5 PERKARA ORANG BIASA BUAT SENYAP-SENYAP UNTUK BERJAYA

Salam semua…ngantuk ker? Harapnya harini kita tak Monday Blues sangat kat tempat keja tu..yang kerja kat rumah tu camana? Monday Blues jugak ker? Jangan macamtu..nak jadi orang kaya dan berjaya kena selalu buat kerja secara efektif. Kita kena manfaatkan masa kita, tenaga kita dengan baik. Macam saya selalu bagitau, ada beza cara hidup orang berjaya dengan orang biasa. Dari time celik mata sampai pejam mata balik, cara mereka fikir, cara mereka ambik tindakan, cara mereka buat keputusan…semuanya lain…nak tahu apa lagi yang dorang buat untuk berjaya…yang ni tak ramai orang tau…orang nampak life dorang senang je, nak dapat apa pun senang je…tak macam tu ye pembaca semua…ada hasil keras yang diorang dah laburkan untuk sampai tahap yang korang nampak senang je tu…apa dia? Saya share 5 perkara yang orang selalu buat untuk berjaya… Selamat Membaca!

 

Bina Networking

1

Sebelum berjaya sampai dah berjaya, orang biasa wajib ada networking yang hebat. Macam mana nak ada networking yang hebat? Bukan setakat ramah dan ramai kawan jer…yang tu berjuta manusia pandai buat. Nak buat networking kena tau balance hubungan rasmi dan tak rasmi, hubungan bisnes dengan hubungan biasa. Kita tak boleh approach sume orang untuk cakap pasal bisnes kita memanjang. Kenal pasti orang tertentu yang boleh bantu kita sekarang atau pun masa depan untuk jadi lebih berjaya. Kalau kita usahawan, kita kena kenal baik dengan usahawan lain, tak kisahla dengan usahawan produk kategori sama atau pun usahawan lain, kena berbaik-baik dengan orang yang tau marketing, finance, advertising, orang media dan sebagainya. Kalau kita bukan usahawan, kerja office ke mana ke, still kena buat networking yang mantap jugak..banyak keja-keja pejabat nak berurusan pakai kepakaran luar. Networking yang luas dan banyak akan bantu kita buat kerja dengan mudah dan cepat. Bila jumpa orang, selain cerita pasal diri sendiri je, ringan-ringankanlah mulut tanya orang yang kita jumpa tu…dia buat apa sekarang, dia pandai buat apa sebenarnya..selain tanya perihal peribadi, tanya juga pengalaman kerja dia, tukar bisnes kad kalau ada…kadang-kadang kerja yang dia buat, atau kepakaran yang dia ada kita tak perlukan sekarang tapi maybe kita perlukan pada masa hadapan. Jangan terus approach semua orang dan cakap pasal diri sendiri dan bisnes tak abis-abis. Kadang-kadang orang terus hilang minat nak berhubung lagi dengan kita kalau terlalu agresif cakap pasal diri kita atau bisnes kita je bila jumpa kali pertama. Bila dah ada network yang bagus, maintainlah hubungan tu, jangan cari dorang time nakkan sesuatu atau bila susah je..nanti orang rasa macam korang sebenarnya tak ikhlas dalam berhubungan. Treat dorang macam kawan rapat, setakat hantar ucapan time raya, time hari-hari keraian atau lawak-lawak simple sekali sekala tak salah kan..Facebook korang tu jangan asyik penuh dengan produk korang je,nanti orang rasa nak muntah… post juga benda-benda bermanfaat yang lain.tu boleh kuatkan hubungan networking korang so that nanti senang, boleh help and support each other bila perlu, win-win situation and sama-sama berjaya.

 

Sentiasa Buat Projek Baru

2

Orang berjaya otak dia sentiasa ligat nak buat perkara-perkara baru. Bila dah habis satu projek atau program ada je benda lain diorang akan buat sebab dorang taknak bazirkan masa dan peluang. Tapi, diorang bukan buat main hentam je , diorang fikir dalam-dalam dan dorang takla heboh satu kampong nak buat apa..Mereka ni selalu plan dulu elok-elok, buat perancangan rapi dan fikirkan kesan dia dengan mendalam. Bila sume dah get ready tinggal nak run je baru hebohkan kasi kepoh tahap havoc. Orang yang berjaya tak buat projek tanpa fikir costs dan rewards dia apa dan yang paling penting mereka tak syok sendiri masa planning, mereka buat survey dulu…impak bagi setiap pelaksanaan projek adalah sangat penting sebagai satu pelaburan untuk bisnes dan masa depan. Idea ni Tuan/Puan sangat mahal sebenarnya, apatah lagi yang orang tak pernah buat dan tak terfikir lansung nak buat. Sebaiknya, janganlah gebang aku nak buat ni nak buat tu satu Malaysia, kang orang curi idea kita, menangis tak berlagu…ramai je suka curi idea atau usaha orang  dan hidup senang atas penat lelah orang lain…takpe, itu ursan dia dengan Tuhan. Yang penting dah ada idea hebat, plan betul-betul macam mana nak realisasikan. Orang biasa yang berjaya konsisten buat projek supaya kekal aktif dan produktif. Bila berjaya diorang bawak lagi kejayaan tu untuk next program..bila gagal diorang belajar daripada kesilapan diorang. Anda?

 

Tak Takut Dengan CABARAN

3

Orang biasa berhasil untuk berjaya kerana mereka dapat menyelesaikan cabaran, bukan melepasi, membelakangi atau melarikan diri. Setiap orang dah dijanjikan dengan ujian mereka masing-masing ikut kemampuan dan kekuatan tersendiri. Setiap ujian yang didatangkan pada kita, mesti ada mehnah yang Tuhan nak bagi. Ingat balik secara positif, kegagalan kita, kelukaan kita, kedukaan dan kehampaan kita dulu telah ubah diri kita dari satu tahap ke tahap yang lain. Adakah ia kearah yang semakin bagus, atau semakin teruk? Itu kita sendiri yang tentukan sebenarnya. Orang biasa yang dah berjaya tengok cabaran sebagai perkara yang harus mereka selesaikan, bukan satu beban yang menyusahkan. Perit dia Tuan/Puan, hanya anda yang tahu tapi kalau anda tak merungut, anda bersabar, berfikir dengan tenang, berusaha untuk selesaikan sampai sudah, berdoa, bertawakal dan redha sepenuhnya, insha-allah adalah orang biasa yang akan berjaya. Kalau berjaya Alhamdulillah tapi kalau gagal tidak mengapa, terkadang mendepani cabaran bukanlah untuk kejayaan semata tapi bila kita bersabar dengan kegagalan itulah kejayaan yang Allah nak hadiahkan. Yang penting usaha kita dan tahap kebergantungan kita bila menyelesaikan cabaran akan membawa diri kita sama ada selangkah kehadapan atau selangkah kebelakang. Pilihlaaa..

 

Merendah Diri

 

4

 

Dalam apa aspek pun, komunikasi adalah penting dalam kehidupan setiap orang. Cara pembawaan seseorang, perwatakan, penampilan itu semua adalah aspek penting untuk sesorang itu berjaya. Buatlah research banyak mana pun,  tanyalah sape-sape pun, semua orang akan rasa senang dengan personaliti yang menarik apatah lagi kalau punya pencapaian hebat tapi merendah diri. Selalunya orang kaya tapi berjaya ni tahu untuk membawa diri kat mana-mana pun. Mereka tak meninggi diri dan menghebahkan kelebihan diri mereka sendiri. Mereka percaya yang setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Mereka percaya rezeki tu datang dari Tuhan, dan mereka antara yang bertuah mendapat peluang dengan setelah berpenat lelah. Bukan tidak ada orang yang berjaya yang menyombong diri tapi sejauh mana mereka boleh pergi. Orang yang berjaya tapi merendah diri, insha-allah bukan sahaja dihormati penduduk bumi, tapi penduduk langit. Kalau ada gak orang kecam tak bertempat tu abaikan, kita perlu hidup dalam lingkaran positif. Doakan jugak mereka akan berjaya supaya takde ruang untuk mereka berasa iri hati. Jadilah orang berjaya yang merendah diri, sedar diri, dan tahu bawa diri.

 

Invest Duit Sebanyak Yang Boleh

5

Orang kaya dan berjaya bukan setakat buat duit melalui perniagaan yang korang dok nampak depan mata tu..tapi dorang pun tak berhenti buat duit secara pasif. Macam mana? Melaburla..tak semestinya kena join MLM je…banyak cara..yang penting selidik dulu betul-betul pelaburan jenis apa yang kita nak buat, buat research dulu adakah patuh syariah dan menguntungkan. Kalau nak invest dalam hartanah pun boleh, aset yang kita beli akan jadi satu pelabuaran yang menguntungkan kalau kena cara dan gaya. Bila cakap pasal invest ni, jangan invest yang untuk dunia je, investlah sekali yang akhirat nanti. Banyakkanlah bersedekah dengan ikhlas. Memang stok pahala tu tak nampak, cuba kalau nampak, mungkin nak isi dalam rumah sebijik pun tak muat.

Lepas baca ni cuba check, ada tak yang tak buat lagi? kalau tak ada startlah amalkan, tak rugi apapun kan? Kalau dah buat TAHNIAH! anda berada dalam kategori orang berjaya. Belum lagi? Dah!!! Kalau anda ukur melalui nilai harta mungkin ya mungin tak, tapi attitude orang BERJAYA anda dah ada….so, yang tinggal mungkin peluang yang hebat pada waktu yang tepat. Teruskan berdoa, teruskan berusaha, teruskan selagi daya…you are on the right track… Selamat Berjaya! 

 

 

Komen Anda?

Close
Top