5 IDEA BISNESS “KALIS KEGAWATAN EKONOMI”

Mengikut pakar ekonomi, mulai tahun 2017 ekonomi dijangka akan mula gawat. Ini mendatangkan keresahan dan banyak bisnes sudah membuat persediaan seperti mengurangkan bajet latihan, perjalanan dan corporate gifts, menangguhkan pembelian besar, mengurangkan pengambilan pekerja baru dan menawarkan skim pemberhentian kerja kepada sesetengah pekerjanya.

Hal ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor-faktor di luar kawalan kita sebagai rakyat biasa seperti penurunan harga minyak, kejatuhan nilai mata wang ringgit dan hutang negara yang berterusan. Jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk menyiapkan diri dan keluarga menghadapi situasi ini?

So, mesti dikalangan kita dah mula nak membuat “side income” disebabkan kekangan kewangan ni kan?.

Mesti ramai jugak di antara kita sudah mula nak intai – intai peluang bisness apa yang terbaik ketika ekonomi gawat betul tak?

Ok, harini saya nak sharekan 5 idea bisnes yang “kalis gawat”dan meningkat naik ketika kegawatan ekonomi berlaku.

1. Baik Pulih (Repairing)

 

Ketika kegawatan, ramai orang akan mengurangkan pembelian untuk menjimatkan duit. Disebabkan perkara ini, ramai akan mula menghantar barangan mereka untuk diperbaiki apabila mengalami kerosakan. Tukang kasut akan menerima lebih banyak kasut-kasut mahal untuk diperbaiki, kerana orang-orang kaya tidak membeli kasut baru. Mekanik juga akan menerima lebih banyak permintaan untuk baik pulih kenderaan.

2. Perniagaan Makanan

Ianya tidak terjejas disebabkan kegawatan ekonomi, orang tetap kena makan. Semua orang makan dari umur 0 hingga tua. Semua orang miskin dan kaya makan setiaphari. Malah orang sanggup mencuri untuk beli makanan.Kelemahan perniagaan ini ialah anda boleh obes dan kerjanya penat dan setiap hari. Tapi fikirkan kelebihannya, kalis ekonomi dan perniagaan ini boleh diwarisi.

3. Perniagaan Produk Berkaitan Perempuan 
Jika anda tidak tahu nak berniaga apa, perniagaan produk berkaitan perempuan selalunya jadi pilihan. Perempuan mempunyai kuasa membeli dan sudah tentulah mereka mudah terpengaruh untuk membeli.Perniagaan ini kebal. Jika ekonomi drop mcmana pun, perempuan tidak akan comot dan compang-camping. Mereka lebih rela tidak ada duit asalkan Nampak bergaya. Jual lah apa pun produk berkaitan perempuan(woman linked produk), anda akan ada buyer.

4. Car Wash

Perniagaan yang paling bagus untuk kalis ekonomi adalah tempat membasuh kereta. Sebabnya pengguna kereta di Malaysia ini sangat ramai. Nak tak nak mereka akan membasuh juga kereta mereka.

5. Bahan Keperluan Makanan

Bisnes makanan keperluan adalah bisnes kalis gawat. Ketika kegawatan ekonomi, semakin ramai akan mula masak di rumah, maka permintaan bahan mentah akan meningkat. Permintaan telur akan meningkat sebagai makanan ganti kepada ikan, ayam dan daging yang lebih mahal. Semakin ramai ibu-ibu akan membeli french fries sejuk beku untuk memenuhi permintaan anak-anak yang sudah terbiasa dengan makanan segera. Oleh kerana ramai ibu-ibu akan masak di rumah, website resipi juga akan menerima lebih ramai pengunjung.

Hah? Masih pening lagi ke nak buat bisness apa masa kegawatan ekonomi  ni? Banyak sebenarnya bisness yang kalis ekonomi yang kita boleh buat. Yang pasti sistem pengurusan kita perlu betul supaya bisnes yang kita jalankan tak jatuh bankrupt macam tu sahaja.

 

Komen Anda?

Close
Top