6 STRATEGI EFEKTIF ‘CUSTOMER ENGAGEMENT’

Assalamualaikum, apa khabar? Haritu saya dah share pasal kategori customer yang engaged dengan anda. Harini saya nak share pula 6 Strategi Efektif untuk bina ‘Customer Engagement’ melalui media sosial. Ramai orang salah faham kadang-kadang, ingat orang meniaga barang online je kena guna media sosial, orang yang jual baju, tudung, kosmetik, pos-pos ni je yang perlu aktif kat FB,IG,Twitter dan lain-lain untuk buat sales laku keras. Salah tanggapan tu, jual pape pun kalau customer ni orang setempat je pun takpe, boleh guna media sosial untuk bina customer engagement dengan pelanggan kita baik yang sedia ada atau yang ada potential untuk jadi pelanggan baru. Bagusnya kalau kita guna media sosial ni, selain tambah customer, kita boleh maintain customer yang sedia ada dan buat mereka repeat order. Bila customer engaged dengan kita, kita boleh selalu upgrade bisnes kita, improve from time to time. Macam mana? Dengan tengok respon diorang, suka ke tak? Tengok feedback dorang camana? OK ke tak? Apa yang perlu tambah dan kurang, maybe juga mereka ini yang akan bagi inspirasi idea kepada anda untuk produk/servis baru.  Kenapa perlu guna media sosial dalam bisnes? Sebab orang dah ramai guna media sosial dengan meluas tambah-tambah generasi Millennial atau Gen Y. Nak tak nak, dorang ni yang akan jadi suspek, prospek, dan regular pelanggan kita. Dengan customer engagement, kita bukan sahaja ada regular customer tapi kita ada loyal customer.

Yang baguihnya pasal build customer engagement guna media sosial dia, kos dia murah. Kalau pakai billboard, iklan dalam surat khabar, radio, tv semua tu mahal. Kalau dekat surat khabar je, iklan satu muka surat tu pun dekat RM 15,000 sekali cetak, iklan dekat lain apatah lagi. Berapalah sangat kos guna media sosial? Daftar pun free je…Cuma spend berapa je kalau nak buat FB Ads, tu pun terpulang kepada bajet yang kita tentukan sendiri. Yang sangat teramat bagus kalau guna media sosial ialah, sekecik-kecik mana yang bisnes kita buat tapi kita boleh berniaga seluas-luasnya guna media sosial tak kira sempadan tak kira waktu. From glokal to global. Kadang-kadang sebab media sosial walaupun bisnes kita kecik tapi boleh buat untung lagi besar daripada bisnes atau company besar. Jangan wat main. Antaranya ialah:

2

CUSTOMER SERVICE

Buat survey, tengok mana media sosial yang mana yang banyak customer kita guna. If kita nak buka semua akaun or page dekat FB ke, IG ke, Twitter ke, boleh je tapi kena tengok jugak sempat ke tak kita memantaunya? Tak guna kalau banyak akaun media sosial tapi sunyi, sepi, sendu macam takde function. Peranan media sosial ni as our customer service counter. Kat situla nak jawab sebarang pertanyaan, nak tengok feedback customer lepas pakai produk atau servis, nak buat announcement dan macam-macam lagi. Ni adalah cara engagement terbaik. Jangan tunggu je dorang like, komen, bagi feedback tapi korang pun boleh buat benda yang sama. Like komen diorang, reply, bagi respon yang positif dan tolong bagi explanation kalau perlu. Tak kisah la komen positif ke negative ke tapi kalau customer servis layan kita elok-elok, pandai deal, mana-mana pelanggan mengamuk pun boleh sejuk balik kan. Konsep customer servis ni kita kena apply dalam media sosial.

6

CONTENT MARKETING

Salah satu strategi media sosial terbesar adalah content marketing. Kita akan jadi sumber maklumat bagi customer kita. Macam mana? Sediakan input-input yang menarik untuk mereka yang relate dengan produk dan boleh tambah value produk di mata customer. Contoh, kalau kita jual produk kecantikan yang guna bahan macam lemon, tulislah atau cari input berkenaan kebaikan lemon dan share dengan customer anda. Sambil tu selit-selit lah gambar produk anda tapi jangan obvious sangat dan nampak sangat self-promote produk sendiri. Kadang-kadang lepas baca tu, letak gambar sekeping produk kita, terus orang google tu produk apa? Nak dapat camana? Harga berapa?

4

RECYCLE CONTENT

Contoh kalau kita dah post atau share any information daripada blog, website, artikel, atau post-post kat FB, kita boleh recycle balik, tak semestinya re-post balik tapi maybe boleh cut and paste mana-mana ayat kita sebelum ni buat jadi quote atau kata-kata hikmah letak dekat Twitter ke or edit sikit letak atas gambar post kat IG.  Jangan lupa guna Pinterest, nanti sape-sape pun tengok gambar tu, ia akan link ke media sosial kita. So, kita akan dapat engagement baru dan at the same time post-post kita maybe akan jadi sumber motivasi orang. Jangan lupa letak logo syarikat dekat gambar atau hashtag. Guna hashtag yang unik, senang orang nak ingat, relevan tapi catchy.

GOOGLE ALERT

Kadang-kadang kita sibuk, komitmen dengan bisnes lagi, komitmen dengan family lagi, so, kita sendiri tak sempat nak update dengan perkembangan semasa, tak sempat nak update ilmu. Mungkin kita akan terlepas pandang dengan trend semasa, trend bisnes terbaru dan lain-lain. Bila guna google alert, kita tidak akan terlepas daripada dapat update-update baru  daripada idola anda, daripada sifu anda, atau mana-mana website yang anda rasa bagus dan menarik. Bila anda rasa bahan bacaan yang anda dapat tu  boleh bantu anda dan orang lain, sharela melalui link-link media sosial anda. Kadang-kadang boleh recycle, olah balik, contoh kita ada baca 5 artikel teknik marketing yang menarik. Buat rumusan daripada kelima-lima artikel ni dan kemudian post, jangan lupa providekan link kesemua artikel ini untuk follower anda baca lebih lanjut. Bila diorang rasa media sosial anda menarik dan bermanfaat, mereka dengan sendirinya akan update dengan movement kita setiap hari. Ini bagus untuk branding produk anda dan anda sendiri sebagai usahawan.

 LINKEDIN

Dah ada belum akaun ni? Bagusnya LinkedIn ni bukan setakat bina network, tambah kenalan, tapi sekarang boleh publish dan post jugak dekat sini. Jadi, share je apa-apa yang berguna, bermanfaat yang buatkan anda dikenali oleh usahawan lain dan mereka akan cari anda sebab kepakaran anda dan peluang bisnes mungkin akan terbuka pada bila-bila masa sebab sesama usahawan pun boleh berniaga, pass-pass tender, kontrak dan sebagainya. Jadi, customer engagement bukan shaja dengan customer tapi dengan entrepreneur lain gak.

5

 VIDEO

Youtube adalah platform terbaik nak customer engagement dengan customer. Kalau tanya, rata-rata suka tengok video daripada spend masa baca artikel setiap hari. Rajin-rajinkanlah post perkara yang bermanfaat dan memberi input baru kepada follower. Kadang-kadang kalau selit dengan entertainment pun bagus jugak. Jangan selalu post video pasal produk je. Kena selang- seli dengan video lain juga yang ada value, yang boleh jadi sumber inspirasi dan motivasi orang ramai. Kalau tak mampu buat sendiri video tersebut, cari video yang dah banyak views dan likes dan share dekat media sosial kita. Orang akan komen, like dan sebagainya dan tak rasa bosan dengan anda. Secara automatiknya mereka pun akan sering update dan follow produk dan servis kita. Inilah customer engagement yang kita mahu.

1

Ingat! Apa-apa pun yang kita buat untuk bina customer engagement, kita kena faham yang ia patut jadi komunikasi dua hala, macam konsep customer servis. Kita tak boleh post apa-apa sesuka hati dan biar je dia berabuk. Kena fikirkan kesan dia, customer suka ke tak, kena ada komunikasi dengan mereka, kena respon, kena galakkan mereka untuk bagi feedback. Fikirkan caption-caption yang menarik dan sesuai. Engagement bermaksud connecting, bukan sahaja connecting bisnes kita dengan customer, tapi connecting dengan satu komuniti yang akan sentiasa bertambah. Bina perhubungan yang baik melalui media sosial dan anda boleh selesaikan hampir separuh cabaran dalam bisnes anda dengan kos yang sangat murah.

Komen Anda?

Close
Top