5 AMALAN RAHSIA ORANG HEBAT BUAT SEBELUM TIDUR

       Hai semua! Harini saya nak share 5 amalan yang orang berpengaruh seluruh dunia selalu buat sebelum tidur…Sebenarnya ada amalan diorang ni yang berbeza dengan kita orang biasa yang menyebabkan diorang selalu nampak dan dapat peluang untuk jadi kaya dan berjaya. Cubalah praktis at least salah satu antara amalan diorang ni, insha-allah akan ada bezanya..Kadang-kadang benda kecik camnilah yang akan ubah diri kita 360 darjah. Mungkin peluang ada je depan mata tapi sebab kita rutin seharian kita yang tak berubah sejak zaman sekolah kita rasa kita takde peluang nak ubah hidup kita, jadi kaya dan berjaya! Baca dan amalkan!

 

 

Baca at least 1 jam sebelum tidur

1

 

Ramai antara kita mungkin suka membaca tapi bila dah start bekerja ni, ramai mengaku tak sempat nak membaca. Selalu je beli buku tapi end up jadi hiasan dekat atas meja sampai berhabuk. Jangan cenggitu….nak jadi kaya dan berjaya kena selalu tambah ilmu. Selain daripada tanya orang, kita akan dapat ilmu yang sangat banyak melalui pembacaan. Billionaire dunia, Bill Gates adalah contoh ikon kaya dan berjaya yang suka membaca at least 1 jam sebelum tidur. Membaca bab-bab bisnes memang bagus, tapi lagi bagus kalau kita baca pelbagai topik. Sangat bagus sebagai usahawan kalau kita dapat tahu serba-serbi bukan pasal bisnes je. Bagusnya bila ada habit membaca yang konsisten ni, minda kita akan terbuka kepada pelbagai kemungkinan peluang dan idea pun mencurah-curah. Tak kisahlah korang nak baca e-book ke, nak baca website, asalkan boleh tambah ilmu baru setiap malam, bacalah at least sejam setiap malam sebelum tidur.

Tahu tak? : Baca at least 6 minit setiap hari boleh kurangkan tahap stress sehingga 68% (baca untuk tambah ilmu tau bukan untuk periksa!)

 

         Disconnect diri daripada gajet

2

Setiap orang perlukan tidur yang berkualiti untuk perform dengan baik keesokkan harinya. Orang kaya dan berjaya tahu mereka perlukan tidur yang cukup untuk kekal bertenaga. Sangat penting untuk mengekalkan stamina kalau tak macam mana nak buat keputusan dengan baik tambah-tambah kalau berbisnes, ada je kesukaran yang nak kena selesaikan dengan pantas, ada je peluang yang nak kena grab dengan cepat. Kalau terlepas pandang sikit, tak abes rasa menyesal dan rugi. Untuk ini, rehat cukup adalah wajib! Tapi ni semua takkan jadi kalau kita asyik dengan gajet kita, smartphone la, tab la dan lain-lain. Ikut kajian, cahaya daripada skrin telefon dan sebagainya yang kita asyik tengok time baring akan menyebabkan tubuh kita tidak dapat rehat dengan baik. Cahaya lampu akan hantar signal kat badan kita yang hari masih siang walaupun time tu pukul 2.30 pagi sebab cahaya dari screen. Lagila susah nak tido sebenarnya kalau dok main henfon time nak lelap mata ni. So, untuk tidur yang berkualiti, letak fon jauh-jauh time nak tidur.

 

 

                     Buat nightwalk

3

Sebab waktu siang selalunya orang yang kaya dan berjaya ni busy, jadi waktu malam adalah waktu terbaik untuk buat rutin nightwalk ni. Ha, kena pergi jalan-jalan dan lapangkan fikiran waktu sebelum tidur bukan jalan masa tengah tidur macam yang kat atas ni.   Kadang-kadang kita rasa susah nak fikir dan selesaikan masalah bila asyik dok kat lepak kat kawasan yang sama. Bila kita ambil masa dan pergi bersiar-siar sebelum tidur, kita boleh fikirkan banyak perkara yang kita tak sempat nak fikir waktu siang. Pasal kerja, bisnes, keluarga, dan perancangan masa depan. Bersiar-siar waktu malam sambil fikir pasal semua yang dok serabut dalam kepala dapat bantu kita untuk fikirkan jalan keluar, rasa lebih baik dan tingkatkan kualiti tidur. Selain bermanfaat untuk kesihatan, kita akan rasa lebih bersemangat untuk mulakan hari baru dengan positif. Ikut kajian yang saya baca bersiar-siar pada waktu malam dapat meningkatkan kreativiti seseorang. Jadi cuba bersiar-siar pada waktu malam dan anda mungkin dapat fikirkan idea yang unik untuk pelan bisnes anda. Tapi jangan jalan sensorang sesuka hati pulak, bahaya! Pergi ke tempat yang ada orang ramai seperti taman riadah dan lain-lain…kalau rumah besar nak pusing keliling luar rumah pun boleh..huhu

 

            Bertafakur/Muhasabah Diri

4

Sebelum tidur, kita kena reset minda kita, bersihkan minda kita, hati kita. Mungkin waktu siang kita terlalai jaga hubungan kita dengan Tuhan dan jugak hubungan kita dengan orang lain. Tak elok sebenarnya tidur dalam keadaan negatif, marahkan orang lain, tak bersyukur pada Tuhan dan sebagainya. Jadi sebelum tidur reflek balik semua yang kita dah buat, cakap dan fikir harini. Banyak ke sikit kebaikan yang kita dah buat harini? Banyak ke keburukan yang kita dah buat harini? Patut ke kita buat macamtu? Macam mana nak improve diri sendiri? Apa  yang kita boleh buat agar diri kita esok jadi lebih baik dari hari ini? Dan yang paling penting sekali kita maafkan semua orang dan diri sendiri sebelum tidur. Sentiasa niat sebelum tidur untuk jadi manusia dan hamba yang lebih baik pada keesokan hari demi Tuhan. It’s not how good you are, but it’s how good you wanna be J  Pilihlaaaaa…..

 

        Plan siap-siap untuk hari esok

5

Kebanyakkan orang-orang besar dan berpengaruh selalu pandang jauh ke depan. Diorang selalu ada pelan jangka panjang, pelan alternatif, A,B, C siap…kadang-kadang pelan diorang adalah pelan 5 tahun, 10 tahun ke depan..bagi yang baru nak start tiru habit yang bagus ni takyah fikir jauh sangat sampai berpuluh-puluh tahun ke depan..takut nanti jadi angan-angan mat jenin je. Start daripada basic, sebelum tidur fikir and list down nak buat apa esok. At least 3 benda penting wajib kita sudahkan esoknya… So, bila bangun terus tahu nak buat apa..xdela nak Monday blues la, Tuesday blues la…fikir siap-siap barula dapat bangun dengan minda yang clear dan terus buat kerja dengan efficient. Make sure habit ni buat secara konsisten tau!

Oklah..sekian sahaja perkongsian saya kali ini, ada banyak lagi sebenarnya rahsia amalan orang kaya dan berjaya. Tapi saya bagi 5 je dulu, tengok korang boleh buat secara konsisten ke tak?Betul ke nak buat ni? tau bukan senang nak praktis secara konsisten tapi korang kena tau bukan senang jugak nak senang. Semua orang yang telah berjaya melaui fasa susah dulu…disiplin sikap dan dan amalan konsisten antara salah satu faktor yang membezakan kita dengan mereka selain usaha dan doa. Apa lagi? Selamat amalkan 5 amalan orang hebat dan berjaya ni? Tahu sape-sape yang nak kenal dan berjaya ni? Tag diorang kot-kot dorang masih belum berjaya sebab tak buat 5 perkara ni…Selamat Mencuba!

 

 

Komen Anda?

Close
Top