5 CARA NAK KAYA SEBELUM UMUR 30

 

Bila tengok orang kaya ni, teringin nak hidup macam dorang..beza kita yang baru nak kaya dengan mereka yang dah kaya ni, kita naik keta second-hand atau loan 9 tahun, depa naik keta mewah beli cash, kita pergi makan gerai tepi jalan, beratur panjang pun takpa tengah panas janji sedap tapi murah tapi depa pergi makan kat hotel suka-suka hati ja bila nak, depa beli barang takyah belek-belek harga,tak macam kita tanya diskaun ada ka dak? offer sampai bila? Sebab nak congak sempat tak dengan gaji, dok tawaf satu mall untuk compare harga yang lagi murah baru beli. Beza kita dengan orang kaya dengan yang baru nak kaya jauh beza. Beza reta, beza cara, beza daya.  Semua nak jadi kaya. Siapa tak nak? Mungkin ada..tapi few. Yang pasti kita nak kaya atas sebab yang berbeza. Yang pasti juga orang kaya jadi kaya dengan cara yang berbeza tapi liku-likunya tu lebih kurang sama. Macam mana? Jom baca artikel ni!

 

Fokus

Cakaplah gaji 3 angka ke, 4 atau 5 angka ke, kalau anda jenis menyimpan, anda telah melakukan satu tindakan yang bagus!  Cumanya, tidak pernah ada dalam sejarah dunia seseorang jadi jutawan kerana menyimpan.  Duit simpanan anda tu mungkin dapat buat anda nampak kaya, rasa kaya dan jadi kaya tapi for sure masa tu anda dah pun jadi kerepot untuk menikmati kekayaan anda yang tidak seberapa tu.   Langkah pertama nak jadi kaya adalah dengan fokus untuk tambah pendapatan  anda secara berkala. Simpan-simpan jugak tapi make sure anda cari jalan nak tambah gaji selain buat OT. Contohnya, buat dropship. Pasai kalau nak buka bisnes sendiri konon sebagai langkah nak jadi kaya, kena ada modal…nak ada modal kenalah yang menyimpan tapi kalau gaji sikit, simpanan pun sikit, bila gaji kita besar sikit simpan pun lebih sikit, cepatlah dapat kumpul modal untuk start bisnes sendiri. OK?

 

Simpan bukan untuk simpanan

Dorang kalau dah menyimpan selalu kerana 2 sebab, sama ada nak guna untuk future plan contoh untuk modal berniaga atau simpan untuk simpanan guna time kecemasan. Tapi  cara terbaik untuk menyimpan  bukan peram je duit dalam bank tapi biar dia beranak –pinak. Memangla kalau simpan tak keluarkan beranak jugak sikit tapi kalau sekadar rely dengan dividen bank bagi setiap tahun memang takla nak kaya sebelum 30. Nak bayar keta lagi, rumah lagi, PTPTN lah, parking , petrol dan lain-lain lagi. Jadi bagaimana nak memberanak-pinakkannya adalah menyimpan untuk melabur. Bila saja ada peluang untuk melabur secara bagus dan boleh menambahkan lagi wang dalam akaun anda. Contohnya, melabur dengan unit trust atau buat property investment.

 

 

Tegas dengan jelas

Tucker Hughes adalah seorang yang berjaya jadi jutawan pada umur 22 tahun. Antara nasihat emas dia kepada orang yang nak jadi kaya dan berjaya ni adalah jangan sesekali buat keputusan yang goyah. Kita ni manusia, adakala kuat adakala lemah, tak kiralah tenaga ke emosi ke, masalah alam dan persekitarannya ke, when it comes to decision making, tak boleh ragu-ragu. Kita kena train diri kita untuk berfikir dan bertindak dengan pantas untuk setiap persoalan dan ujian yang kita ada tak kira situasi. Kalau soalan senang macam nak makan kat mana pun kena fikir 10 kali siap pass kat kawan lagi ko lah decide memang payahlah nak buat banyak lagi keputusan besar untuk bisnes anda. Buat keputusan ni bukan main petik ilham dari langit je, setiap yang ada decide tu akan lead kepada untung dan rugi anda. Kena jelas dengan apa yang anda nak buat dan dapatkan setiap hari kemudian tegaskan tekad anda untuk mencapainya. Ni kelemahan anda? Mulakan hari ni, apa yang anda akan makan atau pakai untuk setiap hari pada minggu depan? Tengok berapa lama anda boleh decide, cepat ke lambat? Haha…improve ye!

 

Simple life

Kadang-kadang, untung ada tapi tak lama lekat kat tangan kita. Pasaipa, pasai kita tak jadi kaya betoi-betoi lagi tapi belanja sakan. Salah ke nak reward diri sendiri? Salah ke nak belanja guna duit sendiri? Tak salah tapi berpadalah bukan biar papa asal bergaya. Sebaiknya bila financial betul-betul secure dah berganda 3, 4 untungnya bolehlah beli barangan idaman kalbu anda selama ini. Sehingga saat itu pakailah kereta second hand ke, cabuk pun cabuklah asalkan dapat cut cost yang tak perlu, asalkan dapat gerak kesan dan kemari sudah, alhamdulillah. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, berpahit-pahit dahulu, bersenang-senang kemudian.

 

Mindset duit

Buat duit bukan sekadar pergi kerja dalam opis hujung bulan dapat gaji atau buat bisnes dan menjual. Tukar mindset anda pasal buat duit dan kaya hanya dengan cara kat atas ni. Nak jadi kaya bermula dengan cara anda berfikir dan apa yang anda percaya pasal duit. Kalau fikir buat bisnes  je, jual apa-apa terus dapat duit terus kaya memanglah mengarut. Kalau percaya yang buat duit sampai kaya ni hanyalah untuk orang tertentu yang bernasib baik memanglah kelautlah usahanya, sekali gagal dah give up. Kayakan dulu pemikiran anda yang nak jadi kaya, nak berjaya, nak jadi jutawan hatta dermawan sekalipun, jalannya sukar bukan senang. Peritnya banyak bukan sedikit, kalau pemikiran dan hati tidak kental, sekali tergugat, terduduk terus. Memang yang berjaya melepasi ni adalah segelintir yang terpilih, terpilih bukan bermakna anda tidak berjaya kerana disisih, tapi bezanya anda dan mereka adalah jalan yang dipilih. Kuatkah kita, cekalkah kita, tabahkah kita untuk terus berjalan dan berlari di setiap liku jalan yang kita pilih atau berpatah adalah caranya? Nak jadi kaya kena berani susah dan yang penting buat apa yang kita betul-betul minat, bukan buat secara terpaksa sebab semata nak dapat duit…bila kita buat apa yang kita suka, kalau tak menjadi pun pasti kita usahakan lagi sebab kita suka. Fikir…sebab kekayaan sebenar bukan bermula daripada kudrat semata tapi pemikiran anda penentu segalanya.  Fikirkan yang baik-baik, niatkan yang baik-baik, yang datang dan yang berlalu pergi juga pasti yang terbaik. Insha-allah.

 

Akhir kata, jangan lupa, teruskan berimpian dan gerakkan segala kudrat dan tenaga anda untuk mencapai ke arahnya.  Tetapkan matlamat dan visualkan diri anda seolah-olah telah mencapainya setiap hari sebelum tidur biar kita kekal bermotivasi.  Biarpun tak tercapai bintang terang tapi seringlah mendongak dan memandang kemilaunya pasti  kita rasa riang dan tenang. Begitu juga matlamat kita seringlah genggam dalam ingatan dan kepayahan pasti beban terasa biasa dan langkah ke depan makin mudah dan laju ke destinasinya. Kekayaan takkan jatuh dari langit, berusahalah! Orang kaya memberi komitmen sepenuhnya untuk kekal kaya.  Fokus, tabah, matlamat, ilmu, usaha, doa, tawakal dan yang paling penting dalam ramuan kekayaan ni tahu apa yang anda mahu terlebih dahulu! Dream big, think big, do big and be BIG!

p/s: Kepada yang berminat nak belajar selok belok buat bisnes,saya dan team saya akan mengadakan jelajah seminar “Start Your Business” di Kedah, Kelantan, Johor dan Sabah bermula bulan Ogos ini. Kepada yang berminat boleh layari link website di bawah untuk maklumat lanjut.

http://fizoomar.com/seminarsyb2016

 

 

Komen Anda?

Close
Top