam keadaan resah gelisah.

oleh kerana besarnya bahaya marah, nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada merasa marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah adalah seorang pahlawan yang berani.

“bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”riwayat al-tirmizi

kalau anda seorang yang pemarah, ambil langkah  untuk kurangkan rasa marah tu… yerlah kadang – kadang kerja banyak anda akan stress, bila stress mulalah orang lain jadi mangsa, anak – anak jadi mangsa, suami atau isteri jadi mangsa dan pekerja – pekerja anda serta kawan – kawan.

 

4.#HASAD DENGKI

hasad

Sifat ini adalah antara sifat yang paling bahaya kalau ada dalam hati. siapa jer nak berkawan dengan orang yang kuat dengki? jiwa sentiasa nak berdengki dengan orang jer, orang lain maju dia dengki orang lain mundur dialah paling suka. jaga – jaga, hasad dengki akan membuatkan amalan seseorang itu hangus sama sekali. buat apa pun kalau asyik nak dengki kat orang memang tak akan jadi. meniaga pun tak jadi, bekerja pun tak berapa nak perform. asyik memikirkan hal orang lain, hal sendiri tergadai.

“jauhilah oleh kamu sekalian sikap hasad (dengki), kerana sesungguhnya sikap hasad itu memakan (menghabiskan) kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan (menghabiskan) kayu bakar.”riwayat abu daud dan ibnu majah dari abu hurairah

orang yang dalam diri ada sifat hasad dengki akan selalu dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain. akhirnya akan menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

 

 

Komen Anda?

Close
Top