5 TIP MUDAH UNTUK TAHU GAJI ANDA CUKUP ATAU TIDAK

Assalamualaikum Hai semua…

Bila sebut pasal gaji je, mesti semua berkira – kira setiap bulan samada gaji cukup ke tidak sampai hujung bulan. Yelah mana taknya setiap bulan perlu membayar pelbagai hutang  utiliti, hutang kereta, hutang peribadi dan pelbagai lagi.

Sebab itulah ramai di kalangan kita mengambil insiatif untuk menambah pendapatan di samping mempunyai pendapatan yang tetap.

Anda pernah semak tak, samada gaji anda cukup atau tidak sebenarnya? Nak tahu bagaimana cara untuk mengetahui gaji anda cukup atau tidak? Jom ikuti langkah mudah ini.

#1 Jumlah simpanan

Gaji yang diterima bukan sahaja perlu digunakan untuk perbelanjaan harian anda tetapi juga perlu disimpan. Sebahagian gaji pada hari ini perlu diasingkan untuk kegunaan pada masa akan datang atau ketika waktu kecemasan.

Adakah dengan gaji yang diterima setiap bulan masih cukup untuk lakukan simpanan? Jika jawapan anda adalah ‘YA’, gaji anda sudah mencukupi. Tetapi jika anda gagal membuat simpanan dengan gaji anda sekarang, ini menunjukkan gaji anda sebenarnya tidak mencukupi.

#2 Terpaksa meminjam

Pernah tak anda ingin beli sesuatu tetapi terpaksa meminjam duit orang lain? Jika keadaan seperti ini berlaku, gaji anda memang tidak cukup.

“Jangan biasakan diri anda dengan sikap suka meminjam”

Kes seperti ini biasanya berlaku kepada individu yang sudah mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang tinggi seperti keluarga dan hutang.


#3 Tiada duit untuk ibu bapa

Berapa banyak anda mampu beri kepada ibu bapa anda setiap bulan? Jumlah tersebut juga akan menentukan sama ada gaji anda cukup atau tidak.

Jika masih gagal untuk beri kepada mereka setiap bulan, ini menunjukkan gaji anda tidak cukup dan pengurusan kewangan peribadi anda mungkin sedang mengalami masalah.

#4 Gagal tambah aset

Sudah kerja lima (5) tahun tapi masih sukar beli rumah? Hanya ada dua sebab utama sahaja iaitu:

1. Tiada simpanan untuk deposit rumah
2. Komitmen atau hutang sedia ada sudah tinggi.

Dua punca utama di atas juga menunjukkan gaji semasa anda adalah rendah dan tidak selari dengan perbelanjaan serta hutang semasa.

#5 Gagal tambah perlindungan


Salah satu elemen penting yang sering dilupakan adalah perlindungan diri. Kegagalan mendapakan pelan perlindungan menunjukkan gaji semasa masih lagi rendah.

Tujuan perlindungan adalah untuk melindungi semua pendapatan, simpanan dan juga aset anda. Kegagalan mendapatkan perlindungan ini akan menyebabkan anda hidup dalam keadaan yang berisiko tinggi.

Mudah kan ? anda boleh cuba tip ini sekarang ! Jom kita tengok gaji kita cukup tak setiap bulan. Mana – mana yang tak cukup tu, saya sarankan buatlah “side income” , zaman sekarang “scroll – scroll facebook” je dapat duit. Tak percaya?

Jom sertai kami di Seminar Start Your Business di Universiti Malaysia Kelantan pada 5 Ogos 2017. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jumpa di sana.

Komen Anda?

Close
Top