7 PETUA WAJIB KEKAL MUDA

Salam  semua…harini da masuk hari ke -14 kita berpuasa..so far macam mana ibadah kita? Mantap ke kurang Mantop? Mesti ada yang rasa letih sangat-sangat sampai nak terawih pun rasa tak larat. Adakah kita letih sebab puasa seharian? Atau adakah badan kita cepat letih sebelum Ramadhan lagi? Kenapa ye? Kenapa umur 20-an, 30-an, 40-an sepatutnya masih cergas bertenaga tapi asal balik kerja je rasa semput, lemau macam dah umur 60-an dan 70-an. Sebenarnya manusia ada beberapa jenis umur yang berbeza. Selain umur angka yang kita, kita ada umur biologi dan psikologi yang tidak sesemstinya sama dengan umur angka kita. Contohnya kalau kita berusia 29, mungkin umur biologi kita adalah 35 dan umur psikologi kita adalah 18 atau mungkin terlebih matang 40. Ni semua bergantung pada cara kita jaga tubuh badan kita (biologi) dan sebenarnya cara pemikiran kita (psikologi). Tak kisahlah berapa pun usia sebenar anda, usia biologi dan psikologi anda, yang pasti semua orang takut dengan penuaan dan harap dapat kekal muda sentiasa. Betul tak?  Hari ni saya nak kongsikan tip-tip nak kekal muda. Jangan baca kalau rasa anda akan kekal muda dan bertenaga.

Aku dah tua…

1

Buang jauh-jauh mitos yang semakin meningkat usia,anda makin tua dan rasa kurang berguna dan rasa tidak secergas yag dulu. Asal birthday je rasa sedih sebab fikir diri makin tua. Dulu masa kecik rasa happy giler bila nak sampai birthday siap announce satu sekolah tapi bila dah besar malu pulak nak ngaku umur dah masuk berapa. Ikut kajian Psikologi oleh Becca Levy, Ph.D. dari Universiti Yale,  semakin anda rasa negatif  tentang pertambahan usia anda semakin berkurang ketajaman daya fikiran anda. Ikut kajian, orang yang berusia lanjut tapi dapat menerimanya dengan baik menunjukkan hasil ujian yang sangat positif berbanding mereka yang lanjut usia tapi bersikap negatif dengan pertambahan angka usia mereka. Orang yang positif dengan pertambahan umur mereka selalunya jangka hayat mereka lebih panjang 5-7 tahun lebih lama daripada mereka yang bersikap negatif. So, bila sambut birthday tu, senyum lebaq-lebaq dan bersyukurlah anda masih diberi nafas hingga saat itu,bukan aku dah makin tua, tapi aku dah makin matang. Alhamdulillah.

 

Gosok gigi

2

Ikut kajian jugak, bakteria yang ditemui pada plak  gigi adalah bakteria yang sama yang menyumbat pembuluh darah. Jadi penyakit periodontitis ( gigi ) dan kardiovascular (jantung) adalah saling berhubungan. Gosok gigi betul-betul secara teratur bukan sahaja untuk mendapatkan senyuman menarik tapi jugak untuk menjaga kesihatan badan secara keseluruhannya. Tak guna hidup lama tapi asyik sakit kan? Tapi posa-posa ni jangan dok rajin gosok gigi pulak 4-5 kali sehari. Tak pasal makruh pahala posa. Rajin-rajin jumpa doktor gigi ye.

 

Bersukan

3

Memang dah terbukti  jantung yang sihat akan memanjangkan jangka hayat hidup seseorang. Macam mana nak jantung sihat? Jaga pemakanan, jaga tubuh badan, jangan hisap rokok  kalau boleh, kalau tak boleh janganlah sampai melampau sangat.  Ingat! Penyakit jantung adalah pembunuh no 1 negara.  Sentiasa bersenam dan kekal cergas. Kalau tak sempat outdoor buat exercise dalam rumah pun boleh. Bila aktiviti fizikal kita meningkat melalui  senaman dan sebagainya jantung pun akan sihat. Secara automatiknya, umur biologi kita pun akan berkurang. Takdelah umur 27 tapi biologi umur 45. Kenalah seiring atau lagi muda dari umur kita lagi elok.

 

Jangan stress

4

Tahu tak yang 60-90% penyakit yang kita alami adalah disebabkan stress. Gangguan jantung, darah tinggi, selesama hinggalah ke kanser adalah sebab tekanan stress yang kita alami. Untuk meningkatkan peluang jangka hayat yang lebih panjang, anda kena cuba untuk elak jatuh sakit. Macam mana? Belajarlah untuk handle stress. Belajar tenangkan fikiran, boleh bermeditasi, bertafakur, ataupun berdoa dan bermunajatlah kepada Allah. Malah apa pun yang menimpa, mengadu kat DIA. Sebenarnya orang yang letak pergantungan sepenuhnya pada Allah ini adalah orang yang paling bahagia dan kurang stress. Apa-apa pun kena start dengan positif  mindset.  OK?

 

Antioksidan & Serat

5

Dr. Mehmet C. Oz, M.D., salah satu penulis buku Staying Young: The Owner’s Manual for Extending Your Warranty kata, untuk melambatkan proses penuaan, kita boleh amalkan pemakanan anti-oksidan seperti blueberry. Kebanyakkan makanan berwarna gelap selalunya mengandungi anti-oksidan contohnya  brokoli, tomat, acai dan lain-lain. Kita disarankan makan 5 jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari. Kita jugak kena jaga sistem pencernaan dengan makan serat setiap hari. Caranya adalah dengan selalu makan buah,sayur, dan makanan yang mengandungi gandum seperti pasta, oat dan lain-lain.

 

Beauty sleep

6

Tak tahu kenapa bila makin meningkat usia makin kita tak kisah sangat pasal waktu tidur ni.  Kadang tidur awal, kadang tidur lambat. Kita lupa yang badan ni perlukan tidur yang mencukupi. Sebabnya, time badan rehat nilah segala proses nak recharge, nak renew, nak refresh sel-sel dalam badan. Kalau tidur tak cukup, sel kulit pun tak sempat nak proses jadi segar balik, tu yang bangun tido kulit kering la, kasarla…macam mana la nak kulit nak sihat, cantik, gebu bagai kalau kita tak bagi kulit rehat secukupnya. Tidur awal OK? Make sure you get your beauty sleep. Tepek krim, bedak bagai pun, luar nampak cantik tak guna kalau sebenarnya kulit kita secara dalaman tak sihat. Lama-lama nampak jugak, lagi teruk kedutnya nanti.

 

L.O.V.E

7

Ikut kajian, rasa cinta dapat merembeskan sejenis hormon yang sangat baik untuk tubuh badan. Memang manusia pun dicipta untuk menyayangi dan disayangi kan. Bila kita bercinta, kita akan rasa happy. Rasa happy tula yang memberikan kesan yang sangat bagus untuk tubuh kita. Dah sah-sah angau tu asyik senyum, senyum tu lagila tambah awet muda tau. Tapi tak semestinya bercinta dengan kekasih je…bercinta dengan family, kengkawan and opkos lah bercinta dengan Tuhan. Sekali betul dah jatuh cinta dengan Tuhan, setiap kali dengar azan akan tersenyum, nak solat tu rasa macam nak pergi dating..ini seyes…yang tak jumpa lagi cinta hati tu, jangan dok pikir sangat, tu nanti boleh stress lagila cepat menua. Insha-allah, adalah tu nantikan..sementara tunggu makan coklat dulu…rasa happy makan coklat effect dia sama dengan rasa happy bercinta dengan manusia…huhu..betoi tak tipu…FAKTA!  Just remember, love is everywhere…even in the air…all you need to do is see and feel it. OK?

 

Komen Anda?

Close
Top