7 CARA TACKLE PROSPEK JADI CUSTOMER

Hi semua…Kali ini saya nak kongsi tip-tip untuk buat sales dengan prospek. Bagi yang baru nak buat bisnes, maybe ada yang belum faham konsep prospek dan customer ni. Prospek ni sebenarnya adalah pelanggan kita yang berpotensi untuk beli produk kita. Kalau dah sekali beli, automatik dia jadi customer kita bukan lagi prospek. Jadi, camana nak buat prospek kita ni jadi customer kita?

 

Kenal prospek

4

 

Ambil tahu pasal prospek yang kita bakal jumpa. Buat sedikit background research pasal prospek kita, ambil tahu apa yang dia tengah buat, apa yang berlaku pada dia supaya dia nampak yang kita bukan nak jual produk kita je tapi kita concern dan appreciate dia sebagai kenalan kita.

 

Kaji kegemaran diorang

3

Bila nak cipta atau jual produk jangan syok sendiri fikir diri kita je. Mungkin kita rasa product tu best tapi orang lain tak kisah pun kelebihan dia, nanti tak pasal-pasal kena reject. Jadi, jangan labur dan lebur duit anda dengan produk syok sendiri. Pastikan anda ambil kira pandangan orang lain mengenai produk tu, baru ambil risiko.

 

Promosikan kelebihan produk

5

Banyak seller selalu tersalah promote produk habis-habisan walaupun orang tak kenal tu produk apa. Bukannya salah tapi bagitaulah jugak kelebihan dia, macam mana dia bantu prospek dalam kehidupan seharian. Contoh, produk sabun diva cantik, kelebihan dia apa? pakai jadi cantik? Bukan!!! Bagitau prospek bila pakai ni mereka dapat selesaikan apa? Masalah jeragat? Kulit akan lembap samapai ke malam? Macam tulah, biar prospek nampak untung ke tak depa beli produk ni. Barula laku keras.

 

Jangan paksa prospek

6

Bila prospek ragu-ragu dengan produk kita, jangan paksa mereka beli, kadang-kadang teknik urgency tak sesuai kalau suspek/prospek masih tak nampak kepentingan beli produk anda. Kalau paksa juga silap-silap prospek terus tak nak tengok muka anda dah. Kalau mula-mula dorang tak nak tak apa, layan je sebaik mungkin, kekalkan hubungan dengan prospek.

 

Produk anda BBF anda

7

Pastikan anda betul-betul kenal dengan produk anda. Walaupun anda jual produk orang lain pastikan anda betul-betul khatam fungsi produk tu. Kenapa? Sebab nanti bukan je senang nak explain kat prospek dan yakinkan untuk beli, tapi kita juga boleh tolong untuk selesaikan masalah dorang, boleh tolong bagi nasihat. Lama-kelamaan prospek akan timbul rasa percaya untuk menjadi pelanggan tetap anda.

 

Pegang janji

8

Sebagai seller yang baik, pastikan anda sentiasa menunaikan janji anda, always walk your  talk. Kalau anda lupa ni, lama-kelamaan customer akan hilang rasa percaya, prospek dan suspek apatah lagi. Yang tak bestnya, reputasi anda sebagai trust seller akan jatuh sebab ramai orang akan bercakap perkara yang kurang menyenangkan pasal anda dan produk anda.Kalau ada terlupa janji atau tersalah buat mintak maaf dengan kadar segera dan jangan ulang lagi.

Tolong prospek capai objektif

9

Bila prospek dah beli produk anda automatik dia jadi customer anda. Sangat digalakkan kalau anda kekalkan hubungan yang baik dengan customer anda, ambil tahu keadaan pelanggan selepas guna produk atau servis anda, kalau dia puas hati baguslah, makin bertambah rasa percaya pada anda dan produk anda. Tapi, kalau tak puas hati, cuba bantu dia dan nasihatkan dia macam mana cara terbaik untuk selesaikan masalah yang dia hadapi.

Macam mana? Dah faham asas nak jadikan prospek anda jadi customer? Apa lagi, teruslah apply teknik ni semasa nak approach prospek…once dah jadi customer senanglah nak expand bisnes. Boleh share dengan kawan-kawan kalau rasa info ni bermanfaat.Nak tahu lagi banyak? Kalau ramai yang berminat nak tahu lagi tip-tip bisnes, saya akan kongsi lagi nanti. Sebelum tu, jangan lupa download e-book saya di link kat bawah ni…

 

Fizo FOC

 

Nak lagi best secara LIVE teknik closing sale yg terkini dan paling awesome, senang cite nk ckp mcm mane korang nak ‘pukau’ customer korang la untuk beli product korang…Ha best tak kalo dpt ilmu tu? Nak tak blajar? nak tahu?

Nanti seminar Start Your Business SYB 2.0 saya akan bg teknik power punya utk closing sale yang kompem korang akan excited nak CLOSE dengan customers lpas ni.Bukan ade Fizo je nnti ade juga Prof Dr Muhaya dan Sifu Jamal yang turun semata mata nak share ilmu yang sangat mahal tapi bayaran ciput je.

NAK JOIN LA TU!!!

http://fizoomar.com/syb2016

 

 

 

Semoga Berjaya!

 

Komen Anda?

Close
Top