5 PERKARA ASAS YANG USAHAWAN WAJIB TAHU DAN AMALKAN!

Salam semua, kali ni saya nak bagi 5 tip khusus utk korang yang baru nak start berbisnes . Benda basic je tapi tak ramai orang tahu, yang tahu pun tak buat jugak. Ini pada pandangan sayalah…untuk jadi usahawan berjaya, kita kena ada kriteria tertentu yang sama dengan orang lain yang dah berjaya. Apa dia tu?  Selamat Membaca!

1

Fokus dan bagi keutamaan untuk bisnes

Mula-mula nak start berniaga memang perit. Orang kata 5 tahun pertama adalah sangat kritikal untuk tentukan sama ada perniagaan kita berjaya atau tidak. Seawal kita buka bisnes hinggalah 5 tahun pertama, make sure kita kekal fokus dan tumpukan pada perkara yang oleh membantu memajukan bisnes kita. Jangan berenti belajar cara nak improve cara nak market produk, nak approach prospek, nak bina networking dan macam-macam lagi. Walaupun da dapat untung segera, cuba cut perbelanjaan yang tak perlu, duit lebihan yang ada labur lagi untuk bisnes. Jangan mudah hilang fokus dan give up walaupun mengali kerugian atau produk tak laku. Fokus pada penyelesaian dan penambahbaikan bukan kepada kegagalan. Paling penting, kena pandai urus masa dan tenaga, baru dapat jadi usahawan berjaya yang efektif.

2

Guna telinga bukan mulut semata

Teknik bercakap memang penting untuk yakinkan pelanggan yang produk kita berbaloi untuk dibeli. Tapi tu bukan bermakna kita kena cakap, cakap dan cakap all the time. Sebagai penjual, teknik mendengar juga sangat penting untuk memastikan produk kita laku keras. Kenapa? Sebab kunci kepada laku atau tak laku produk kita, jawapannya terletak pada target market anda.  Terkadang bila kita asyik cakap je, mungkin prospek akan beli tapi bila guna sekali mereka tak puas hati. Mungkin bukan salah produk semata tapi mungkin salahnya, masa customer beli, dia fahamkan fungsinya lain, tapi sebenarnya lain, jadi mereka guna produk anda dengan tujuan yang salah. Sudah tentu mereka tak puas hati dengan produk anda dan tak akan beli lagi. Lagi parah kalau dorang share dengan Fb la bagai kata produk anda tak berkesan. Kan rugi tu, da ramai prospek dan suspek lari sebelum sempat berkenalan dengan produk anda. So, pastikan masa cakap dengan prospek, present produk kaw-kaw, kena dengar jugak apa masalah dorang yang sebenarnya, jangan main serkap jarang je. Nanti tak pasal dua-dua kecewa, anda tak repeat jual produk, customer tak dapat selesaikan problem. Ingat! Buka mulut, buka telinga.

want-need-balance 3d

Belajar untuk utamakan keperluan bukan kemahuan

Ramai usahawan baru macam tercungap-cungap nak handle bisnes tambah-tambah kalau da start dapat sambutan dan anda akan jadi super duper busy. Kadang-kadang time cengginilah akan ada macam-macam tuntutan, banyak kenalan nak mintak harga diskaunlah, pihak tu mintak sponsor, pihak ni mintak percumalah…lama-kelamaan kita tak akan larat nak layan sume permintaan tu. Masa tu macam emas 999 bagi usahawan. Tak semua masa dan tenaga kita harus dilaburkan pada semua orang yang approach kita. Belajar untuk beri keutamaan kepada apa, siapa, bila mengikut keperluan. Kalau kita cuba untuk layan dan penuhi  keperluan semua orang pada masa yang sama, kualiti layanan kita akan berkurang dan mungkin kita akan hilang peluang bina mutual relationship dengan orang yang berpotensi untuk menyumbang dan menyokong kepada kejayaan kita dalam jangka masa panjang. Keep your circle small but effective, not big but passive.

4

Jadi Penulis Part-time

Bukan maksud saya usahawan kena jadi penulis novel atau artikel. Tapi sebagai usahawan, kita kena sentiasa rajin catat perkara-perkara penting. Selalunya orang yang berbisnes ni selalu ada je idea dia datang mencurah-curah tak kira tempat dan masa. Tapi bila tak tulis, mungkin kita akan selalu lupa, rugilah..mana tahu idea kita tu sebenarnya nilainya juta-juta bila direalisasikan. Bila kita meeting atau jumpa orang secara sengaja ataupun tak, kadang-kadang, pengalaman orang lain akan bagi idea baru pada kita..jangan lupa catat je apa yang korang rasa penting, tak berguna sekarang pun mungkin berguna nanti. Ilmu tu kan mahal nilainya. (p/s: kekadang saya pun tak sempat nak menulis, busy sangat, apa yang saya buat adalah record je pakai phone, sambil drive pun boleh buat kalau idea tu dah datang, masing-masing telefon dah canggih kan…)

5

Doa Bebanyak

Bukan untuk meniaga je, sebagai umat Islam, kita semua patut berjiwa hamba, sedar yang segalanya bukan milik kita. So, nak buat apa-apa pun kena mintak elok-elok dengan Tuhan. Doa yang niat dan urusan kita akan dipermudahkan. Setiap orang akan diuji dengan bermacam dugaan yang berlainan, tambah-tambah lagi nak start buat bisnes ni, bukan senang. Tuhan dah kata setiap orang ada bahagian rezekinya masing-masing, yang penting usaha, doa dan tawakal. Niat yang baik, usaha yang konsisten, doa sesungguh hati, insha-allah pasti bisnes korang beroleh keberkatan.

 

Itu saje perkongsian saya kali ini. Sangat simple kan tapi nak buat semua ni kadang-kadang berat jugak sebab kita dah terbiasa dengan cara kita sendiri. Betul, masing-masing ada teknik sendiri nak berbisnes. Strategi yang berlainan, hasilnya pun berlainanlah kan? Tapi tak salah kalaukan apply basic strategi yang saya share ni dulu bagi konsisten kan? Baru senang nak melangkah lagi jauh dalam dunia bisnes. Bila bisnes kita naik turun pun, kalau dah kuat basic criteria untuk jadi usahawan ni, kita takkan mudah give up dan ilmu ni akan bantu kita untuk bangkit semula. So, semua yang saya dah tulis ni jadikan habit baru kita sebelum dan semasa bergelar usahawan. OK? Kalau rasa dapat ilmu baru dan dapat bagi manfaat juga kepada orang lain, sila share dengan kengkawan anda. Ilmu yang bermanfaat kenalah sebarkan..jangan simpan sensorang..barulah ilmu tu lekat dengan kita. Jumpa lagi!

 

Bestkan bila kita dah tahu dan BUAT!!..Bukan setakat tahu je tapi tak ade tindakan tak de guna gak bro! Nak belajar lagi tak..Korang nak tak nanti kalau dpt belajar secara LIVE di seminar SYB nanti.. YE SAYA NAK!!!..Jap..Sabo le…

KLIK DISINI.   http://fizoomar.com/syb2016

output_Q0bKAQ

 

 

 

 

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top