5 SEBAB BISNES BARU FAIL

Salam semua…masih beraya? mesti banyak open house yang nak attend…raya-raya gak tapi jangan lupa bisnes kita, jangan dibiarkan rehat makan lemang lelama sangat . So, apa khabar dengan bisnes korang? Meriah? Tak menang tangan? Suam-suam kuku ke hidup segan mati tak mau? Dah berapa taun meniaga? Yang bisnes macam slow sangat tu nape eh? Dah ada rasa nak give up? Baca artikel ni! 5 Sebab Kenapa Bisnes Anda Fail, khusus untuk anda yang ada masalah dalam bisnes.

 

1) Planning Buang Masa

3

Adat berbisnes, memang environment dia berubah-ubah, kena cepat tangkap rentak dia baru dapat menari sekali. Terkadang yang belajar dalam buku, teori-teori bisnes kita tak sama dengan real situation. Kadang boleh apply kadang tak. Tambah-tambah yang online business, lagi cepat kena catch up…banyak perubahan dalam masa singkat. So, memang kalau nak berbisnes kena ada plan…semua benda yang nak buat kena ada perancangan kalau banyak sangat planning sampai buat back up A-Z yang tak jadi…senang citer kena banyak bertindak daripada banyak plan tapi tak buat. Buat satu plan yang simple tapi fokuskan pada pelaksanaan bukan asyik fikir, plan tu plan ni tapi pelaksanaan dia slow sebab asyik fikir. Business is all about taking risk and making fast decision.

2) Obses sangat

2

Kadang-kadang kita ni obses terlebih dengan idea kita…kita da plan banyak-banyak, baik punye macam kat atas tapi tup-tup tak jadi. Bila tak jadi kita kadang-kadang give up, tak nak teruskan… kadang-kadang kita terus tukar plan. Nilah masalahnya…kita obses sangat dengan idea kita menyebabkan kita tak nampak rasional ke tak untuk apply dengan situasi semasa, kita tak consider keperluan pelanggan kita. Senang citer kita syok sensorang lah…then bila buat tak jadi rasa down. Sebenarnya, kalau da plan tu tak praktikal dengan situasi memang tak jalan, tapi kalau dah beri yang terbaik tapi tak berjaya jugak takpe..sebab apa? Memang kalau jadi usahawan ni wajib gagal dulu baru berjaya. Kesilapan dan kegagalan yang ajar kita jadi lebih bagus. Cuba lagi dan lagi dengan cara yang berbeza bukan asyik tukar plan yang syok sendiri.

3) Tiru Orang

7

Memang kalau nak berjaya betul-betul, sebaiknya try come out dengan idea sendiri atau produk sendiri. Masalahnya sekarang ni, orang jual tudung, kita nak jual tudung, orang nak jual ayam, kita jual ayam…semua ikut trend semasa…bukanlah tak boleh, tapi sampai bila? Kalau setakat untuk tambah income yelah, tapi kalau  betul-betul nak jadi usahawan kaya dan berjaya tak jadi kalau meniaga ikut orang, ikut musim. Kena jelas dengan matlamat sendiri untuk berbisnes, kalau tak keluar produk sendiri atau idea sendiri, bergantung pada produk orang atau trend, memang susahla bisnes nak tahan lama atau untung banyak dalam jangka masa panjang.

4)Hard not Smart

4

Banyak korang buat bisnes rasa depa kena in-charge sume benda. From A-Z..yalah, baru nak start bisnes, modal pun maybe tak cukup banyak nak hire orang sana sini. Tapi sebenarnya, kalau semua benda kita buat sorang, memang tak menang tangan, rasa serabut kepala otak dan kualiti kerja kita pun merosot sebenarnya. Jangan buat kerja senang dengan susah tapi kerja susah dengan senang. Kena pandai arrange, yang mana kita betul-betul pandai buat, kita buat, yang tak pandai sangat, takyah la gigih try buat sendiri, outsource je bagi kat expert..kalau tak cukup duit carila yang antara kawan atau sedara ke….negolah upah dorang harga kawan-kawan. Tenaga kita tu salurkan dekat talent kita, benda yang kita reti buat tak kisahlah marketing ke, sales ke, management ke asalkan kesemua kerja dapat dibuat dengan produktif.

 

5)Marketing Terlebih

5

Kadang-kadang orang salah faham, asal niaga je kena marketing kaw-kaw. Kesilapan besar bila orang fokus gila-gila untuk marketing, spend besar-besar untuk tujuan promote je tapi lupakan aspek lain. Nilah boleh jadi penyebab bisnes kita fail. Bukan tak boleh spend untuk marketing, perlu tu, wajib! Tapi kena sesuai dengan keperluan bisnes kita. Mula-mula nak start bisnes, modal yang ada memang kena allocate sikit untuk bisnes, tapi kena paham bisnes ni bukan pasal marketing je, kena pikir kos operasi, kos logistic, kos manpower, kos material. Kalau berabis spend dekat marketing tapi yang kos lain kita tak bagi perhatian sangat, tak cukup spend untuk perkara yang penting, nilah yang jadi masalah kepada bisnes. Bayangkan, orang tau bisnes dan produk kita melalui marketing, pakat-pakat beli ramai-ramai, tapi try guna atau pakai tak best atau ramai sangat orang nak tapi tak cukup tangan nak melayan dan tak terlayan, hangin plak customer kita….kan da jadi bad image. Buat marketing ikut keperluan dan kesesuaian bukan sesuka hati. Of course, social media adalah platform iklan yang terbaik dan save budget.

 

Jadi pembaca semua, faham dengan jelas kenapa ada orang buat bisnes berjaya atau tidak. Semua orang ada potensi nak ada bisnes yang berjaya…aptitude kena ada..attitude kena jaga..niat baik yang betul kena biar selalu rasa..ilmu selok belok niaga pun wajib ada..baca buku, layari internet, pergi ke seminar-seminar bisnes dan kutip ilmu emas yang boleh dilaburkan jadi bekalan waktu susah dan terasa ingin rebah. Tapi ingat ada skil, ada disiplin tapi rasa bertuhan takde, meniaga berjuta tak guna. Cabaran terbesar yang usahawan kena tempuh adalah kepercayaan kepada Tuhan dan diri sendiri. Bersedia daripada awal, mental,emosi, fizikal dan spiritual. Belajar daripada kesilapan dan bangkit daripada kegagalan. Bangun berkali-kali dan teruskan berlari. Selamat Berjaya!

 

Ni nak habaq mai kat hangpa geng-geng utagha…27/8 ni saya dan team F.O.C akan turun kat Alor Setaq untuk seminar START YOUR BUSINESS khas untuk usahawan yang da ada bisnes dan hat yang tak dak lagi. Boleh pi check link kat bawah ini untuk maklumat lanjut.

Seminar SYB

Komen Anda?

Close
Top