5 SEBAB UTAMA KENAPA KITA KENA CELEBRATE HARI NUZUL AL-QURAN

Salam semua, apa  khabar puasa kita hari ni? Harini 17 Ramadhan…tarikh apa tu? Hari Nuzul Al-Quran betul? Mesti ramai sahur lepas tu sambung tidur balik…cuti kannnnnn….penat minggu lepas, 2, 3 hari lepas time nilah nak qadha tidur kannn…apa lagi… Yang pasti semua orang ingat hari ni sebagai hari public holiday kan tapi harini sebagai Hari Nuzul Al-Quran ramai yang tahu hanya pada nama, mungkin ada yang tahu pasal sejarah adanya Hari Nuzul Al-Quran tapi berapa kerat je antara kita yang betul-betul meraikan dan menghayati salah satu hari yang mulia dalam kalendar Islam ni? Harini saya nak share sedikit mengenai sejarah ringkas hari Nuzul Al-Quran dan 5 sebab utama kenapa kita perlu sambut hari Nuzul Al-Quran ni dengan penuh penghayatan.

 

Hari Nuzul Al-Quran terjadi pada malam Jumaat bersamaan 17 Ramadhan pada tahun 41….turunnya Al-Quran bersempena dengan keputeraan Baginda rasul sebagai Nabi dan surah pertama yang diturunkan Al-Alaq melalui Malaikat Jibrail di Gua Hira. Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah manakala Al-Quran beerti bacaan atau himpunan. Semua orang tahu, AL-Quran adalah kitab mulia yang diturunkan kepada seluruh umat Islam. Allah s.w.t menekankan kepentingan membaca terutamanya membaca Al-Quran sebagai alat untuk membimbing kita hidup dengan aman dan sejahtera dan yang penting lagi sebagai panduan kita untuk menuju ke syurga. Dalam surah Al-Alaq kita semua telah diingatkan:

 

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan sekalian makhluk , ia menciptakan manusia dari  sebuku darah beku, bacalah dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan penulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

 

Allah menekankan lagi kepentingan Al-Quran untuk jadi BFF kita masa kita masih hidup dalam surah-surah yang lain. Dalam Al-Baqarah 185:

“ Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan, yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan menjelaskan petunjuk, dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah”.

 

Tapi sayang…tak ramai yang jadikan Al-Quran sebagai BFF mereka. Maybe ada yang solat, tapi yang baca Al-Quran secara konsisten? Anda sendiri bagaimana? Saya faham kadang-kadang kita terlalu sibuk..kerjalah, bisneslah,anaklah, kawanlah, jiranlah…macam-macam… kadang-kadang masa tu kejap je berlalu…pejam celik dan masuk next day…Dah solat cukup dah, Al-Quran taruh dekat almari sampai berhabuk..Jangan macam tu..berlatihlah untuk jadikan Al-Quran tu teman baik kita setiap hari…tiap hari kena spend masa untuk belek. Dalam Surah Al-Hasyr ayat 21:

“Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung nescaya engkau dapat melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan  takut kepada Allah. Dan perumpamaan –perumpamaan itu kami buat manusia supaya mereka berfikir.”

Nampak tak, gunung yang kita tengok tinggi, nak daki tu macam-macam halangan, nak sampai ke atas tu mengah…Kita boleh langgar gunung suka ati? Tak boleh kan? Berani pun tak kan? Cara pasal namanya nak lawan dengan gunung yang nampak sangat teguh tu… ramai orang rela pandang je, dakinya tak semua. Tapi gunung pun takut kepada Allah, kalau Allah turunkan Al-Quran ni pada gunung yang berdiri gah tu pun boleh runtuh sebab takut dengan Allah dan ayat-ayatnya, kita? Relax je buat Al-Quran tu jadi hiasan…Dasyat…Baginda s.a.w sendiri suruh kita belajar isi Al-Quran dengan pelajari ayat dan  penerangan mengenai ayat tersebut.Bukan tu je, kenala berusaha belajar sebutan dan makrajnya yang betul..takut-takut lain yang dibaca, lain maksudnya, lain pulak yang diserunya sampai nanti..hahaha..berikut adalah 5 sebab utama kenapa kita kena celebrate Hari Nuzul Al-Quran nih.

 

MENGEMBALIKAN KEHEBATAN AL-QURAN

Sedar atau tak sedar, Al-Quran ni adalah kitab yang paling hebat, paling lengkap compare dengan kitab-kitab Allah yang lain seperti Taurat, Injil dan Zabur. Kalau korang rasa buku yang korang beli dekat kedai buku tu best dan berinformasi…Al-Quran lagi best…lagi dasyat daripada ensiklopedia. Al-Quran ada menyebut sejarah lalu dunia, panduan terkini untuk kita yang tak lapuk ditelan zaman dalam menjalani rutin seharian dan yang paling ajaibnya, ada pelbagai prediction yang berlaku pada masa hadapan. Banyak penemuan saintifik kat merata dunia ni terlebih dahulu dah dimention dalam Al-Quran. Sebab tu ramai saintis yang bukan Islam kaji Al-Quran kerana rasa hairan dan kagum dan tup tup masuk Islam. Alhamdulillah. Jadi kita ni kenalah pakat-pakat baca Al-Quran…biar orang bukan Islam nampak betapa pentingnya Quran ni untuk kita, dan biar mereka tertanya-tanya ada apa dalam Al-Quran kita ni yang ramai sangat dok baca. Biar mereka pun rasa nak tengok, baca jugak..biar mereka tanya jugak..kot-kotlah dapat buat mereka dapat hidayah..pahalanya kita dapat sekali….Perghhhh….besar saham tu…tapi tula..kalau kita sendiri tak baca, orang tanya pun tak tahu apa..ingat Al-Fatihah sepatah je..camana nak bagi Al-Quran dan Islam nampak hebat? Macam mana awak?

 

MEMAJUKAN DIRI

Dalam Al-Quran dah ada semua jawapan yang kitadok cari untuk persoalan dan permasalahan kita…masalah kerja, masalah sikap, masalah emosi, masalah ibadah,masalah dengan orang, konflik hati dan kecelaruan jiwa..hehe…semuanya dah ada…Iqra’…. Bacalah dan hayatilah…terkadang tak semuanya terjawab secara direct tapi dengan membaca Al-Quran tu kita akan dapat ketenangan hati…bila hati tenang, kita pun dapat berfikir secara jelas apa yang kita patut buat. Bila baca Quran kita dapat mendidik diri kita untuk jadi lebih baik dan lebih lebih baik lagi. Bila kita faham ayat-ayat Allah, bila kita patuh pada ayat-ayatnya ibarat mendengar kata sang kekasih, Insha-Allah. Satu lagi, banyak kesilapan-kesilapan manusia yang terdahulu yang kita boleh teladani, belajarlah daripada kesilapan mereka, supaya kita tak termasuk dengan golongan yang rugi. Ramai orang sekarang berilmu tapi tidak beriman. Sebab apa? Sebab tak belajar daripada Tuhan, tak hadam ayat-ayat Al-Quran, sebab tu mudah tersesat jalan.

 

MENAMBAHKAN IBADAH

Besar pahala baca Al-Quran terutamannya time-time bulan posa ni… kalau dah ada yang baca dah sebelum ni baguslah, jadi hari ini banyakkan lagi bacaannya..kalau yang tak sempat lagi nak baca tu takpe, inilah harinya, pergi kat almari, buang habuk-habuk yang ada tu and startbaca harini…pahala dapat, rasa tenang dapat, dan kalau dihayati, keinsafan pun akan dapat…baca sepatah pun dapat pahala..kalau malas sangat awal-awal nak start ni Al-Fatihah dan baca 3 Qul pun jadilah…dah dapat pahal baca satu Al-Quran…nampak tak pemurahnya Allah pada kita…bagi point banyak nak masuk syurga, buat keja sikit je, point yang dapat bila shopping kat mall belum tentu dapat banyak macamni..lagi nak kena kumpul point lama-lama baru boleh claim reward yang tak sebesar mana.

MELEMBUTKAN HATI

Hati manusia ni berbolak balik, kejap macamni, kejap macamtu, kejap nak yang ni, kejap nak yang tu…iman pun begitu…kejap tinggi…solat tu bacanya panjang sikit, kadang rendah, solat pun ala kadar…ibadah pun macam tulah..macam mana nak improve setiap hari supaya tak terlajak hati kita jadi keras, hitam, dan kurang rasa berTUHAN, Al-Quran lah..tu yang Allah s.w.t pesan awal-awal…IQRA! IQRA! Baca,baca, dan teruslah membaca Al-Quran…dalam Al-Quran ada part yang Allah bagi nasihat, ada yang bagi amaran, ada yang Allah marah, ada yang Allah bagi ayat-ayat sayang. Cuba kenal pasti bahagian ayat-ayat ini dan tandakan…kalau kita sedih atau rasa down, bacalah bahagian yang menggembirakan kita..contoh ayat-ayat yang Tuhan sentiasa bersama dengan orang yang bersabar, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita walaupun kita rasa apa yang berlaku tu buruk…dengan membaca ayat-ayat ini, kita akan berasa tenang. Kalau rasa macam dah jauh sikit dengan Tuhan, solat pun dah lupa rakaat ke berapa? Bacalah bahagian ayat yang dimana Tuhan murka dan turunkan bala kepada umat yang terdahulu, Tuhan mengutuk sekeras-kerasnya pada hambanya yang lupa akan nikmat-nikmatnya..Ha! Bacalah ayat-ayat ni, bagi sentap sikit..bagi terus takut pada kekufuran…biar kita sentiasa berCHENTA dengan Tuhan…dengan sentiasa membaca ayat-ayat cintaNYA yang ada dalam AL-Quran.

 

MENGHAYATI SIRAH NABI

Allah cakap kalau nak mengasihi Dia, kena kasihi rasul…macam mana nak kasihi rasul kalau kisah hidup dia pun kita tak tahu? Nabi ada berapa orang? Rasul? Birthday Nabi Muhammad s.a.w bila? Kenalah sayang dengan Baginda kalau nak Allah sayang kita balik..Baginda yang banyak berjasa pada ummah….Baginda yang sayang kita dan ingat kita sampai saat beliau wafat. Baginda yang menangis mengenangkan nasib kita di akhirat kelak…walhal tak jumpa pun tapi beliau dah fikirkan nasib kita umat dia yang sampai akhir zaman ni. Dan kalau bukan sebab Baginda mintak kurangkan beban kita time Israk Mikraj, kita ni sehari kena solat berpuluh-puluh kali sehari TAU!!! Sempat ke Mak Jah? Yang solat 5 kali sehari pun, Subuh digajahkan, Zuhur ibarat nak Qasar dengan Asar…Magrib dekat Isyak…solat Isyak dah macam nak Tahajud…memang taklah kan…sayangilah Baginda, pelajari kisah hidupnya, tirulah akhlak dan amalannya.

 

Jadi, sempena Hari Nuzul Al-Quran, jom celebrate sesama. Saya faham mesti dah ada banyak plan kan..tidur terlajak sikit dah, nak shopping raya, nak riadah dengan family, nak settlekan dobi baju..macam-macam kan..yelah bukan selalu cuti ni. Takpe, da plan, buatlah..kalau dah ada yangbaca Al-Quran pagi tadi, tahniah! Boleh sambung lagi nanti…yang belum lagi takpe, nanti lepas solat asar, lepas berbuka tu , ajak the whole family mengaji sekali..baca terjemahannya.Harini dah boleh start revise balik sirah nabi yang maybe last kita dengar time sekolah dulu. Kalau dah beranak pinak, bolehlah buka Al-Quran dan tadabbur sirah nabi dengan anak-anak..menarik kisahnya. Al-Quran jangan lupa! jadikan BFF anda… bermula pada hari Nuzul Al-Quran ni. Sehelai at least satu muka surat, yang penting jangan tinggal.Selamat Beribadah!

 

Komen Anda?

Close
Top