5 CARA NAK PIKAT CUSTOMER MELALUI INSTAGRAM

 

 

ya-allah-kali-ni-betul

Salam semua….harini saya nak share tip bisnes khas untuk IG entrepreneur. Ikut kajian, Instagram adalah platform media sosial yang paling banyak costumer engagement compare dengan media sosial yang lain macam Facebook dan Twitter. Ikut statistik, kalau guna IG boleh engage dengan customer 58 kali ganda daripada Facebook dan 120 kali ganda daripada Twitter. Jadi teramatlah rugi kalau kita nak berbisnes tapi tak guna IG tambah-tambah kalau jual apa-apa produk secara online. Berikut adalah 5 cara macam mana nak pikat pelanggan anda melalui IG. Baca selanjutnya:

2

APA DIA?

Nak engage dengan customer guna IG kena selalu praktis komunikasi 2 hala. Jangan selalu kita je nak post gambar-gambar…orang follow, like, komen wat dek je…bila post gambar tu make sure customer faham dengan mesej yang anda cuba sampaikan. Biar  dorang nampak sebab kenapa perlunya mereka ni follow anda, kenapa kena setia dengan produk anda, apa kelebihan produk anda. Apa yang anda boleh offer kat diorang? Apa yang follower/customer anda boleh bagi kat anda dan bisnes anda?

Ingat, jangan main post je ikut rasa, ikut mood or ikut orang lain. Ambil peluang untuk post gambar yang boleh bantu bina brand anda jadi kuat dalam kalangan follower dan prospek. Make sure mesej nak sampai tu jelas dan konsisten, baru dorang tak confuse, harini jual ayam.esok jual kasut, lusa jual jam, tulatnya sampai next week senyap sebab malas. Tak boleh….cuba jenamakan perniagaan anda, kalau buat dropship pun jual macam-macam cuba untuk jenamakan syarikat anda.

PIKAT EMOSI

IG sangat membantu bisnes sebab orang mudah tertarik dengan visual gambar daripada perkataan. Gambar tu sendiri  tanpa sebarang caption ada 1000 makna yang tersembunyi. Sebab tu jangan main post je, selain pastikan gamabr tu cantik dan jelas, caption yang win, cuba pikat customer melalui emosi dorang. Gambar yang boleh buat orang rasa happy, excited, terinspirasi, sedih, lapar,curiga,takut..semualah yang berkait dengan emosi manusia. Bila kita dapat engage dengan diorang guna emosi, dorang akan rasa dekat dengan kita..sebab kita approach personal side dorang dan buat mereka akan rasa kita ni faham masalah,kehendak dan keperluan dorang. Follower akan nampak yang kita bukan robot, kita pun sama macam dorang dan saling memahami. Dengan ini, follower dan customer akan terpikat sebab dorang dapatkan kaitkan diri mereka dengan kita dan produk kita.

EKSKLUSIF

Follower dan buyer akan setia dengan sesuatu produk kalau dorang rasa happy dan berpuas hati bila guna produk tu. Ni kita panggil loyalty brand, maksudnya, camana-camana pun ada produk baru ke, pesaing baru ke, customer tetap akan setia dengan kita. Caranya, buat promosi harga dalam waktu yang limited, bagi free gift, buat contest dengan hadiah yang menarik, buat keahlian dengan special privileges dan sebagainya khas untuk pembeli produk anda sahaja. Simple je, contoh sape yang share post anda ada peluang nak dapat hadiah atau selfie dengan produk anda yang dorang beli. Nanti korang akan dapat pelanggan baru setiap hari dan pelanggan lama pun akan setia.

APPRECIATE

Semua orang suka bila dihargai, berikan pujian seikhlasnya kepada kepada follower dan customer anda.Walaupun dia just follow tapi tak beli ape-ape tapi kalau ade benda atau perkara menarik yang berlaku bagi komen yang positif atau at least like so that dia akan rasa anda bukan sekadar nak berniaga tapi anda lebih daripada tu…anda bukan ambil kisah pasal duit je, tapi ambil kisah jugak pasal kehidupan manusia lain. Bila nampak ada orang post gambar dia guna produk anda dan berpuas hati ucapkanlah terima kasih, kalau feedbacknya negatif, mintak maaf dan try to fix it. Cari punca mereka tak suka produk anda. Jangan lari, jangan senyap dan jangan balas baik dengan cara negatif.

RESPOND

Jadi online business owner ni sebenarnya ibarat jadi artis kecil. Orang perhati kita buat apa, pergi mana, beli apa..based on apa yang kita share dekat media sosial. Kalau kita memang tak mix IG kita dengan personal dengan bisnes baguslah tapi kalau mix pun make sure kita berhati-hati sebab kita nak jaga nama baik produk dan company kita. Walaupun maybe jual secara kecil-kecilan tapi impak dia besar untuk loyal customer dan prospek kita in future. Apa-apa je komen orang, handle dengan baik, tunjukkan anda peka dan prihatin. Sentiasa ingat anda adalah duta kecil bagi jenama anda sendiri. Bina nama dan jenama anda dari sini.

Nak upgrade bisnes?

Nak tahu closing sales hebat?

Nak pikat customer liat?

Jemput hadir ke seminar SYB November ini…

Klik link di bawah:

http://www.seminarsyb.com

 

Komen Anda?

Close
Top