4 SEBAB TERLEPAS LAILATULQADAR

Salam semua, hari ini dah masuk 25 Ramadhan…sedar tak sedar dah nak habis dah tempoh kita berpuasa. Bagaimana dengan anda? Tak sabar nak raya? Semua orang excited nak balik kampong…sebenarnya sayang pulak bila dah dekat dengan raya ni…sayang Ramadhan dah nak habis…Semua orang tahu pasal Lailatul Qadar tapi tak semua excited nak cari Lailatul Qadar. Rugi sebenarnya kalau kita terlepas peluang ni, yelah…buat ibadah semalam je tapi pahala ibarat buat sepanjang hidup. Lailatul Qadar bererti malam ketetapan. Siapa-siapa yang beribadah pada malam itu maka pahalanya kan dilipatgandakan ibarat beribadah lebih dari seribu bulan atau lebih dari 83 tahun.Pada malam tersebut semua malaikat akan membawa turun keberkatan termasuklah Jibrail hinggalah terbit fajar.

Tapi sayang, tak ramai yang dapat keberkatan Lailatul Qadar ni…apakah sebabnya? Jom Baca!

Shopping

3

Selalunya dari awal ramadhan sampai ke 10 malam terakhir ramadhan adalah waktu paling happening untuk shopping raya..dan selalunya orang pilih waktu malam untuk shopping…kalau pergi sejam dua je memang tak cukup nak jalan pusing satu jalan TAR. Kadang lepas waktu ofis dah pergi sampai ke tengah malam. Time tulah dapat harga bajula, tudungla, biskutla…baek punyerrr diskaun…memang rugi tak grab walaupun lautan manusia yang berduyun kat tempat shopping time-time macam ni. Shopping- shopping jugak tapi pada waktu yang sama jangan lupa untuk beribadah. Yang penting jangan tinggalkan solat wajib atau lengah-lengahkan solat. Cubalah untuk solat on time dan kalau boleh terawih dan ibadah sunat lain jangan tinggal. Yang terbaik adalah shopping sebelum raya lagi, memanglah tak dapat banyak diskaun bagai tapi dah jimat waktu dan tenaga nak meredah lautan sampai jalan tak rasa kaki, balik pengsan terus sampai sahur. Rugi kalau terlepas satu malam yang best semata sebab nak shopping untuk pakai sehari dua.

 Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

 

Biskut Raya

2

Ha! Wajib ada time raya…sekarang dah macam-macam jenis ada. Boleh pilih nak buat ke nak tunjuk. Selalunya mak-mak, kakak-kakak yang nak biskut yang berkualiti dan nak kekalkan momen menguli tepung yang tradisi tu pilih nak buat biskut sendiri. Kadang-kadang awal posa lagi dah buat tapi kena pau awal-awal dengan satu family. Dekat-dekat nak rayalah kena top-up balik, tak buat kang permintaan dalam rumah tinggi. Tapi yang terlepas pandangnya, malam buat biskut kena berjaga sampai ke sahur kadang-kadang…ibadahnya pun berkuranglah sikit. Tulah masalahnya…kalau buat siang bagus jugak…tapi mungkin menguji keimanan anak-anak…atau if bekerja waktu siang, malamlah yang ada. Kalau start buat lepas terawih tu, tido kejap dan cubalah untuk tahajud sekali baru start wat biskut..sambil mengadun, menguli dan membako tu, selang-selikan dengan selawat dan zikir. Jangan lupa niatkanlah juga untuk dibuat makan keluarga, kawan dan sedara time hari lebaran untuk menggembirakan mereka dan merapatkan ukhwah. Kalau malam tu adalah malamnya lailatul qadar, beruntunglah kita kalau ibadah kita tu diberkati walaupun tengah membako biskut.

Sabda Nabi s.a.w.:

 Maksudnya:

“ Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu”

 

Balik Raya

 

1

Yang ni almost sume orang buat, tak balik ke kampong sendiri balik kampong pasangan…jarang sangat orang takde kampong. Yang dok kat kota mesti balik ke desa dan kadang-kadang boleh terperangkap dalam jem berbelas-belas jam. Solat wajib takpe boleh jamak dan qasar tapi ibadah sunat lain tu terkadang kita sendiri lupa nak buat. Rugila kalau jatuhnya malam lailatul qadar tu adalah malam kita balik tapi ibadah kita tak banyak sangat. So, jangan balik? EH, wajiblah balik ke kampong terchenta tapi cubalah sedaya upaya banyakkan ibadah…niat dulu sebelum memulakan perjalanan tu, niat untuk balik jumpa mak ayah, menziarah mereka,menggembirakan mereka, meraikan mereka, merapatkan hubungan ukhwah dengan sesama muslim dan bukan pikir nak makan lemang dan ketupat semata.  Kalau tersekat dalam jem , bacala Al-Quran, dengar cd bacaan Al-Quran, zikir, selawat ke…jangan marah-marah dalam keta sebab jem kat driver lain, menyumpah pun kurangkanlah bulan mulia ni…lagi bagus jangan lansung dah…OK?

 Firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Perangai lama

4

Perangai lama kita yang kurang elok kalau time posa-posa ni tak berubah gak tu bukan sebab setan dah. Tapi sebab diri sendiri, nafsu dan keinginan. Yang perangai kita yang kurang elok tu cantikkanlah, ni la masanya nak ubah sikit-sikit. Lama-lama lekatlah yang baik, banyakkan berdoa.

Pendek kata…5 malam terakhir ni, cubalah maksimakan ibadah sebanyak mungkin. Ruginya kalau terlepas kerana sibuk kita dengan hal dunia. Dapat ke tak wallahualam tapi kalau dapat…bagi tukar dengan rendang free 100 tahun pun tak kita tak mau sebenarnya. Priceless. OK? Selamat menempuh 5 malam Ramadhan terakhir dengan penuh khusyuk. Moga mendapat jodoh bertemu Lailatul qadar.

 

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top