5 RAHSIA WARNA MEMPENGARUHI MINAT PEMBELI

Assalamualaikum semua.. macam mana minda jutawan anda ?? masih lagi berisi lagi ke tak dengan ilmu – ilmu bisnes??.. haaa……. harini saya nak share warna dan kaitan dengan bisness anda dan pilihan mereka sama ada nak membeli atau tidak produk anda. Ada banyak psikologi bisnes yang menerangkan tentang pentingnya penggunaan warna untuk setiap bisnes yang dijalankan. Kerana warna adalah salah satu yang menjadi daya tarik utama bagi customer yang hendak membeli sesuatu produk. Antara alasannya adalah untuk lebih meningkatkan penjualan produk di pasaran.Jom baca dan fahamkan “5 rahsia warna mempengaruhi minat pembeli”..

 

Array of colorful cupcakes

Daripada memilih warna hanya karena kita suka, lebih baik kita memilih dengan terlebih dahulu menyesuaikan dengan tema dan konsep bisne yang kita bangun. Sebagai contoh Jika anda menjalankan bisnes yang menjual souvenir ala pantai, Anda boleh menggunakan warna biru muda atau warna yang senada dengan tema atau konsep pantai. Warna yang sesuai dengan tema akan membawa dan memberikan cerita tersendiri bagi pelanggan. Pelanggan akan mudah untuk mengenali produk bisnes anda.

 

Array of colorful cupcakes

Warna yang sesuai dengan tema akan memberikan kesan indah dan ketenangan  bagi pelanggan yang datang. Mereka akan rasa seolah – olah  datang ke tempat yang benar saat mereka memerlukan sesuatu. Warna yang sesuai dengan konsep  akan memberikan kesan yang effektif bagi pelanggan yang datang. Mereka seolah – olah ingin datang kembali dan menikmati suasana yang ada di butik Anda.

Contohnya, saat Anda membuka sebuah butik yang menjual perlengkapan bayi, berikanlah sentuhan warna soft atau pastel di setiap sudut. Menambahkan akses bunga – bunga akan membuat Ibu hamil atau ibu yang sudah memiliki anak akan merasa tenang dan senang ketika memilih dan memutuskan membeli barang di butik Anda.

Array of colorful cupcakes

Warna – warna cerah seperti merah dan kuning akan menjadi daya tarik utama saat seorang pembeli ingin membeli sebuah produk. Mereka akan terlebih dahulu melihat warna yang ada, selanjutnya baru melihat bentuk dari produk tersebut. Ini kerana warna kuning adalah warna yang pertama dirangsang oleh retina manusia. Jadi warna seperti kuning akan menjadi daya tarik pertama saat seorang melihat suatu benda. Sedangkan warna merah memang sudah lama menjadi warna yang identik dengan daya tarik yang kuat dari sebuah benda. Namun dalam menggunakan warna – warna cerah terlebih merah kita terlebih dulu harus tahu kondisi setiap sudut butik.

Array of colorful cupcakes

Sesuatu jenama sangat penting bagi kejayaan penjualan sebuah produk. Jenama akan mengenalkan sesuatu produk di pasaran. Untuk itu kadang – kadang sebuah jenama akan di design dengan sangat menarik. Dalam membangun dan mengenalkan sesebuah jenama, warna memainkan peranan penting dalam setiap design yang mereka buat. Warna inilah yang akan membantu pelanggan untuk membeli sesuatu produk.

Array of colorful cupcakes

Warna yang digunakan dalam design sebuah butik atau website bisnes mesti  mempunyai daya tarikan tersendiri bagi pelanggan, terutama sebelum mereka mulai melihat bentuk dan merasakan kualiti produk yang mereka gunakan. Penggunaan warna harus benar – benar disesuaikan dengan jenis dan fungsi bagi produk yang dijual. Jangan sampai warna yang digunakan memberikan emosi negatif bagi yang melihatnya.

banyak tak belajar harini pasal warna?.. baguskan warna pun memainkan peranan di dalam sesebuah perniagaan. untuk kita lebih maju lagi dalam bisnes ni. jom kita kaji bab warna dengan lebih mendalam lagi supaya bisnes kita meletup.. saya doakan kepada anda semua semoga bisnes maju 200%. ameen.

P/s: Kepada yang berminat nak belajar rahsia strategi bisnes yang akan bantu anda bagaimana nak mulakan bisnes dengan ilmu yang WOW! dan juga untuk majukan bisnes anda yang sedia ada , saya dan team saya akan mengadakan jelajah seminar “Start Your Business” di Kedah, Kelantan, Johor dan Sabah bermula bulan Ogos ini. Sila layari link website di bawah untuk maklumat lanjut. Jumpa kat sana!

https://fizoomar.com/seminarsyb2016

Komen Anda?

Close
Top