7 ELEMEN KRITIKAL SEGMENTASI DALAM BISNES

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera, apa khabar semua?Ada yang masih blur-blur sebab cuti direct 3 hari, ada yang dah start keja semalam, mesti rasa tak cukupkan lagi best kalau dapat sambung cuti lagi. Oklah, harini saya nak share sikit pasal bisnes. Saya nak kongsi pasal macam mana nak kaji prospek kita sebelum buat decision nak jual sesuatu barang atau nak offer sesuatu servis. Sebelum start bisnes, kita kena master skil buat research pasal suspek dan prospek dan berdasarkan elemen ‘SEGMENTASI’. Ada 7 elemen yang saya nak tekankan dalam ‘SEGMENTASI’ ni antaranya adalah:

GEOGRAFI

1

 

Sebelum start your bisnes, belajar dulu pasal Geografi dia, walaupun time kat sekolah dulu belajar peta-peta ni buat korang rasa loya tapi for the sake of starting your business, kena juga belajar geografi dorang. Kaji lokasi tu, budaya dia camana, adat dia camana, politik dia camana, agama dan pegangan depa apa, basically kenal orangnya dan identify the do’s and don’ts yang boleh bunuh bisnes anda jika anda tak alert. Contoh, kalau pilih nak jual daging lembu, nak eksportla katakan, jangan plak korang gi eksport ke India, dah sah-sah memang mereka tak makan daging lembu sebab tu adalah nilai pegangan agama diorang, tak pasai-pasai ke bisnes korang tu disembelih, tak bisnes namanya kalau kena kecam tak kena tempat then orang tak hingin nak pandang nak beli. Kalau katalah jual makanan, jual kat Seremban, kononlah nak jual nasi campur bungkus, masak lemak cili api. Sedap macam mana pun korang masak tapi kalau cara masak tu letak gula satu senduk (style org Kelantan memang suka manis2), orang Seremban rasa tak rasa pedas rasa manis (sebab awak suka lagutu) memang takdak orang beli…lagi kena kutuk ada, seminggu lepas tu, lipat terus meja warung masuk stor. TUTUP. Study molek dulu baru start your business.

DEMOGRAFI

2

 

Kemudian jangan lupa masa research future client tu kena consider jugak jantina dia, umur, kaum apa, generasi apa yang ramai tinggal kat situ. Kena consider sebab daripada situ kita tau sesuai tak nk meniaga kat situ, nak meniaga apa dan sebagainya. Cakap pasal generasi ada 3 lapis generasi iaitu Baby Boomer, Gen X, Gen Milenia/Gen Y. Pasaipa kena study populasi ketiga-tiga generasi ni? Sebab different generasi, tastenya pun different. Kalau Baby Boomers masuk keta nak pasang radio Klasik FM, kalau gen X nak pasang Suria FM/Sinar FM, kalau gen Y sah-sah nak dengar Hot FM takpun Cool FM…dengar lagu taste lain, pakai baju taste lain-lain, apatah lagi kita sebagai businessman nak jual produk yang sesuai untuk generasi yang berbeza ni. Kaji dulu then pilih target demografi dan strategi mana yang sesuai.

SOSIO EKONOMI

4

 

Yang ni penting, sebab kita nak menjual dan kita nak orang beli. Takkan jadi urusan jual beli kalau takdak duit. Penting nak tahu target market kita tu level pendapatan dia lagumana. Selalunya terbahagi kepada 3 iaitu golongan berpendapatan rendah, sederhana, dan tinggi. Kalau produk mahal tapi gi tuju kat orang yang banyak tanggungan dan tekanan kos hidup tak sesuailah…jual jam harga 10k dekat kawasan populasi penduduk  yang berpendapatan RM 1,500 ke bawah, memang krik krik la jawapannya. Kena conside jugak kalau jual barang terlalu murah dekat golongan berpendapatan tinggi, mungkin mereka juga tak nak beli sebab bagi mereka bukan kuantiti tapi kualiti. It depends, sebab tu kena kaji betul-betul.

PSIKOGRAFI

3

Ini bermaksud anda kena kaji lifestyle target market anda. Belajar pasal personality mereka apa? Interest mereka? Pendapat mereka? Trend yang diorang ikut apa? Kalau ayam gunting dapat permintaan ramai, cuba tengok OK tak kalau jual ayam gunting jugak? Ke kalau introduce something yang baru boleh tembus permintaan yang sedia ada, SILAKAN. Kena tahu betul-betul apa yang jadi common interest or needs kat situ. Contohnya, kalau kat kawasan pekan kecik, selalu orang luar bandar ni basuh baju sendiri, tak pakai tangan pakai mesin. Jadi kalau buka dobi dekat situ mungkin tak sesuai. Tapi kat bandar, lifestyle orang busy, keluar tak nampak matahari, balik tak nampak matahari jugak, dobi adalah satu penyelesaian kepada masalah mereka yang tak menang tangan. Perhatikan cara hidup diorang, sama ada offer produk yang mereka suka atau solusi kepada masalah mereka yang membolehkan mereka dapat atau buat benda yang mereka suka. Macam pasal harga tadi, kadang-kadang dah ambil kira faktor ekonomi customer pun kena adjust dengan psikografi diaorang plak. Sebagai contoh, cerita sebenar, dulu ada seorang peniaga pasar malam dari Kelantan, pernah jual tudung bawal (masa tengah trend dolu-dolu) dekat pasar malam Johor,  kononnya dah beli borong so dia bajet jual murah-murah kat Johor dalam RM 10 sehelai ramai lah orang beli, tapi sorang pun tak nak beli. Heran betul beliau kenapa walhal cantik dan murah. Ada orang bagi nasihat kat dia, letak harga mahal sikit, pelik pulak bunyiknya, yelah dah jual murah orang taknak, takkan jual mahal orang nak beli pulak. Sebab dah pening, dia try, bila letak harga mahal, melambak-lambak pulak orang beli. Pelik betul dia rasa, rupanya orang kat situ memang suka tudung bawal, tambah-tambah yang direct dari Kelantan, cumanya bila dia jual murah orang ingat dia tipu, yang tak ori, yang bukan tudung bawal 1st class punye…sebabnya dorang kalau beli sendiri tudung bawal tu memang mahal tambah kalau pergi beli sendiri kat Kelantan. See? Kalau kita tak kaji betul-betul, silap-silap lingkup. Sebabnya sedikit je, kena pandai ejas je once dah tahu punca silapnya.

ENVIRONMENT

5

Sebagai peniaga, kita kena tahu persekitaran membeli tempat yang kita akan menjual. Kenal pasti adakah kita akan jual dekat gerai, restoran, atau dalam mall. Ambil tahu waktu operasi bisnes yang sesuai ikut kesesuaian produk atau servis kita, jangan main taram je. Kalau meniaga kat Shah Alam, kawasan dia aktif walaupun pukul 3-4 pagi, tapi kalau meniaga kat Serdang, pukul 9 pun orang da start tutup kedai. Jadi, ambil tahu faktor-faktor ini untuk  tahu modus operandi bisnes kita.

BENEFITS

6

Fikir masak-masak, produk kita, servis kita, yang kita nak offer kat pelanggan ni apa yang bagusnya? Perlu ke orang beli? Apa yang diorang dapat? Senang citer boleh guna pendekatan 5WH1, Why? What? Where? Who? When? How?. Dah tanya soalan ni pada diri sendiri, identify apa kelebihan produk kita dan highlightkan pada costumer terutamanya semasa promosi nanti.

 

ATTITUDE

7

Yang ni pun penting gak. Kena tengok juga karakter target pelanggan kita. Studylah pasal education background dia, tingkah laku dia, dan cara masyarakat setempat respond. Adakah mereka berpelajaran tinggi? Adakah mereka bersikap terbuka atau tertutup apabila menerima sesuatu yang baru atau mereka selesa dengan cara yang lama atau produk yang konvensional? Ambil tahu dan decidelah yang mana yang paling sesuai dengan bisnes anda. SELAMAT BERJAYA!

Komen Anda?

Close
Top