5 Sikap Untuk Berjaya. Nombor #3 Orang Selalu FAIL

Bila kita cakap tentang dunia pekerjaan, semua orang memang tak nak kalah kan? Semua nak berjaya macam Dato itu, Tan Sri ini dan sebagainya tetapi kita kadang-kadang tu terlupa beberapa perkara penting dalam usaha untuk berjaya. Kealpaan kita menyebabkan hasil usaha menjadi sia-sia tanpa kita sedari. Di sini saya nak berkongsi tentang sikap yang perlu kita miliki untuk berjaya. Jom scroll!

1. Penjagaan Waktu Solat

Perkara paling utama sebagai seorang Muslim iaitu ibadah solat 5 waktu setiap hari. Solat adalah tiang seri bagi segala urusan. Sebagai contoh, jika kita mahu ke gerbang kejayaan, maka solat adalah kuncinya. Dalam seruan azan juga memperdengarkan bahawa jika kita mahu berjaya, kita perlu solat. “Sibuk la…”, “Stress la…”. Alasan-alasan cliché macam ni dah basi la. Apa kata anda ambil wuduk dan bersujud kepadaNya. Saya beri jaminan 100% yang stress yang anda alami akan hilang. Kalau tak hilang, anda boleh potong jari saya. Lepas tu jangan tanya kenapa saya berhenti menulis. Eh dah masuk waktu apa sekarang? Jom!

2. Bersedia Untuk Meneroka Ilmu Baru

Memang sudah lumrah manusia, ada yang dilahirkan dengan kehebatan teoritikal dan ada juga yang lebih cenderung kepada aspek praktikal. Tidak kisah kita berada dalam kelompok yang mana, yang penting semangat untuk meneroka ilmu baru perlu ada. Dalam hidup ni, kita tidak boleh segan untuk menuntut ilmu daripada mereka yang lebih tahu. Kalau kita bersikap bodoh sombong, percayalah yang kita tak akan pergi jauh. Saya sendiri banyak belajar dari pakar-pakar sama ada dalam industri hiburan mahupun perniagaan.

3. Pemakanan Sihat

Anda makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Pemakanan memang sangat penting. Sebab apa? Kalau kita terlebih makan, mesti kita rasa mengantuk kan? Kalau kita kurang makan pula, mesti rasa letih je badan…lepas tu mula lah beri alasan bertali-tali dan kerja jadi tidak berkualiti. Bila hasil kerja kita tidak berkualiti, macam mana nak berjaya? Nampak tak permainannya di situ? Secara ringkas, ianya adalah chain reaction. So, instead of empat pinggan nasi lemak semasa sarapan pagi, apa kata anda makan anything yang tinggi kandungan serat. Kenyang kot.

4. Kekal Positif

Saya seorang yang sangat simple dan bagi saya, benih-benih sikap positif dalam diri perlu ditanam seawal yang mungkin supaya bercambah mekar harum semerbak bak bunga sundal malam. Kenapa sikap positif ini penting? Analoginya sangat mudah. Kalau kereta anda rosak di lebuh raya, anda nak merungut dekat Facebook, Twitter dan Instagram atau anda nak call kawan-kawan dan peronda PLUS untuk minta pertolongan? Tepuk dada, aduii sakitnya tuh di sini. Secara ringkasnya, kita kena positif dengan kepercayaan bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Senang kan kesimpulannya?

5. Hormat Orang Lain

Secara peribadi, saya percaya bahawa respect is something that you get in return. Sehebat mana pun kita, kita mesti ingat bahawa ada lagi yang lebih hebat daripada kita. Meskipun kita berjawatan lebih tinggi, kita mesti hormat orang bawahan kita kerana dimataNya, kita adalah sama. Jadi, tak perlu rasanya nak meninggi diri dan sebagainya. Antara kelebihan menghormati orang lain semasa bekerja misalnya, environment bekerja akan jadi lebih seronok dan disenangi, seterusnya keadaan akan jadi lebih kondusif dan ceria. Kualiti dan produktiviti semestinya akan menjadi lebih tinggi.

Rasa inspired tak? Jangan rasa menyampah sudah la. Sebagai janji, saya akan kongsi lebih banyak tips untuk berjaya khususnya dalam dunia perniagaan dengan harapan kita semua akan peroleh kejayaan dan kekayaan nikmat dunia yang dirahmati olehNya, insyaAllah. Jadi, make sure anda semua berkunjung ke website ni selalu la.

Komen Anda?

Close
Top