5 Manfaat Pemasaran Online. Yang Ke #5 Anda Pasti Tak Pernah Dengar

Peluang pemasaran online adalah sangat besar pada hari ini dan ianya seolah-olah menjadi trend dan platform utama dalam dunia perniagaan moden. Jika diperhatikan secara teliti, perniagaan online mula mendapat tempat dan bergerak secara aktif dan progresif di Malaysia sejak tahun 2005. Persoalannya, mengapa semakin ramai usahawan pada hari ini memilih platform perniagaan secara online? Jom scroll!

1. Cepat & Pantas

Pemasaran online adalah mudah dan sangat pantas. Sambil tunggu kawan keluar dari tandas pun bisnes anda boleh jalan. Anda cuma perlu smart phone atau tablet, Internet connection, gambar produk dan caption. Tambahan lagi, penyampaian kepada prospek boleh dilakukan dalam masa kurang satu minit!

2. Kos Efektif

Kos bagi pemasaran online adalah jimat dan berpatutan. Sebagai contoh, dari segi kewangan, kos pencetakan seperti poster dan sticker dapat dikurangkan kerana ianya dimuat naik di Internet secara terus. Kos dari segi masa juga adalah amat efektif kerana perniagaan online boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

3. Sambutan Hangat & Menggalakkan

Kajian menunjukkan bahawa pemasaran melalui online sememangnya menerima respon yang sangat tinggi daripada prospek iaitu 20% sehingga 70%. Berbeza dengan pemasaran tradisional, kadar respon yang diperolehi adalah jauh lebih perlahan dan rendah iaitu sebanyak 1% sehingga 5% sahaja.

4. Simple Tetapi Menarik

Ciri-ciri interaktif yang boleh digunakan di media sosial memudahkan proses perniagaan dijalankan. Sebagai contoh, anda boleh memperuntukkan 2 jam di hadapan komputer bagi membalas komen yang ditinggalkan oleh pelanggan anda secara terus. Medium aplikasi sosial seperti Whatsapp dan Telegram juga memudahkan lagi anda untuk berhubung dengan prospek tanpa sebarang gangguan.

5. Unik

Prospek lebih mengenali syarikat yang lain daripada yang lain. Ianya boleh dikatakan sebagai ‘added value’ kepada perkhidmatan syarikat anda. Sebagai contoh, anda boleh wujudkan aplikasi percuma syarikat anda untuk para pengguna muat turun. Ianya akan memudahkan proses pembelian dan seterusnya membezakan syarikat anda dengan pesaing.

Saya harap, dengan perkongsian ni, lebih banyak usahawan di luar sana yang akan mengambil langkah untuk mempromosikan produk secara online.

Komen Anda?

Close
Top