5 TEKNIK “SAVE MONEY, ENJOY YOUR LIFE”

Mesti selalu kita  dengar kawan – kawan kita, tak pun kita sendiri mengeluh bila hujung bulan je  duit dah habis.. hanya tunggu gaji nak masuk je hujung bulan. Kalau anda pun ada masalah macamni, konfem anda pun impikan jalan keluar dari isu ni. Lebih – lebih  lagi jika gaji anda dalam kategori rendah.

6 teknik ohsem “Save Money, Enjoy Your Life” ni saya akan sharekan kat anda semua dan khususnya  untuk individu yang bergaji rendah anda wajib baca dan aplikasikan kesemua teknik ni taw.! Harap anda boleh amalkan sebanyak mungkin dan berdisiplin. Semoga rezeki anda menjadi lebih berkat.!

 

#1- HAPUSKAN HUTANG JAHAT DULU

kad-kredit_pahaikan

Kira berapa banyak anda telah habiskan duit untuk bayar hutang. Anda akan rasa menghapuskan hutang  adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk  dapatkan duit lebih untuk disimpan.

Bila anda tak gunakan duit untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana tak perlu lagi fikir pasal hutang.

Anda hanya perlu fikir tentang menyimpan sahaja, ataupun melabur. Kalau dah tahu banyak hutang jangan la pulak nak tambah lagi, eh..bukan senang taw nak langsaikan kesemua hutang yang kita ada.

#2 – TETAPKAN MATLAMAT ANDA

Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?

Jika anda ingin membeli rumah, tentukan berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.
Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.

Anda harus memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja. Selain itu, perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu mencapai matlamat tersebut.

Bila anda sudah ada duit lebih, boleh laburkan duit tersebut tapi kena ingat cari ilmu dahulu sebelum melabur kalau tak tersontot seperti skim cepat kaya dan juga MLM. Habeslaa nakk.. menyesal tak sudah..

#3- SIMPAN REKOD PERBELANJAAN

xz-Cash-Flow.jpg.pagespeed.ic.Ue9PVVf4z_

Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit antaranya, berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan. Tulis perbelanjaan untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.

Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain. Simpan satu nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon pintar). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan.

Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan ke dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel.

Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Store untuk membantu menjejaki perbelanjaan anda. Ataupun, kita boleh rekod dalam buku sahaja supaya setiap duit keluar masuk tersebut.

#4 – BUAT JANGKA MASA UNTUK MENYIMPAN

Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”

Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu. Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu boleh capai objektif anda.

Jika matlamat yang ditentukan itu tidak boleh dicapai, anda mungkin akan merasa kecewa. Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan dan setiap tahun.

Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.

#5 – JANGAN MUDAH KECEWA DAN BERPUTUS ASA

Anda mungkin tidak fikir anda boleh menjadi kaya. Untuk menjadi jutawan pula adalah mustahil. Tapi bayangkan, sedikit demi sedikit anda menyimpan.

Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama, perubahan mula berlaku. Sehinggalah pada satu hari anda akan berasa gembira kerana anda menjadikan menabung itu sebahagian daripada hidup anda.

Jadikan tabiat menyimpan sebagai hobi anda dan akan seronok bila tengok duit makin bertambah dalam simpanan. Tetapi ingat jangan sampai kedekut sampai takut nak bersedekah, sebab sedekah itu adalah pembuka pintu rezeki kita. Islam pun cakap kalau nak kaya dan banyak duit perbanyakkan bersedekah.

 

p/s: Kepada yang berminat nak “Bongkar  Rahsia Buat Bisnes Meletup – letup,saya dan team saya akan mengadakan jelajah seminar “Start Your Business” di Kedah, Kelantan, Johor dan Sabah bermula bulan Ogos ini. Kepada yang berminat boleh layari link website di bawah untuk maklumat lanjut.

http://fizoomar.com/seminarsyb2016

Komen Anda?

Close
Top