5 Ciri-Ciri Usahawan Berjaya. Cakap Senang Nombor #5 Tapi BUAT Susah Gila

 

 

 

Proses menjadi seorang usahawan yang berjaya bukan semudah yang disangka. Jika anda bertanya kepada mana-mana usahawan berjaya, mereka pasti akan cakap bahawa jatuh dan bangun adalah asam garam dalam dunia perniagaan. Tapi macam mana mereka boleh berada di tahap sekarang? Saya sendiri mengalami perkara yang sama dialami oleh usahawan-usahawan di luar sana. Nak jadi seorang usahawan yang berjaya? Jom scroll!

1. Bijak Mengambil Peluang

Peluang perniagaan sememangnya terbuka luas di hadapan kita dan kita perlu bijak memlilih ruang dan peluang yang terbaik. Sebagai contoh, jika kita tinggal di kawasan tumpuan pengajian (i.e university & sekolah) dan berdasarkan pemerhatian kita, khidmat mesin fotostat adalah kurang. Jadi apa yang kita boleh buat? Tepat sekali! Anda memang bijak!

2. Berani Menghadapi Risiko

Memang saya tidak nafikan, risiko besar mahupun kecil memang wujud dalam semua situasi bahkan dalam dunia perniagaan, risiko yang perlu anda hadapi memang banyak. Tetapi, jika anda takut untuk menghadapi risiko tersebut, macam mana anda mahu mengambil langkah seterusnya. Bagi saya, lebih baik kita menangis selepas mencuba, jangan kita menangis kerana tidak mencuba.

Baca Lagi: 5 Sikap Untuk Berjaya. Nombor #3 Orang Selalu FAIL

3. Kreatif Dalam Setiap Tindakan

Kreatif di sini bukan bermaksud anda boleh melukis sehebat DaVinci ataupun Van Gough, tetapi lebih kepada tindakan anda terhadap sesuatu. In fact, teknologi canggih yang kita nikmati sekarang ni adalah kesan daripada pemikiran kreatif manusia. Sebagai contoh, apakah persamaan antara seekor burung helang yang terbang segak dengan sebuah kapal terbang canggih berkuasa tinggi? Ilham ada di mana-mana sahaja dan ianya datang tanpa diduga. Bila ianya datang, cepat-cepat tulis di dalam buku poket. Boleh?

4. Daya Inovasi Yang Tinggi

Kreatif dan inovasi adalah dua perkara yang berbeza. Inovasi adalah apabila anda mencipta sesuatu daripada sesuatu yang sedia ada. Sebagai contoh, trend sekarang di mana penggunaan cheese adalah sangat meluas. Daripada pisang goreng biasa, sekarang kita dah ada pisang goreng cheese yang mana rasanya amatlah sedap dan harganya berpatutan. Kelainan membuatkan kita unik dan keunikan membuatkan kita dikenali.

5. Jangan Mudah Berputus Asa

Ramai kita di luar sana yang cepat sangat berputus asa. Bila risiko yang diambil menemui jalan kegagalan, sesetengah daripada kita lebih gemar membiarkan kegagalan menghantui diri kita. Ingat pesan saya, jika kita jatuh tiga kali, kita bangun empat kali. Bila saya teringat zaman kanak-kanak saya bermain layang-layang, saya sedar di mana layang-layang terbang tinggi apabila ia melawan angin, bukan mengikut angin.

Pilihan di tangan anda. Anda yang menentukan hala tuju kehidupan anda. Nasihat saya, jangan takut untuk mengambil langkah pertama. Jika anda berasa ragu-ragu, ingatlah bahawa anda ada Dia dan mohonlah pertolongan dariNya sebelum memulakan sesuatu. Jika orang lain boleh berjaya, mengapa tidak anda? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepad kita semua, InsyaAllah. Jumpa lagi pada entry akan datang.

Komen Anda?

Close
Top