7 FAKTA MENARIK TENTANG WANITA

Assalamualaikum

hai semua ! selamat hari wanita saya ucapkan kepada semua wanita di dunia ini, terutamanya kepada ibu dan isteri saya. Setiap tahun pada 8 Mac, kita akan meraikan hari yang cukup bermakna iaitu Hari Wanita Sedunia.

Bila sebut je tentang wanita, pasti ramai yang akan teringatkan ibu, isteri, atau setiap wanita yang anda kenali.

Jadi, untuk setiap lelaki di luar sana, saya ingin kongsikan fakta menarik tentang wanita yang anda perlu tahu.

1.  Wanita lebih panyayang & setia berbanding lelaki

Kajian mendapati wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Wanita mampu menahan kesakitan lebih dari lelaki

Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak (WOW!).

3. Wanita menangis bukan kerana mereka lemah

Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri.

 

 

4. Memori wanita lebih kuat dari lelaki

Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif.

5. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki

Wanita atau Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya.

6. Ibu tetap jadi keutamaan lebih dari bapa

Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.”

 

7. Kasih wanita bergelar ibu, tiada tandingannya

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Jadi kepada anak-anak, hormati & sayangi ibu anda.

Komen Anda?

Close
Top