7 STRATEGI ‘POSITIONING’ YANG PENTING DALAM BISNES

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? harini saya nak share pasal strategi positioning dalam bisnes. Kenapa kita kena apply strategi ni sebelum start jual produk atau offer servis kepada pelanggan? Positioning sangat penting sebab basically itu adalah apa yang kita nak customer kita nampak dan fikir setiap kali dorang nampak produk kita. Imej yang lekat dalam memori dorang nilah yang dorang akan bawa dari mulut ke mulut dan dari sinilah proses sales dan promotion kita akan bermula. Dua perkara wajib consider sebelum start berbisnes, macam mana nak segmentasikan produk dan macam mana positionkan produk anda? Baca selanjutnya…

HIGHLIGHTKAN KELEBIHAN PRODUK

Masa nak kenalkan produk atau servis , kita kena betul-betul cari apa kelebihan produk kita, apa yang bestnya servis kita kalau orang guna? Sejauhmana ia akan tolong customer kita. Ini penting supaya bila kita introduce produk kita, kita dah tahu kita nak customer kita bayangkan apa pasal produk kita, apa kelebihannya berbanding produk lain yang ada dipasaran.

FOKUS PADA HARGA ATAU KUALITI

PRICE and QUALITY. Comparison on the scales

Antara cara nak ‘position’ kan produk kita dalam fikiran customer kita adalah dengan fokus pada harga atau kualiti. Sama ada produk kita tu mahal atau murah terpulang juga pada kos dan target market kita. Produk mahal dan betul-betul berkualiti selalunya adalah menjadi tarikan golongan yang berpendapatan tinggi. Produk yang murah tapi berkualiti sentiasa jadi pilihan kumpulan berpendapatan sederhana dan kategori keluarga. Produk atau  servis yang murah dan kualiti rendah selalunya jadi pilihan mereka yang berpendapatan rendah.  Terpulang kepada anda bagaimana  nak ‘position’kan daripada segi harga. Tapi kena research betul-betul, kena buat market survey. Kalau produk bukan kategori mahal, branded tapi ko terjah harga macam rolex, memang orang lalu kedai buat bunyik cengkerik je. Biarlah berpada dan berpatutan sesuai dengan produk dan servis anda.

SERLAHKAN CARA PENGGUNAAN

3

Kena educate sikit customer pasal cara guna produk kita atau educate dorang camana servis yang kita offer tu. Bila orang tak paham cara guna or cara pakai, tendency diorang malas nak ambil tahu sangat tinggi. Tapi kalau once orang faham cara produk atau servis tu berfungsi, mereka akan berminat untuk ambik tahu dan beri perhatian sebab dorang boleh relate macam mana nak apply dalam kehidupan dorang. Kalau benda tu dorang rasa interesting, attracting, useable, functional and practical diorang akan beli.

PENGKELASAN PRODUK

4

Ini bermaksud macam mana anda nak kategorikan produk anda. Nak dikenali sebagai produk serbaguna ke? Produk yang menjimatkan ke? Servis yang cepat dan pantas ke? Produk ekonomi ke? Kelaskan produk anda betul-betul ikut kesesuaian pasaran,permintaan dan target market.

PENGGUNA  SPESIFIK

One group of customers standing on a red target bullseye, with magnifying glass hovering above it

Jarang ada produk yang boleh dijual, dibeli,disukai oleh semua orang. Makanan pun orang memilih selera lain-lain, produk lain apatah lagi. Cara yang terbaik adalah pilih betul-betul sape target market anda dan fokus untuk mengenali mereka, memahami keperluan mereka ,menarik perhatian mereka,  dan menyelesaikan masalah mereka. Contoh, kalau produk rempah segera, fokuskan kepada suri rumah yang dalam lingkungan usia berapa, pendapatan berapa, dan sebagainya. Kalau nak jual kasut roda, target kumpulan dia apa? Kalau kanak-kanak perempuan fokuskan criteria yang menepati kumpulan ini, kalau remaja, lain pulak caranya. Mula-mula nak niaga tak boleh ambitious nak tuju semua, kena pilih dan fokus pada satu-satu barangan pada suatu masa. Lainlah kalau dah kaya raya ada kilang bagai bolehla nak produce banyak-banyak produk pada suatu masa.

FOKUS PADA PESAING

6

 

Nak letakkan produk kita di mata dan ingatan pelanggan ni sama ada fokus pada pengguna atau fokus pada pesaing. Mungkin bila pesaing banyak sangat, kita tak boleh tumpu pada customer je, kena alert apa yang pesaing kita offer sebab kita nak jadi berbeza. Tengok pada pesaing kita yang paling kuat, apa yang dia ada, apa yang dia offer, kalau kita tak boleh buat yang lebih baik maybe sebab bajet identify kelemahan dia dan gunakan itu jadi kekuatan kita. Mungkin pesaing kita dah ada target market dia sendiri jadi kita identify dan fokus pada target market yang baru.

NILAI GLOKAL

7

Kadang-kadang, selain offer produk yang unik dan baru, kita tak perlu tiru ataupun terikut yang luar negara punye. Contoh kalau ambil produk yang melambangkan budaya tempatan akan menarik perhatian juga kerana ramai orang menghargai nilai tradisi. Contoh sekarang dah keluar balik trend aiskrim kepal dan aiskrim potong dan jadi tarikan pada generasi baru. Orang generasi dolu-dolu lagi la suka. Jangan lupa tengok juga nilai budaya setempat, kalau tempat muslim contohnya wajibla kena ada tanda halal kalau jual makanan. Kadang-kadang sebab isu halal ni, nak meniaga, nak jual punye pasal, dekat jag plastik pun dorang letak tanda halal walaupun palsu sebab tahu nilai di pada muslim consumer. Apapun, buat dengan cara yang betul, baru berkat.

Itu sahaja tip-tip daripada saya. Nampak remeh tapi penting sebab kalau tak buat, susah kita nak bersaing dengan produk atau servis sedia ada. Jangan lupa praktik!

Komen Anda?

Close
Top