5 FAKTOR “MEMBUNUH”  JENAMA KODAK!

“Jika anda tidak berubah seiring dengan perkembangan semasa, anda akan terkeluar dari persaingan.”

Lebih 15 tahun yang lalu, Kodak adalah jenama yang keempat terbesar di dunia selepas Disney, Coca Cola dan Microsoft. Bagi mereka yang lahir pada tahun 80-an atau sebelumnya, pasti kenal dengan Kamera Kodak yang menggunakan filem untuk menangkap gambar.

Tapi, pada 19 Januari 2012, syarikat Kodak telah diisytiharkan bankrap. Apa yang telah terjadi sebenarnya?

Para pakar dan penganalisis percaya bahawa alasannya amatlah mudah. Kodak telah ketinggalan dari revolusi fotografi digital. Kodak tidak pantas dalam memenangi persaingan kamera digital.  Antara Faktor kegagalan kodak akhirnya membawa kepada kemusnahan syarikat tersebut adalah :

1. TIDAK BERANI BERUBAH.

Walaupun Kodak merupakan syarikat pertama yang menghasilkan teknologi kamera digital, namun ia tidak menggunakan kelebihan tersebut untuk menguatkan lagi cengkaman pasarannya yang pada ketika itu menguasai 85% peratus pasaran kamera di Amerika Syarikat. Malah, jurutera Kodak yang menghasilkan teknologi tersebut pada tahun 1975, Steve Sasson, menggambarkan reaksi dingin pengurusan tertinggi Kodak terhadap inovasi tersebut seperti berikut :

‘But it was filmless photography, so management’s reaction was this, “that’s cute but don’t tell anyone about it.”

Sedangkan melalui kajian pasaran yang dijalankan Kodak sendiri pada tahun 1981, mereka menganggarkan era kamera digital bakal menggantikan era kamera berasaskan filem dalam tempoh sepuluh tahun lagi.Pada masa yang sama, pesaingnya seperti Sony dan Canon melihat peluang tersebut dan membuat tepat dengan membuat pelaburan besar dalam pengeluaran kamera digital.

 

2.TIDAK SANGGUP MENGORBANKAN PRODUK UTAMA (GULUNGAN FILEM).

1kodak

Disebabkan pelanggan tidak perlu lagi menggunakan gulungan filem dan mencetak gambar. Kedua-dua produk Kodak tersebut mempunyai margin keuntungan mencecah 80% pada masa itu, dan mereka tidak sanggup mengambil risiko ‘mengorbankan’ margin untung yang sangat tinggi ini. Meskipun menyedari kamera digital mempunyai potensi besar untuk menjadi penjana utama pendapatan Kodak. 

Kesilapan pengurusan Kodak di sini ialah ia melihat perniagaan Kodak sebagai sebuah pengeluar produk semata-mata. Jika Disney merupakan perniagaan yang menjual keriangan dan kegembiraan, maka Kodak pula sebenarnya adalah perniagaan penceritaan (story telling)’ .

Di mana sesiapa pun berpeluang merakam setiap detik indah dalam kehidupan mereka untuk dipelihara, dikongsi dan diceritakan kepada teman-teman dan generasi akan datang. Bukankah sekeping gambar lebih bermakna daripada seribu perkataan (a picture is worth a thousand words)?

 

3.MELABUR PADA BISNES YANG SALAH.

kodak-kamera

Dalam usahanya untuk mengekang kejatuhan pendapatannya dan penguasaan pasaran yang makin terhakis, Kodak membuat pelaburan dalam bidang-bidang perniagaan baru yang kebanyakannya tidak berkaitan dengan perniagaan terasnya, melalui pengambilalihan syarikat-syarikat lain.

Antara perniagaan yang dibeli adalah perniagaan bahan kimia, bahan pencuci, peralatan pengujian perubatan dan perniagaan farmaseutikal.Hampir kesemua  perniagaan-perniagaan ini mengakibatkan kerugian besar pada Kodak, dan terpaksa dilupus atau dijual termasuk perniagaan farmaseutikalnya.

Kodak ada turut melabur di dalam bidang perniagaan yang berkaitan iaitu pengeluaran kamera digital, mesin pencetak inkjet dan membeli  hakmilik  laman web perkongsian foto iaitu ofoto.com, yang dijenamakan semula sebagai Kodak Gallery.

Secara kasarnya ia kelihatan seperti pelaburan yang bersesuaian. Namun begitu terdapat satu masalah pada modul perniagaan produk-produk barunya, iaitu masih memfokuskan pada usaha untuk mendapatkan pelanggan mencetak gambar. 

 

4.TIDAK MEMAHAMI KEBEBASAN PENGGUNA.

Seperti contohya, kamera digital Advantix Preview hanya membolehkan pengguna melihat gambar yang diambil. Tetapi gambar tersebut tidak boleh disimpan secara digital. Sebaliknya ia masih menggunakan gulungan filem.

Kamera EasyShare Kodak pula djual bersama mesin pencetak gambar (snapshot thermal printers) dan ofoto.com pula diposisikan sebagai laman web, yang turut membolehkan pengunjung mencetak gambar mereka secara pesanan melalui talian (online) .

Kodak gagal atau mungkin juga enggan untuk memahami bahawa fotografi secara digital adalah mengenai kebebasan kepada pengguna, untuk memilih sama ada ingin mencetak atau menyimpan sahaja gambar secara digital.

Dan realitinya, kebanyakkan pengguna kini memilih untuk tidak mencetak gambar tetapi berkongsi dengan rakan-rakan di laman web melalui e-mel, Facebook, Flickr dan pelbagai lagi laman media sosial. Era ‘cuci gambar’ untuk disimpan di dalam album telah lama berlalu.

5.PESAING LEBIH PANTAS MELAKUKAN PERUBAHAN.

 Sedang Kodak tidur dibuai mimpi dengan produk  pengulungan filemnya, pesaingnya yang lain seperti conan dan sony terus mencari peluang untuk membuat pelaburan besar dalam pengeluaran kamera digital. Dan akhirnya pesaing – pesaing tersebut Berjaya menandingi Kodak dengan produknya yang mesra pelangan dan seiring dengan perkembangan zaman.

Pengajaran Kepada Usahawan Online

Usahawan online tidak boleh terus  rasa selesa dengan kedudukan pada masa sekarang. Sebaiknya, mereka perlu terus menerus menambah ilmu di samping sentiasa sedar dan mengikuti perubahan-perubahan trend dan persaingan semasa. Jika gagal sekalipun, jangan takut untuk bangkit kerana ia adalah lumrah dalam dunia perniagaan.

 

Komen Anda?

Close
Top