5P CARA FOC

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Alhamdulillah FOC nak share sikit, moga bermanfaat, the epic of 5p’s

the epic of 5ps

the epic of 5ps

 

  1. PRODUCT 

Dalam memulakan mana-mana perniagaan, semestinya kita akan tanya diri kita;-

  • Aku nk jual apa ek?
  • Jenis produk macamana?
  • Jual produk orang boleh tak?
  • Eh, ke nak buat servis je

Jadi kenalpasti dululah, apa yg kita nk jual.. produk ke, service ke.. nk buat sendiri ke, nk jual orang punya produk.

Kami sentiasa percaya dalam satu tip HEBAT rakan-rakan jutawan yg selalu dikongsikan dimana-mana seminar yang kami anjurkan, mahupun dalam personal coaching.

SELESAIKAN MASALAH ORANG.. dan bukan sekadar ikut apa yang orang lain jual..

Tak caya? Tahu tak macamana tercetusnya jubah sado? Sbb ada ramai abam2 sado teringin nk bergaya dgn jubah, tapi sarung separuh jalan, baru takat dada, dh tak muat, lengan sendat.. tak ke masalah tu.. ha.. dapat idea dah? Bagus..

 

  1. PRICE

Serba salahkan bila cakap pasal harga ni. sebab banyak perkara kena dipertimbangkan. harga pasaran, margin, demand & supply.  Maka, perkara yg boleh membantu ialah, sila buat costing.

Kos bahan mentah, packaging, gaji pekerja, komisyen agent, kos pensijilan, kos R&D, kos pengangkutan, dan yang selalu kita terlepas.. kos pemasaran. semua ni mesti diletakkan dalam kira-kira.

Ada yg jenis ikut je harga pesaing.. tp kene ingat, ada pesaing dah lama berada dipasaran, production diorang dah cecah sifat economy of scale. Kos seunit diorg tak sama dgn kita dik.

Ada yg dah siap-siap buat produk sendiri, rupanya kos pemasaran online-offline, nak engage model, photoshoot takde dalam bajet. Kesudahannya, gambar ala kadar je kt IG, kt FB.. fuuuuh, gambar penting, kita cuma ada maksimum 15 second of 1st impression tau.

Then, baru kita patah balik dari total kos tu, utk kira kos seunit. brp minimum sales kita kene buat pada harga seunit produk kita.. maka wujudlah sales target disitu.

Harga pun kita boleh set, ikut pakej.. ada kaitan dgn promosi juga, saling berkait.

Boleh buat harga kombo, blh buat harga set percubaan, set harga belian atas belian, etc.

 

  1. PROMOTION

LELONG! LELONG! JUALAN BERSIH GUDANG. Musim nak raya selalu adakan. Ini namanya har

salah satu kaedah promosi

salah satu kaedah promosi

d sell promo.

 

Ada mcm2 medium promosi sbnrnya.. billboard, tv, radio, majalah, paper, flyers. Ada yg online mcm FB, IG, blog, website, email marketing.. ya ALLAH zaman serba maju ni, macam2.

Maka kita boleh pilih ikut bajet atau peruntukan promosi.. setiap medium ada objektif masing masing. Nak branding ke, nak attract agent ke, atau terus untuk drive the sales.

Kalau bisnes kita baru nak merangkak, kita gunakan medium online, kene rajin belajar FBads misalannya, atau buat product review dgn celebrity atau influencer yg fanbase dia ada purchasing power. Boleh check tau sebenarnya..

Kaedah flyers masih boleh digunakan, tapi kesannya… kurang. Lagipun banyak yg dibuang dicampak ke longkang, kadang sakit hati juga kan. Kita hulur flyers, tgk pun tidak, pummm ke longkang. So, pilihlah sebaiknya ikut kemampuan dan keberkesanannya

 

p/s : korang pernah dgr kan Channel spend 33 juta USD, featuring Nicole kidman dlm iklan 2 minit pada tahun 2004.. pergghhhh!!.

 

  1. PLACE

Tempat ni pun satu isu penting. LOGISTIK kene ngam-ho!.

Termasuk office kita kat mana, supplier kita kat mana, kilang kita kat mana, outlet kita kat mana, central kitchen kat mana, gudang kita kat mana, customer base kita.. banyak kat mana..

Setiap tambahan jarak adalah tambahan kos. Setiap lokasi punyai harga sewaan yg berbeza.

Lokasi juga perlu sesuai dgn jenis produk / servis kita. Misalnya.. kita nk run SPA, yg memerlukan ramai potensi customer utk walk in. Soalannya berbunyi… parking senang ke payah? Dekat dgn public transport tak? Dari tepi jalan org boleh nampak tak SPA kita tu? Dh lock location map tak dalam Google Map? emm.. mcm tu.

Jadi lokasi outlet SPA mestilah dekat-dekat dgn kedai kesukaan wanita mcm kedai emas ke.. shopping mall ke.. dkt area pejabat2 ke.

Dulu masa keje dgn boss cina, cukup jaga feng-sui.. pintu masuk mengadap mana, pintu tandas mengadap mana, depan office ada apa.. ‘penting woo’ katanya.

 

  1. PEOPLE

Yang ini factor penting juga.. Cuma disini saya nak focus Quality instead of Quantity team. customer, kita share lain ya.

Untuk team kita, pilihan orang yg sekeliling perlu seiring dgn objektif bisnes kita.

Selalunya dlm sebuah organisasi, cabaran terhebat adalah ‘people @ manpower management’. Semestinya kita perlukan yg cekap, pantas, pekerja yg ramai.. tapi eleman yg paling.. paliiiiiing perlu diutamakan adalah integriti. (DBD kata, integrity adalah kejujuran & ketelusan)

Ramai yg inginkan operasinya auto-pilot. Tinggal pejabat pun, bisnes jalan.. Sebab, ada team yg blh kita letakkan harapan & kepercayaan utk laksanakan tanggungjawab. Bukan time depan kita, sibuk bukan main, kita lepa je.. tersengih sorang2, scroll FB, usha IG, sampai kerja office pun terbengkalai, customer pun dia layan ala kadar, nak response utk PM pun nak kene remind. Stock selalu hilang, duit sales short. tu tak lagi masalah disiplin, staff come & go. Ini antara keluhan client FOC.

Yes, mmg tiada yg sempurna, tapi kene mula dgn diri kita dulu. Act as a leader, not a boss.  Ilmu yg kita ada, kene share. Replicate the dream team. Kita bukan Superman, boleh buat semua benda sorang2.

Kami percaya, dalam satu hukum alam, yg mana seiring dgn objektif syarikat akan stay, yg mana tidak, ALLAH akan takdirkan kita atau mereka.. tidak akan ditakdirkan bersama. So, head up.. business must go on.

 

Alrite, keep on berkongsi rezeki, kerana rezeki Allah luas, dan rezeki bukan semestinya dtg dalam betuk wang ringgit. Ketenangan, kegembiraan, kesihatan tu semua rezeki dalam bentuk yg berbeza.

Alhamdulillah, moga Allah lipatgandakan rezeki kita semua. Amiin.

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top