5 SEBAB BISNES ANDA TAK JALAN

Nak start buat bisnes bukan mudah. Bukan sekadar  buka meja lipat tepi jalan, letak barang, letak tanda harga dan jual. Buat bisnes kena lebih daripada tu. Tapi ikut faktanya memang banyak bisnes yang fail dalam 5 tahun pertama. Sebenarnya yang fail ni bukan sebab perkara besar je, produk tak best, customer takde, tapi kadang-kadang punca dia sebab perkara lain yang kecil tapi kita tak nampak? Apa dia? Baca artikel ni untuk tahu selanjutnya.

 

1)Kontrak Perjanjian

Bila kita start berniaga, dah confirm-confirm kita ada ada buat perjanjian dengan sesiapa atau vendor lain yang terlibat. Bila orang dengar perkataan kontrak, orang selalu ingat company besar je yang buat kontrak atau kena ada kontrak bagai ni. Salah! Sepatutnya kita ni nak buat bisnes, tak kisahlah kecik besar mana pun kena apply konsep kontrak ni. Kita kena buat kontrak dengan business partner kita, dengan pekerja kita atau kalau perniagaan tu kecil sekalipun, kita kenalah ada kontrak yang sah dengan pihak ketiga yang berurus niaga dengan kita.Pembekal ke?Customer tetap ke?Nampak macam leceh tapi kena ada hitam putih untuk perkara yang kita persetujui bersama dan seeloknya pergilah buat dekat Pejabat Lembaga Hasil. Bukan apa, kita tak tau hitam putih hidup kita pada masa depan ni camana, dan hitam putih atas kertas yang sah nilah yang akan bantu kita time susah. Kena tipu dengan business partner sendirilah, kena tipu dengan pembekal lah, client demand dan fussy tak tentu pasal lah…ahli keluarga atau kawan sendiri boleh betray kita apatah lagi orang luar.

 

2)Sistem

Nak buat bisnes ni kena ada sistem, bukan ikut mood, ikut rasa, ikut suka hati. Kita kenal pasti nature bisnes kita tu macam mana.Then kita kena cipta atau atur satu sistem yang sistematik untuk bisnes kita. Daripada peringkat A-Z kena sistematik tak boleh ikut rasa. Sistem penggajian pekerja, sistem operasi perniagaan, sistem jual-beli, diskaun, sistem promosi, sistem aliran tunai dan sebagainya. Ni semua penting, kita kena ambil berat satu persatu. Kalau cara kita run bisnes tak sistematik, berubah-ubah, susahlah kita nak nampak berkesan ke tak strategi bisnes kita. Sebagai usahawan, kita yang bertanggungjawab untuk menentukan sendiri jumlah pendapatan kita. Kalau usahanya lebih, insha-allah untungnya pun lebih jugak…sama jugak kita bertanggungjawab untuk kerugian kita, kalau kita tak improve sistem bisnes kita, tak expand bisnes, kita sebenarnya pilih untuk rugi daripada dapat keuntungan yang lebih tinggi yang sepatutnya kita dapat. Tapi kalau bisnes takde sistem, payah nak measure untungnya kenapa, ruginya kenapa..sebab caranya tak konsisten. Memang nilah sebab bisnes cepat fail. Failnya kenapa pun takkan tau, sebab takde sistem. Jangan buat bisnes takde sistem!

 

3)Duit keluar

Cara nak elak bisnes fail memang kena ambil tahu duit yang keluar dari company. Selalunya, yang baru start meniaga kecik-kecik ni, ambik tahu pasal duit yang keluar nak bayar kat pembekal, nak beli barang mentah dan upah gaji pekerja kalau ada. Mereka lupa yang banyak lagi perkara lain yang kena ambil kira. Kos petrol, logistik nak ambil barang, angkut barang buat pergi jual, kos elektrik,air, internet, kos sewa tempat..terutama yang buat bisnes dari rumah ni. Kadang-kadang contoh, kita jual spageti, untung katakanlah RM 1.50 untuk satu lepas tolak kos bahan mentah dan pekerja, jual 100 sehari, dapat untung RM 150 kononnya…tapi lupa kalau kira kos elektrik, gas,air, petrol, kenderaan, tinggal banyak mana je untung tu..Masalahnya, ramai tahu benda ni tapi buat acuh tak acuh. Kira yang besar je yang kecik-kecik tu tinggal buat tengok kot sipi mata je. Tak boleh..semua benda kena melibatkan kos kena ambil kisah dan kena ambil kira. Baru tahu untung ke tak meniaga ni, baru tahu nak improvise lagi camana. Ingat,kita sendiri yang bertanggungjawab atas keuntungan dan kerugian yang kita nak.

 

4) Salah pilih

 

Dalam dunia bisnes, pekerja sangat memainkan peranan penting yang membantu jatuh bangun perniagaan kita.Pemilihan pekerja kena betul-betul tepat. Bukan sekadar pendidikan, pengalaman, kadar gaji yang diminta semata tapi on top of these attitude yang paling penting. Pilih pekerja yang berdisiplin, yang sanggup bersusah senang bersama kita, yang fikir kepentingan perniagaan kita ibarat bisnes tu dia yang punye, yang nampak wawasan perniagaan kita dan berupaya untuk membantu melaksanakannya. Kalau dah jadi bos tu  jangan lupa bila kita minta mereka untuk memberi untuk bisnes kita dari segi tenaga, komitmen, masa dan sebagainya, kita sebagai bos juga bertanggungjawab untuk memberi kepada mereka macam bantu mereka jaga periuk nasi, fahami masalah mereka, dorong mereka untuk bekerja dengan lebih baik dan mewujudkan persekitaran kerja yang positif untuk mereka. Paling penting juga untuk kita ni faham keperluan kita untuk gaji pekerja sejauh mana? Kalau baru start bisnes, untung pun tak seberapa tapi kita perlukan lebihan tenaga kerja, maybe strateginya upah part-timer atau freelance. Sebab maybe ada masa kita boleh handle sendiri, atau time takde permintaan so kita sales pun takde, tak perlulah ada pekerja yang harus dibayar sepanjang masa. Jadi dekat situ dah boleh kurangkan kos perbelanjaan yang tak perlu. Kalau bisnes dah mantap sikit, bolehlah consider upah lebih ramai pekerja yang permanent.

 

5) Salah Bank

 

Apa yang salah? Kena aniaya dengan bank? Bukan….salah bank ni memang orang Malaysia selalu buat, terutama orang melayu. Bila meniaga, orang kita ni suka pakai akaun bank personal untuk urus niaga bisnes. Duit personal dan duit  meniaga kena letak dalam akaun asing-asing, jangan campur ikut dan…sekecik mana pun bisnes kita, kena buka separate akaun untuk perniagaan. Apa-apa urusan bisnes, orang bayar kita ke, kita bayar orang ke, kena pakai akaun perniagaan je…personal akaun strictly untuk urusan peribadi. Yang selalu salah orang buat dahla pakai akaun personal lepas tu semua duit bisnes da bercampur aduk dengan personal..belanja pun ikut suka hati je..kita bajet semua duit dalam akaun tu adalah milik kita so boleh guna anytime. Nilah masalah besarnya, kadang-kadang kita boleh terover spend, sebab dok rasa ada duit banyak, tup-tup terpakai duit bisnes yang patut kita roll modal untuk future, terpakai duit yang lebihan yang patut simpan time bisnes down. Jangan macam tu, jadi entrepreneur kena ada berdisiplin..lagi kuat sebenarnya sebab kita yang bertanggungjawab spenuhnya dengan keuntungan dan kerugian yang kita nak. Belajar daripada orang yang dah kaya dan berjaya dengan bisnes mereka sendiri, contoh, kedai makan, bila makan kat kedai sendiri, walaupun kedai kita, bahan mentah kita tapi bila kita or family kita makan, kita kena bayar jugak kepada kedai kita sendiri. Kena ada mindset, ibarat bisnes tu adalah bos kita, tak boleh nak guna duit suka-suka hati. If terguna bayar balik, ada duit lebih simpan je dalam bank tu. Allocate satu jumlah tetap berapa kita dapat hasil upah dari bisnes kita sendiri setiap bulan dan sebolehnya belanja untuk personal guna jumlah tadi tu je. Lebih untung tadi biarje peram dalam akaun bank niaga kita. Buat untuk expand bisnes ke, simpanan pelaburan bisnes masa depan ke. Kalau dah kaya betul, cam Mark Zucherberg ke, dah ada keta beli bayar cash melambak-lambak sampai tak muat parking depan rumah, silalah berbelanja sesuka hati, you deserve it after you have invested your extra hard effort.

 

Camana?Dah sedia nak elak bisnes anda daripada lingkup? Yes, memang bukan senang nak start bisnes ni, nak ada bisnes yang berjaya bermula dengan impian, semua orang pun boleh berimpian. Tapi, nak ada bisnes yang berjaya tanpa adanya ilmu, alat yang betul, mentor, attitude…mimpi indah kita tadi boleh jadi nightmare dalam sekelip mata.Silap haribulan, baru start bisnes dah lingkup terus trauma nak berbisnes forever. Jiwa kena kental, tawakal kena ada dan banyakkanlah menimba ilmu, pergi seminar-seminar bisnes, bergaul dengan orang yang da lama buat bisnes, mintak pandangan mereka, belajar daripada kesilapan mereka dan diri sendiri,buat kajian dan tinjauan, ambil tahu the do’s and dont’s dalam bisnes dan gerakkanlah bisnes kita sepenuh hati. Akhir sekali, berusaha dan bertawakal. Selamat Berjaya!

 

Komen Anda?

Close
Top