5 TIP JIMAT MINYAK BY FIZO OMAR

Assalamualaikum,

Hi semua ! apa khabar?,harini saya scroll – scroll facebook penuh timeline  berkenaan  tentang isu kenaikan harga minyak. Dh jd mcm satu soalan wajib je bila tiba setiap hujung bulan, selain bila gaji masuk.. soalan wajib hujung bulan, “eh, berapa harga minyak bulan depan eh?’.

Apa jua kesannya, pasti kita perlu tahu jugakan macammana kaedah untuk berjimat dari segi perbelanjaan dari mengamuk sampai berasap kt media social, tak berubah pun harga minyak lepas mengamuk pun.

Ada baiknya kita cuba tips jimat minyak.  Nampak macam klise kan? Haha sebenarnya tak, korang kene ikut tip ni, kalau betul – betul nak jimatkan penggunaan minyak kenderaan korang tu. saya dah cuba ! serious sangat berkesan. Haaa… dari kita mengamuk sampai nk berasap FB & whatsap.. Jom kita ikut tip – tip di bawah.

 

# 1. TIP JIMAT DARI SEGI KENDERAAN  “PILIH KENDERAAN ECO DRIVING”

Untuk tip pemilihan pembelian kenderaan, bagi korang yang baru survey – survey nak beli kereta tu bolehlah cari kereta yang rendah sisi, & tahap pengunaan minyak. Macamana nak tahu kereta tu jimat minyak ? bukan semua kereta sama je ke guna minyak?

Ha, soalan yang bagus.

Tip pemilihan kereta, korang boleh pilih kereta yang menggunakan  Eco Power compressor atau EPC

Apa itu eco power?

Eco power adalah satu penemuan baru berteknologi mudah, murah dan berkesan. Ianya dicipta semata-mata untuk penggunaan bahanapi yang lebih ekonomi dan praktikal untuk semua jenis jentera berenjin yang menggunakan bahanapi khususnya petrol, diesel dan gas. Teknologi ini dimajukan dari prinsip asas saintifik yang dikenali sebagai “magnetic spintronics”. Revolusi ciptaan yang mengkagumkan terhasil dari teknologi ini boleh meningkatkan struktur molekul-molekul yang terdapat didalam bahanapi lantas menghasilkan pembakaran yang lebih efisyen dan sempurna. Sekaligus dapat mengurangkan penggunaan minyak anda.

Haa, bagi mereka yang sudah membeli kereta yang tiada penggunaan Eco ni, jangan risau, jangan panic bila minyak naik harga. Korang boleh gunakan penjimatan minyak melalui tip seterusnya

 

# 2 TIP JIMAT MINYAK “ISI MINYAK PADA WAKTU PAGI”

Dari segi pengisian minyak pula, mesti ramai yang sedang membuat ekperimen station minyak mana yang lebih power dan tahan lama kan. Haaa tip tu boleh juga di gunakan, tapi yang penting dan berkesan adalah :

Isi minyak pada waktu pagi sangat berkesan kerana Minyak adalah cecair dan ia boleh bertukar menjadi wap ketika waktu panas. Jika anda perasan, kita akan nampak ketara minyak meruap dan bau minyak yang kuat ketika di isi pada waktu panas berbanding waktu sejuk.

Jika terpaksa isi minyak ketika waktu panas

Jangan buka penutup minyak terlalu awal walaupun atendan pam suruh anda buka juga penutup itu. Pergilah lakukan pembayaran di kaunter minyak dahulu. Kemudian baru buka penutup minyak itu dan isi minyak..

 

#3 TIP JIMAT MINYAK “ PANASKAN ENJIN SEBELUM MULAKAN PERJALANAN”

Untuk  kekalkan penjimatan pengunaan bahan api kenderaan anda, anda hannya perlu ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.

 

#4 TIP JIMAT MINYAK “BAWA KENDERAAN DENGAN KELAJUAN SEDERHANA DAN KONSISTEN

kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j. Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman. Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:

100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%

105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%

110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%

 

#5  TIP JIMAT MINYAK “RANCANG PERJALANAN ANDA, GUNAKAN GPS ATAU WAZE”

Untuk mengelakkan penggunaan bahan api yang banyak, korang boleh rancang perjalanan sebelum ke satu destinasi. Sebaiknya kalau taknak sesat jangan segan silu menggunakan teknologi waze dan GPS untuk memastikan perjalanan anda selamat sampai ke destinasi.

 

P/S

Korangpun mesti banyak tips untuk jimatkan minyak kan? Haa.. cuba kongsi-kongsi tips jimat minyak korang, manalah tau, blh jimat lagi. Share tips nya ya.

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top