6 TIPS BINA “NETWORKING”YANG BERKESAN UNTUK BUSINESS ANDA!

Tipulah kalau anda  seorang usahawan tapi tak tahu buat “networking”. Betul tak?  Rata – rata orang bisnes semuanya merasakan “networking” adalah perkara penting untuk mengembangkan perniagaan mereka,.

Sesuatu bisnes tu, takkan maju sekiranya hanya melibatkan majikan, pekerja dan kitaran pelanggan yang sama.

Malahan  Mark Zuckerberg sendiri turut mengumumkan antara tabiat baru yang dia hendak lakukan dan jadikan satu kebiasaan adalah untuk berkenalan dengan seseorang yang baru setiap hari.

Dengan adanya ‘networking’ anda boleh gunakan ia sebagai alat untuk bertapak lama dalam industri sendiri dan membuka banyak peluang-peluang perniagaan.

Mungkin terasa sukar untuk memaksimakan ‘networking’ apatah lagi jika kita rasa kekok apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.

Harini saya nak sharekan beberapa tip “networking”  yang saya pernah gunakan untuk bisnes saya.

#1-Biasakan Bercakap Dengan Orang Yang Tidak Dikenali.

Untuk melakukan ‘networking’ dengan baik, anda harus ada skill  komunikasi yang bagus.

Jangan hanya buat ‘networking’ dengan orang yang berkaitan dengan industri anda sahaja.

Mungkin anda rasa tujuan anda ‘networking’ adalah hanya untuk berkenalan dengan orang yang berkaitan bidang anda sahaja.

Tetapi sebenarnya, ‘networking’ yang baik adalah apabila anda boleh membuat perjanjian yang lebih untuk orang lain.

Sama ada dengan orang lain yang berlainan bidang dengan anda atau mungkin tiada kepentingan bisnes, anda haruslah mencuba untuk beramah dan bercakap dengan mereka.

Mungkin mengenali mereka bukanlah memberi kepentingan atau kelebihan dalam bisnes anda namun mungkin satu hari nanti mereka memerlukan khidmat anda.

Jikalau tidak, sekurang-kurangnya anda boleh belajar atau mengajarkan sesuatu kepada orang lain.

#2-Kekalkan Perhubungan Yang Baik.

Jika anda fikir ‘networking’ adalah peluang untuk menjana kekayaan semata-mata, anda sememangnya silap.

Tidak dinafikan ‘networking’ memberikan anda pelbagai kebaikan dan kelebihan.

Namun, dalam membina hubungan yang baik dengan rakan industri, ‘follower’ dan sebagainya, jangan selalu fikirkan ia adalah mengenai keuntungan.

Sebaliknya, sentiasa ingat yang apa yang anda beri dan lakukan kepada orang lain, anda akan terima kembali dalam kitaran waktu yang tidak anda ketahui sama ada baik atau buruk.

‘Networking’ dalam syarikat, anda boleh lihat yang banyak syarikat-syarikat besar sentiasa meraikan pelanggan  rakan niaga dan pelabur mereka.

Contohnya, mereka sentiasa menghantar kad ucapan elektronik semasa perayaan, hari jadi dan sebagainya sebagai tanda yang mereka prihatin dan turut meraikannya.

Anda boleh contohi mereka dalam menjaga perhubungan dengan ‘networking’ anda.

#3-Wujudkan Matlamat ‘Networking’ Anda.

Pastikan anda kenal pasti dan bina matlamat anda apabila membuat ‘networking’.

Anda harus pastikan yang matlamat anda adalah realistik supaya anda tahu bagaimana dan di mana anda mahu melakukan ‘networking’ tersebut.

Dengan ini, anda akan mempunyai kenalan dan hubungan ‘networking’ yang bagus jika matlamat anda benar-benar untuk mengembangkan bisnes anda.

Anda juga akan berasa gembira kerana mendapat kenalan baharu yang boleh berkongsi pandangan dan solusi kerana pengalaman dan kepakaran masing-masing.

#4-Minta Pandangan Mereka Yang Lebih Tahu.

Sentiasalah meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman dalam ‘networking’ anda untuk perkara yang anda tidak jelas dan tidak tahu.

Apabila anda bertanya kepada mereka dan meminta nasihat mereka, anda akan buatkan mereka rasa yang diri mereka penting dan mereka akan mula mempercayai anda.

Jangan juga lupa untuk berkongsi pandangan anda bersama mereka dan minta pendapat mereka mengenainya.

Dengan cara ini, hubungan ‘networking’ yang terjalin akan menjadi lebih rapat dan mereka pasti akan memberikan anda panduan yang berguna untuk anda dan bisnes anda.

#5-Hubungkan Orang Lain Dalam Kitaran ‘Networking’ Anda.

Semasa buat ‘networking’, bukan sahaja anda yang berhubung dengan orang baru, sebaiknya, hubungkan juga mereka dengan orang lain yang mungkin sama bidang dengan mereka atau mungkin memerlukan perkhidmatan mereka.

Ini bukan sahaja memberikan keuntungan sosial kepada anda malahan mereka ini juga akan berterima kasih dan menghargai anda sebagai perantara.

Selalu perkenalkan orang baharu kepada orang lain termasuklah pasukan anda. Dengan ini, hubungan dan bisnes anda akan bertambah kuat.

#6-Tinggalkan Zon Selesa Anda.

Untuk memaksimakan kekuatan ‘networking’ anda, anda haruslah keluar daripada zon selesa anda.

Anda harus ada keinginan dan keberanian untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis orang dan pelbagai ragam.

Daripada sinilah kekuatan ‘networking’ anda akan terbina dengan penuh variasi.

 

Komen Anda?

Close
Top