7 RUTIN HIDUP ORANG BERJAYA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Ramai usahawan, jutawan kosmetik, pengarah syarikat, artis terkenal, pak menteri waimah para ustaz dan atlit yg pernah saya temuramah.. bila ditanya apa rutin mereka… kebanyakan mereka punyai rutin yg sama, ataupun hampir sama.


1.REFILL ILMU. 

bacalah dengan nama Tuhan mu..

bacalah dengan nama Tuhan mu..

Setiap hari, kita mesti membaca, cari ilmu. Surat khabar, youtube, majalah, e-book, mcm2 ada. Ada seorang CEO hebat yg pernah saya temui, dia me’wajib’kan dirinya membaca business startegy atau perkembangan syarikat lain, sekurang-kurangnya 1 jam ke 2 jam setiap hari. Ooo kejap, tu tak campur lg masa untuk baca perkembangan semasa sbb itu semua ada kaitan dgn SWOT analysis katanya.

Bahan / sumber bacaan kita, akan membentuk cara kita respon kepada persekitaran. Misalnya, kalau suka baca isu aktivis kemanusian, maka kita tahu kisah budak perempuan Malala Yousafzai yg ditembak kat kepala, tapi tak mati.. Begitulah perumpaannya.. andai nk jadi usahawan, rajin-rajin ambil cakna, macam mana org berjaya run business, macam mana dia bangkit dari kejatuhan. kita copy paste, follow thru, try & adjust.


2. CATAT IMPIAN.

tuliskan semua impian, moga ia jadi kenyataan.. amiin.

tuliskan semua impian, moga ia jadi kenyataan.. amiin.

101 impian, dicatat dgn jelas termasuk tarikh, waktu, lokasi termasuklah brp nilainya impian itu. Tulis kemas2 dalam nota. Tuliskan seolah2 ia sudahpun menjadi kenyataan. Ditulis dgn jiwa dgn penuh harapan.

Baca semula setiap hari.. dan baca bersama org yg tersayang. ibu ke, isteri ke, anak2 ke.. lebig afdal.Macam tak logik je kan? haaaa.. jgn terkejut kalau satu demi satu impain itu kita akan tanda “TERCAPAI!!”

Rutin ini akan merangsang fikiran luar sedar untuk bertindak, dan ia dalam tak sedar, ia adalah himpunan doa. Saya dah rasainya, anda cubalah.. tak rugi pun kalau buat.


rancang dengan teliti

rancang dengan teliti

3. RANCANG

Takde yg datang bergolek, begitu juga impian yang kita senaraikan. Maka rancanglah. Misalannya kita nak buat RM1 Juta sales sebulan, kita perlu kira brp volume / unit perlu kita jual. Berapa ejen kita perlukan, dan berapa unit minimum pula bg setiap ejen. Rancang juga jualan setahun, half yearly, quarterly, monthly, weekly.. ada yg rancang sales setiap jam. Buat dalam excell, baru kita nampak. Dari merancang, baru kita nampak, menuju puncak atau kelaut kita awe oi. termasuk bab yg lain, nk pergi umrah, nk kahwin.. rancang.


4. JAGA SILATURAHIM

Ramai kawan, murah rezeki. Cuma, waspada dgn kawan yg jenis macam mana ya. Sebenarnya, dlm Islam turut menyarankan kita mengeratkan silaturahim, disamping ianya juga sebagai satu tips ramai jutawan, ia membuka pintu rezeki. Dalam dunia serba canggih, takde sebab kita tak boleh berhubung. Sehari, hantar 20 whatsapp tanya khabar misalannya, bagi salam dlm FB. Post kata-kata positive dlm IG, sebabnya ada yg diluar sanayg jiwanya bersih, dengan ikhlas akan meng’amiiin’kan kata2 itu.

rapat-rapatkan saf

rapat-rapatkan saf

Kita tak tahu, dlm ramai2 saudara mara, sahabat handai.. siapa diantara mereka yg Allah akan hantar utk jayakan impian kita. Atau mereka yg dtg menghulur tangan disaat kita jatuh. Jaga sillaturrahim, HabbluminAllah, Habblumminannas, isyaALLAH selamat dunia ahirat.


5. BELANJA & BELAI

Bunyi mcm mahal benau rutin ni. Mahal atau tidak, itu tak penting. Yang penting, nilai penghargaan utk diri sendiri, dan yg tersayang. Belanja diri kita sekali sekala, makanan yg kita suka, barang yg kita inginkan, gajet yg memudahkan kerja. Belai diri dgn short, sweet & simple vacation. Istilah vacation yg saya maksudkan, mana2 tempat yg boleh kita rehatkan minda & jiwa.  Bawa bersama org2 tersayang, org2 yg boleh recharge aura positive kita.

Ingat, antara orang yg paling penting utk kita hargai adalah diri kita. Jgn lupa ucap terima kasih pd diri sendiri, sayangi diri sendiri. Percayalah, belanja & belai utk diri dan yg tersayang, ia membawa berkat. Opss.. jgn berlebih-lebihan ya, jgn show off pula, nnt lain jadinya.

note: nak tanya, kalau group photo atau group selfie, kita tgk gambar siapa dulu? yup, kita nak gambar kita yg paling ok kan? tandanya kita syg pd diri kita.


6. EXERCISE

Bukan lama pun, kalau tak dpt 45 minit sehari, buat 15 minit, janji pecah peluh. seminggu 3-4 kali. pandangan kasar, tubuh badan sihat boleh kerja lebih keras. Namun secara ujian klinikal, bersenam secara konsisten boleh mengalak penghasilan hormon Serotonin hormon ‘kegembiraan’. Hormon gembira ni boleh bantu kita lebih fokus, berfikiran rasional dan pengawalan emosi (EQ) yg lebih baik. Ni semua penting bagi seorang pemimpin, bagi orang2 yg nk berjaya.Haaa… apa lagi, hit that dumbell!

pernah dengar tentang inner-cise? senaman hati

pernah dengar tentang inner-cise?

 

(Note: Prof. Dr. Muhaya pernah share tentang inner-cise, senaman dalaman. wow, impaknya sangat mendalam, kalau exercise, boleh dpt lihat muscle dgn six pack. Kalau inner-cise ni, jiwa kita ketak2, nilai diri kita pun jadi katang ala badang. Dengar kata ada seminar akan datang Prof. Dr Muhaya nak share in detail, 22 May 2016 kat Dewan Perdana, MITI.. tassaba kita wak!!  check kt FizoFOC)

 

 


7. MEMBERI

haiwan juga mendoakan untuk kita

haiwan juga mendoakan untuk kita

Buat kesejuta kalinya, rutin yg 99.99% org berjaya pesan kt saya, memberi.. ianya luas, beri dalam bentuk wang ringgit, memberi dalam bentuk ilmu, memberi dalam bentuk kiriman doa. Yg jadi persoalan bukan jumlah yg diberi, keikhlasannya. Pernah ditanya kepada seorang Ustaz, apa hukum memberi tapi mock cek besar bas sekolah, berbanding memberi secara diam2. Dua2nya bagus, sbb dua2 ada kesan berbeza. Cek yg besar tu boleh galakkan yg lain utk sama2 memberi, yg diam2 itu tanda ketawadukkan. Dua2 dapat balasan ALLAH, berdasarkan NIAT. Kalau memberi secara diam2, tp niat dlm hati hadirnya ujub mengatakan dirinya lebih baik dari org lain.. tiada ertinya juga. Berilah dgn rendah hati, semua yg kita beri datangnya dari Yang Maha Kaya Raya.

Memberi juga lebih afdal bermula dr adik beradik, saudara mara.. barulah kepada org lain. Dan memberi kepada org yg nk berhutang itu juga lebih baik, sbb kita menunaikan hajat org, dan andai dia tak bayar balik.. moga ALLAH gantikan diakhirat sbgi pemberat timbangan. (pssst.. tp selalu org yg beri hutang naik malu nak minta, si penghutang buat muka kering je kan?)

Memberi akan mengangkat darjat, mengelak musibah, memudahkan urusan dunia akhirat, menambah berkat serta memanjangkan usia.

Beri kucing atau ikan makan pun, dikira memberi.


Kita praktis dulu mana yg sempat, mana yg dapat. Buat yg sedikit tapi konsisten tu adalah lebih baik.

Semoga kita akan terus berjaya dan jadi jutawan dermawan.

 

Sampai jumpa lagi!

Komen Anda?

Close
Top