5 Risiko Yang Selalu Usahawan Hadapi Dalam Perniagaan

 

Kerjaya sebagai seorang usahawan kini semakin menjadi bualan mulut orang ramai. Setiap hari, pastinya terdapat usahawan-usahawan baru yang mula untuk menjinakkan diri dalam dunia perniagaan. Ramai di antara mereka yang membuat keputusan untuk berhenti kerja dan teruskan dengan perniagaan sendiri.  Mereka seolah-olah mahu menjadi bos dan mengejar impian mereka untuk menjadi seperti Richard Branson.

Walaupun kerjaya sebagai seorang usahawan akan dipenuhi dengan keseronokan dan menjanjikan satu pulangan kewangan yang amat lumayan. Namun, ianya tidaklah mudah yang disangka kerana mereka juga tidak lari dari berhadapan dengan risiko mahupun masalah.

Ada juga beberapa usahawan yang lebih suka berhadapan dengan risiko. Namun, mereka juga perlu ada ilmu yang tinggi supaya tidak mudah tertipu dengan dunia luar. Sebarang keputusan dalam perniagaan juga akan melibatkan risiko sekiranya perkara tersebut di ambil dengan mudah.

Berikut merupakan beberapa risiko yang sering usahawan hadapi dan akhirnya mereka akan merasa menyesal di kemudian hari.

 #1 – Tidak Memeriksa Latar Belakang Pekerja

 

1

Pekerja merupakan aset yang paling berharga yang sentiasa anda perlukan dalam perjalanan perniagaan untuk kekal berjaya. Adakalanya, anda juga perlu mengambil pekerja baru yang akan membawa satu pengalaman yang baru serta meningkatkan produktiviti dalam kerja. Oleh kerana itu, penting buat anda memeriksa latar belakang mereka dahulu.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, ambil sedikit masa untuk memeriksa dahulu profile setiap pekerja. Media sosial juga menjadi salah satu medium yang boleh anda gunakan untuk memeriksa latar belakang mereka. Perkara ini amat penting buat anda mahupun syarikat kerana sekiranya pekerja tersebut mempunyai latar belakang yang kurang memuaskan, anda boleh menolak dengan cara yang baik dan jika tidak ianya akan mendatangkan masalah di kemudian hari.

#2 – Terlebih Belanja Kepada Perkara Yang Tidak Di Perlukan

Sebagai seorang usahawan yang berjaya, anda perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk merancang dan juga sentiasa berpegang kepada bajet, dan senaraikan beberapa perkara penting dan yang tidak penting. Anda harus bijak untuk mengawal perbelanjaan supaya syarikat anda akan mendapat keuntungan yang lumayan. Pokok pangkalnya, semuanya terletak di tangan anda sendiri.

#3 – Tiada Insurans Dalam Perniagaan

4

Walaupun kerjaya sebagai usahawan boleh menjanjikan ganjaran yang lumayan, namun  terdapat beberapa risiko yang perlu anda tahu. Contohnya, jika terjadi sebarang kecurian, kemalangan dan pelbagai musibah lagi. Jangan mudah putus asa, jika tidak segala impian anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya akan terkubur begitu sahaja.

Tetapi, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan beberapa cara. Untuk melidungi diri dan juga perniagaan, pastikan anda melabur sebahagian dana ke dalam insurans SME. Ianya bertujuan untuk memenuhi keperluan sebagai perlindungan kepada perniagaan anda. Ini juga salah satu usaha yang perlu anda lakukan, demi melindungi perniagaan sekiranya terdapat beberapa perkara yang tidak diingini.

#4 – Terlalu Kedekut Untuk Mengeluarkan Wang

Jika anda tidak pernah ikuti dan berkhidmat dengan usahawan yang bernama Aziz Ansari di Parks & Receration, anda perlu berhati-hati dengan prinsip ini. Untuk menjadi seorang usahawan, adalah penting buat anda untuk melaburkan wang yang banyak.

Sebagai contoh, untuk menarik perhatian pembeli ataupun pelawat yang bakal melawat web site anda, ianya memerlukan kesungguhan yang tinggi. Kerana, sudah tentu web site yang baik dapat meningkatkan jumlah pembaca.

Mempunyai laman web yang terbaik, dapat menunjukkan anda dan syarikat sebagai seorang yang profesional, dan akhirnya perniagaan tersebut lebih mudah dipercayaai oleh orang ramai. Malah, tidak salah untuk anda menghabiskan sejumlah wang yang banyak demi kepentingan masa depan syarikat.

#5 – Tidak Bijak Menguruskan Masa Dengan Baik

 

5

Jika anda sedang berusaha untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kemungkinan masa yang diperlukan sangat singkat. Sudah tentu anda perlu banyak membahagikan masa antara keluarga dan juga kerjaya. Pekerja anda juga perlu bimbingan dan sokongan daripada anda supaya mereka terus maju dan lebih produktif.

Pastikan anda bijak menguruskan masa supaya jadual kerja anda menjadi lebih teratur. Ini kerana, komunikasi yang baik dapat menjalinkan hubungan yang baik antara majikan dan juga pekerja.

 

Ok…itu tips sahaja.Apa2 pun bergantung kpd diri sendiri jugak.Kita yang mengubah segala galanya..Kepada yang buat bisnes tu nak tak saya belanja e-book bagaimana nak buat sale dan nak mulakan bisness. PERCUMA je untuk anda sehingga tempoh yang terhad ni..RUGI kalau tak rembat sekarang..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top