5 KESALAHAN ANAK PADA IBU.

WhatsApp-Image-20160508 (1)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hai semua, pekabo? Harap semua orang sihat dan ceria di hujung minggu ni…ada plan apa-apa yang special tak harini? Kalau semalam saya tulis pasal bagaimana nak galakkan pasangan hidup anda jadi bisnes partner harini entry saya lain sikit.  Harini kan Hari Ibu…so saya nak story-mory sikit dengan anda pasal wanita yang paling special bagi kebanyakan orang ni. Bila cakap pasal ibu, mak, umi, mama, mami atau apa-apalah yang anda gelarkan untuk wanita mulia ni, pakat-pakat la dok kata sayangla, rindula, tau pengorbanan dorang ni besar, tapi sedarkah korang ada beberapa kesalahan yang kita kadang-kadang terlepas pandang dalam menjaga dan mengasihi ibu kita. Sebenarnya bukan salah kita jugak. Kadang-kadang sebab sibuk dengan macam-macam komitmen, kerjalah, familylah, tambah-tambah hidup kat bandar dan dok jauh dengan ibu, tak sedar masa berlalu…Berikut saya nak share 5 kesalahan ANAK pada IBU.

1

1) Tak update perkembangan ibu setiap hari:

Yang ni tak semua orang buat, dok serumah pun belum tentu buat. Turun breakfast, lepas tu blah pergi keja..balik dinner, bagitau masalah kita kat office or dengan couple pom pam pom pam lepas tu tido. Jangan macam tu…setiap hari kenalah tanya, mak sihat tak hari? Hari ni mak nak buat apa? or semalam mak buat apa? Best tak pergi sana? Dan sebagainya. Yang dok jauh pula, call lah kejap..tak pun mesej..whatsapp pun boleh..Mak tak reti guna Whatsapp? Ajarlah…mak ajar kita gigih pakai sudu boleh, ajar kita makan tangan kanan bukan tangan kiri boleh, takkan takleh ajar mak pakai whatsapp? Kalau mak dah tua sangat memang bukan tekno nak naip2 ni, pakai whatsapp voice sudehhh…record pepagi, Mak, sihat ker? Kita baru nak gerak gi kerja ni…rini mak nak buat apa? Ha! Boleh sangat kan? tak yah cakap meleret-leret..mak nak dengar suara kita je sebenarnya..Kalau mak kita jenis banyak cakap takpe..tak tanya pun dia akan bercerita…tapi kena perhati jugakk..kadang- kadang dia cerita part best je..yang sedih-sedih dia simpan sorang..tak nak kita sedih sekali. Kalau kita sayang mak, mak kita lagi sayang kita teruk-teruk. Setuju?

3

2) Tak mintak maaf dengan mak:

Bab-bab nak mintak maaf ni, tolonglah jangan tunggu time raya posa, raya haji..ni cliché sangat…ajal maut di tangan tuhan…we never know…sebolehnya, setiap kali cakap dengan mak, setiap kali ada kesempatan mintak maaflah…mungkin kita rasa, eh, aku tak de buat salah apapun, tapi kita tak tahu, terkadang perkataan kita mungkin tak sesuai..mungkin dia terasa sebab faktor usia atau itu bukan cara dia cakap dengan ibu dia dulu…atau kadang-kadang kita stress emo bagai terlepas kat dia…dia mungkin tersa tapi telan je dengan senyuman sebab dia sayang kita. Apa-apa pun mintak maaflah…kita tak sempurna, dia juga sama, tapi kita cuba beri yang terbaik, sebab kita cinta. Lahirnnya kita kat dunia ni pun sebab cinta dia ada kita, berjuang na lahirkan kita, tahan sakit ibarat beberapa tulang patah..sakit wooo..Tak layak ke ibu kita dapat cinta yang mulia daripada kita selain cinta kita pada Allah, rasul, dan pasangan kita? Kalau ibu kita ditakdirkan pergi suatu hari nanti, biarlah dia pergi dengan keadaan redha dan memaafkan kita, cinta hati dia.

 

 

ibu (1)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3) Tak spend masa dengan mak: 

Selalu yang dok kat bandar dan jauh dari mak ni, jarang jugak nak balik kampong…selalu laman rumah penuh time raya je..time-time lain kosong je tinggal ayam dengan itik. Ye saya faham, kadang-kadang payah nak dapat cuti.busy nak urus anak-anak…Time weekend tulah nak uruskan semua…kadang-kadang tak rasa macam cuti pun. Nak balik kampong tu fikir kos lagi kan? Tapi tulah..cuba renung jap apa yang mak dah buat dan bagi pada kita dari lahir sampai sekarang…Fikirlah berapa lama je lagi masa dia tinggal untuk kita. Dah habis ke kita berbudi? Dah puas ke kita bahagiakan dia? Dah cukup ke kita member? Mak ni, dia tak nak banyak, tengok muka kita pun cukuplah, kalau kita sembang dengan dia apatah lagi..tersengihlah dia…kalau dulu time kecik, mak buat kita happy, sekarang kitalah pulak buat dia happy. Kitaran hidup macam tulah, baru ada life satisfaction. Saya tau ongkos hidup sekarang ni macam mana. Ikhtiarkanlah, buat satu tabung, “O o o balik kampong’ . Simpan 5 hengget ke sehari, cuba cari jalan balik kampung sebulan sekali or dua bulan sekali at least. Sayang mak tak? Kalau drive sendiri mahal, naik bas or ketapi udahlah..cukup tu duit tabung.

5

4) Tak sedekah duit kat mak:

Kadang-kadang kita lupa nak bagi duit belanja kat mak. Kadang-kadang sebab kita sendiri pun dah kering, gaji pun ciput je, kategori miskin bandar orang kata. Tapi, tu kewajipan kita pada orang tua, bukan untuk mak je, untuk ayah sekali. Susah macam mana pun kita struggle hidup kat perantauan ni, try letak hulur jugak duit sikit kat mak dan ayah. Bagi Rm 50 pun jadilah kalau tak de sangat. Percayalah, mak dan ayah takdelah mengharap sangat duit kita, susah macam mana pun dorang try ikhtiar sendiri dulu. Diorang asal tengok kita happy je dorang rasa happy gak, that’s what matters to them. Kalau ikut Islam, keutaamaan bersedekah adalah dengan orang yang yang plaing rapat dengan kita dulu baru dengan orang luar. Keutamaannya jatuh mula-mula parents, then family members, lepas tu sedara jauh, lepas tu, jiran, lepas tu kenalan, kengkawan, lepas tu barulah orang luar. Jangan dok excited nak sedekah kat orang luar yang viral kat FB yang belum tentu shahih, tapi mak sendiri kita abaikan. Kalau mak cakap tak nak duit kita takpelah, belikanlah mak something, belanja makan kat luar ke, beli barang best-best masak kat umah ke, or spend duit tu hantar mak gi kelas ngaji or ibadah kat surau. Tanam jugak niat simpan duit buat hantar mak dan ayah gi haji satu hari nanti. Insha allah.

ibu

5) Tak doakan kebahagiaan mak;

Bab-bab doa ni, selalu korang tak lupa kan doa lepas solat? Tapi korang doa tak betul-betul untuk kebahagiaan, kegembiraan, kesihatan untuk mak dan ayah korang? Yeke? Cer check balik? Ke doa lebih untuk diri sendiri je? Hahaha….doakanlah mereka sentiasa. Percayalah, kalau urusan kita tu dipermudahkan tuhan sebab doa dorang jugak untuk kita. Kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa, keredhaan Allah juga begitu. Kalau dah takde apa sangat nak bagi kat mak, doalah sesungguh hati , macam yang saya selalu buat, “Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa kedua orang tuaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku, panjangkanlah umur mereka, peliharalah kesihatan mereka, bahgiakanlah mereka, kabulkan doa-doa mak dan ayahku dan Ya Allah, jangan kau ambil nyawa mereka selagi aku masih belum sempat berbakti dan menggembirakan mereka sepenuhnya, jangan Ya Allah..berikanlah kami husnul khatimah dan tempatkanlah kami kelak di syurga, sayangilah kami sentiasa Ya Allah, ameen. Simple je, tapi kalau khlas dan bersungguh-sungguh, Tuhan pun akan bagi cinta dia kerana cinta kita pada mak kita, ayah kita. OK?

 

fizo omar-hari ibu (5)

Mama sentiasa disisi dalam pelbagai jua keadaan sekalipun

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Itu je perkongsian saya kali ni.Sebelim tu saya nk wish happy mothers day buat ibu saya Hajjah Hasnah Bt Jidin, ibu mertua saya, Pn Faridah Bt Zakaria dan juga Isteri insyallah bakal menjadi ibu kepada anak anak saya, Mawar karim.Tak lupa juga kepada semua ibu ibu yang hebat di luar sana. Berbalik pada soalan saya, korang nak buat apa harini? Nak celebrate hari ibu? Terpulang..kalau ikut hukum, ada kata boleh ada kata tak boleh, tapi saya tak nak ulas panjang pasal tu, saya bukan pak ustad…tapi saya setuju yang Hari Ibu adalah setiap hari…Call lah mak cepat, sembang lama sikit. Pada mereka yang dah takde mak tu takpe, kirimkan hadiah doa banyak-banyak…insha-allah sampai…Mak dah tolong kita banyak kat dunia ni, kita pulak tolong mak untuk akhirat ni, sama ada untuk mak yang masih ada atau yang sudah pergi….boleh je cuma cara je berbeza..Macam mana? Setuju tak? Dah teringat kat mak teruk-teruk ker? Jangan lupa share artikel ni, biar yang lain pun pakat teringat jugak kat mak. Saya percaya kita semua sayang mak kita, cuma kadang-kadang terlupa, tak salah remind each other kan? Biar mak kita rasa happy setiap hari bermula harini…Jom sayang mak teruk-teruk, because she is the queen of our heart, doesn’t she? Hehehehehe..Sekian daripada saya FIZO OMAR a.k.a  anak Mama 😉

Komen Anda?

Close
Top