5 Kes Salah Langkah Online Marketing. Ke #3 Teruk Sekali!

Awak: ‘Likes’ banyak, followers ramai, tapi sales kurang. Kenapa ya En. Fizo?
Saya: Nak tahu? Jom scroll!

1. Copy Writing Kurang Menarik

Saya tahu anda mahu kelihatan santai apabila menjual produk anda tetapi anda perlu ingat bahawa penulisan yang kurang professional menyebabkan prospek anda kurang yakin dengan produk yang anda jual. Cuba bandingkan gambar dibawah;

Gambar 1.
Sumber: Sifu FBAds

Yang mana kelihatan lebih menarik dan meyakinkan?

2. Cara Pembelian Yang Rumit

Bila prospek anda online menggunakan handphone atau tablet, ianya amat meyusahkan mereka jika perlu klik links yang terlalu banyak. Saya faham anda mahu tarik trafik ke Facebook anda tetapi, jika terlalu rumit, prospek anda akan hilang minat. Di akhir copy writing, lagi mudah jika anda tinggalkan nombor yang boleh dihubungi secara terus. Sebagai contoh,

Gambar 2
Sumber: Sifu FBAds

3. Tidak Respon Kepada Prospek

Analoginya mudah, anda suka tak bila anda mahu bercakap dengan kawan anda, tapi kawan anda buat tak tahu saja? Konsepnya sama, bila prospek anda tinggalkan pesanan di comment box seperti ‘PM’ ataupun ‘Macam best je produk ni’, apa kata anda balas komen tersebut dan tag nama mereka. Nak lebih menarik, balas menggunakan gambar.

Gambar 3.
Sumber: Sifu FBAds

4. Gambar Produk Tidak Menarik

Jangan sesekali anda copy & paste atau screenshot daripada instagram dan post ke wall Facebook anda kerana;

  1. Gambar yang berkualiti rendah akan menyebabkan produk anda tidak menarik. So, prospek pun ada kurang yakin dan malas nak layan.
  2. Akan menyebabkan produk anda dilabel sebagai produk ‘cap ayam’ kerana anda kelihatan kurang serius dalam berniaga.

Cuba bandingkan gambar di bawah;

Gambar 4.

5. Manfaat Produk Tidak Jelas

Orang di luar sana membeli sesuatu produk adalah kerana mereka mahukan manfaat. Bila anda asyik menekankan pada harga sahaja tanpa memberi insight mengenai kelebihan dan manfaat yang prospek anda akan dapat, maka prospek anda akan berasa kurang yakin dengan produk tersebut. Contohnya seperti di bawah;

Gambar 5.
Sumber: Sifu FBAds

So macam mana? Dah faham serba sedikit tentang beberapa kesalahan yang anda sudah lakukan? Jadi lepas ni jangan buat lagi. InsyaAllah lepas ni sales anda akan menaik. Yang penting, fokus dan serius sebelum post mengenai produk anda. Kalau boleh, minta pendapat kawan anda terlebih dahulu.

Komen Anda?

Close
Top