6 TIP PASANGAN SUAMI ISTERI JADI BISNES PARTNER!

Saya tahu ramai abang-abang, kakak-kakak, kat luar sana yang tak sabar-sabar nak berbisnes walaupun dah bekerja. Cuma apa yang menghalang, kadang-kadang sebab modal, sebab masa, tenaga, komitmen, macam-macam lah. Yang saya heran, masa bujang berangan sakan nak buka bisnes tapi bila dah kahwin senyap terus. Aik? Kenapa macam tu? Bila dah berkeluarga, kenapa impian nak berbisnes tu hilang terus? Tak pun dok simpan kedap je dalam lubuk hati.. Masalahnya bila pasangan kita tak minat nak buat bisnes macam kita. Ha!! Itulah puncanya yang selalu jadi dilema orang dah berkahwin tapi nak berbisnes ni.. Betul tak?

Memang bila dah kahwin, sedikit-sebanyak kita kena membiasakan diri dengan hidup berdua, angan-angan, impian, cita-cita tu semua bila bujang dulu memang nampak best tapi bila dah kahwin tak semuanya boleh dikongsi bersama. Sama ada boleh diteruskan dan direalisasikan bersama terpulang pada sejauh mana pasangan hidup kita boleh bertolak ansur. Yang menjadi masalah bagi kita yang berkobar-kobar nak buka bisnes dan jadi kaya berkoyan-koyan ni adalah sebab pasangan kita tak berapa nak support kita, yelah, bukan semua minat nak berbisnes. Memang susah kalau nak buat sesuatu tapi tak dapat sokongan dari orang yang tersayang. Jadi, saya nak kongsikan beberapa tip macam mana  nak galakkan life partner anda jadi business partner forever? Menarik tak? Kalau saya dan pasangan saya boleh buat, anda juga boleh begitu.

5

1.Listen! Listen!: Perkara pertama kena buat sebelum nak ajak husband atau wife anda berbisnes, anda kena kenal pasti dulu sejauh mana dia minat nak buka bisnes (lagi bagus kalau amek tahu sebelum kahwin,hehe). Kalau dia tak minat bisnes, cuba amek tau kenapa dia tak minat nak join bisnes? Mungkin dia tak suka jumpa orang, mungkin dia pemalu, mungkin dia kata tu sume renyah. Ambil tahu apa yang membuatkan dia tak minat nak berbisnes akan tolong anda untuk plan cara terbaik nak galakkan dia berubah pandangan untuk start bisnes sesama.

6

2.Scan kelebihan pasangan: Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Scan semua kelebihan dan kekuatan yang dia ada yang mungkin sama atau berbeza dengan kita. Semua kelebihan yang dia ada, jadikan sebagai alasan yang kuat untuk pujuk dia mula berbisnes dengan anda. Sebagai contoh, mungkin dia tak minat bisnes, tapi dia minat dan pandai melukis, atau membaiki peralatan, atau seorang yang sangat terperinci dengan kebersihan dan kekemasan, Jadi, guna peluang ini untuk motivate life partner anda jadi business partner. Senang nak buat kerja kalau minat tu ada, tak payah nak paksa-paksa dah.

 

3.Semangat berpasukan dalam berpasangan: Untuk pastikan bisnes yang kita plan dapat jadi realiti bukan fantasi, kita kena faham dalam bisnes mesti ada selalu percanggahan dalam idea, ada banyak konflik bila nak buat keputusan Takpe, jangan risau, biasalah tu, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perkara penting yang korang berdua kena faham, buat bisnes bukanlah perkara senang. Penting untuk business couple tahu macam mana nak sokong each other during ups and downs supaya kita tak mudah give up waktu kritikal.

3

4.Divide and Conquer: Konsep ni sangat penting bagi pasangan yang nak berbisnes. Sebagai business couple, tak semestinya kita perlu berdamping 24 jam untuk lakukan semua urusan bersama. Bahagikan peranan kita secara efektif berdasarkan kelebihan masing-masing. Ambil contoh pasangan yang buat servis mencuci dan mengemas rumah, mungkin si isterinya pakar dalam hal pembersihan, jadi segala prosedur atau S.O.P, bahan pencuci apa yang perlu diguna, teknik cucian, tempoh pembersihan dan segalanya yang berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan biarlah si isteri yang handle, si suami boleh handle bahagian financial, marketing, promotion, monitor media social, cari pelanggan ( tang yang marketing ni nak jadi expert kena datang next seminar saya J ). Bila dua-dua ada roles sendiri dalam bisnes baru rasa best, takla rasa boring dan rasa macam tak menyumbang apa-apa, betul tak?

7

5.Trust each other: Trust part ni penting ye hakak-hakak, abam-abam… kalau takde trust, takyah nak citer banyak, takyah nak berangan tinggi sangat. Rasa percaya penting untuk pastikan bisnes dan perhubungan berjalan lancar. Macam mana kalau nak expand bisnes kalau asyik dok jeles memanjang, asyik nak bersangka buruk all the time. Masing-masing kena saling percaya, pasangkan niat untuk cari rezeki untuk kebahagiaan dan kepuasan bersama-sama. bersama untuk kebahagiaan dan kepuasan diri sendiri dan bersama pasangan. Jangan pulak bila pasangan dah bagi green light, trust anda gila-gila, anda ambil kesempatan pulak. Niat untuk expand branch bisnes banyak-banyak bukan expand branch skandal banyak-banyak tau!

 

6.Be prepared! : Buat bisnes bukan senang. Ada banyak ujian dan liku-liku cabaran. Kalau dah betul nak ajak life partner jadi business partner, pastikan kita berdua faham betul-betul pilihan yang kita ambil ni. Jangan terburu-buru paksa pasangan turutkan minat kita. Pastikan kita bantu dia untuk prepare nak redah arus pasang surut dunia meniaga. Kena tahu cara handle dan  balance kehidupan sebagai life partner dan business partner. Sama ada hidup teratur atau pun jadi tak teratur, tu semua bergantung pada bagaimana anda dan pasangan nak handle roles masing-masing dalam business dan family. Selalu berbincang bersama pasangan dan bersikap terbuka. Kalau niatnya itu didahulukan pada keredhaan Tuhan, kebahagiaan dan kejayaan pasti milik anda dan pasangan.

Itu sahaja perkongsian saya kali ini. Banyak lagi tip-tip bisnes yang saya nak kongsi bersama anda tetapi tak tau lah korang nak tahu ke tak? If nak lagi dan lagi jangan lupa like dan share artikel ni, nak tag pasangan masing-masing pun boleh, huhuhu…Kalau ramai yang baca dan kongsi, saya rasa gembira nak kongsi lagi banyak. Semoga your life partner jadi your business partner..best tau jadi business couple ni, be a sweet one 😉

1

 

 

“The secret of a happy marriage is finding the right person. You know they’re right if you love to be with them all of the time.” — Julia Child

 

Komen Anda?

Close
Top