8 Kesilapan Duit Orang Berjaya Tidak Akan Buat

Salam semua, harini saya nak cakap pasal kesilapan pasal duit yang selalu kita semua buat. Korang tahu tak, orang yang berjaya bukan sahaja tahu cari duit tapi orang yang berjaya tahu cara nak uruskan duit dengan bagus. Pengurusan wang adalah kunci kejayaan seseorang tak kisahlah anda kategori makan gaji atau bagi gaji. Orang yang berjaya selalunya sangat berhati-hati bila membuat keputusan yang melibatkan duit. Tak ramai yang sedar pasal kepentingan pengurusan wang yang efektif. Ramai orang bajet bila da ada menyimpan duit setiap bulan tu dikira tahu urus wang. Salah! Konsep tu salah kalau ingat pengurusan wang adalah pasal menabung semata. Kita boleh save lagi banyak duit kalau tahu cara. Macam mana? Nak jadi kaya dan juga berjaya? Buat 8 tip yang saya share ni. Happy reading!

2

1.Belanja berlebihan pada benda yang tak perlu & Belanja lebih daripada apa yang mampu.

Selain daripada simpan at least 10-15% pendapatan kita bulanan, kita jugak kena berhati-hati bila buat perbelanjaan. Maybe orang kaya nampak hidup sangat mewah dan kadang-kadang boros tapi  selalunya orang yang kaya dan berjaya berbelanja dengan berhemah. Jangan spend duit untuk perkara yang tak perlu unless dia akan datangkan keuntungan. Contoh, bukan tak boleh beli baju dan beg baru setiap bulan, tapi betul-betul perlu ke? Tambah-tambah yang baru start nak buka bisnes, dah cukup betul ke modal yang kita simpan bulan-bulan tu? Kalau da banyak sangat duit modal, simpan pulak duit untuk contingency, mana tahu bila dah bukak bisnes tu tiba-tiba ada musibah menimpa, time ni lah boleh guna duit yang kita simpan tu. Jet Ma pun pernah cakap bila dah kaya betul, spend lah duit tu ikut yang kita nak. Kadang-kadang kita nampak orang kaya macam boros but they deserve it. Ingat senang nak sampai tahap kaya gaban tuh, you have no idea what they have been through. Nasihat saya, tak kisahlah anda nak berbisnes ke tak, berjimatlah bila perlu dan tak perlu. Insha-allah duit tu akan berguna pada masa depan. Jadi macam orang Cina, pakai simple je, kadang-kadang nampka cam baru balik kebun tapi sekali dalam akaun balance puluh-puluh ribu, ratus-ratus ribu…kita? Pakai vogue atas bawah, mahal betul price tag kita tapi jangan kata dalam akaun, dalam dompet pun ada berapa puluh je, asal minggu nak gaji je rasa sesak nafas.

Tip: Setiap kali belanja, dapat baki note RM 5 dan RM 20, wajib jangan guna dan simpan dalam tabung. Bila penuh simpan dalam bank. Sangat berguna time kecemasan. (ni tak termasuk duit simpanan sendiri setiap bulan)

6

2. Obses dengan harga.

Orang yang kaya dan berjaya tidak akan obsess dengan harga. Ni masalah orang kita, ada yang suka beli asal murah, ada yang sanggup berlapar asal dapat beli barang mahal. Orang kaya dan berjaya, dia tak spend tapi dia invest. Bila nak beli barang, bukan tengok harga semata mahal atau murah, tapi tengok kualiti, tengok benefit untuk long-term dia apa. Contoh beli laptop, ada harga mahal ada harga yang murah, ikut specification dia. Bila nak beli jangan tengok harga semata, tengoklah kalau beli harga murah tahan lama tak? kalau beli yang mahal berbaloi tak? Perlu ke beli yang mahal sangat macam yang graphic designer pakai kalau keperluan kita takat nak guna untuk menaip dan surf tenet je? Maybe perlu beli yang mahal kalau nak tahan lama, nak guna dari zaman degree sampai Phd so yang mahal tak banyak problem dan senang nak maintenance tapi maybe nak beli yang murah je sebab bila rosak tak nak baiki dah, ganti yang baru je tak banyak sangat abes kat baiki laptop dan tak ralat sangat sebab harga beli murah. Nampak tak? Nak beli laptop sebijik pun kena pikir panjang, bukan main beli ikut selera je.

Tip: Beli produk yang berkualiti yang tahan lama. Kurang wang dan masa untuk maintenance dan kurang pening kepala. (Barang yang perlu je tau!)

1

3. Tak pantau transaksi perbelanjaan.

Orang kaya dan berjaya sangat berhati-hati bab-bab nak keluarkan duit ni. Bila diorang bayar apa-apa diorang take note, dorang selalu simpan resit untuk semua perbelanjaan dan rekodkan. Setiap bulan dorang selalu ambil masa untuk tengok perbelanjaan bulanan diorang dan compare dengan perbelanjaan sebelumnya. Tengok semua financial statement, yang bank, kad kredit dan lain-lain. Terlebih ke terkurang ker? Kalau terlebih kenapa? Kalau terkurang kenapa? Ada kita buat macam ni? Kalau dah buat tahniah! Anda sudah berada dilaluan betul untuk berjaya. Kalau belum, silalah buat. Jangan jadi macam kebanyakkan orang bila berbelanja bayar je then tak ambik port…tau-tau dompet tebal jadi kempis. Bila kita ambik tau kemana wang kita hilang, kenapa kita withdraw rm500, bajet nak guna rm250 tapi tiba-tiba lepas gi mall jadi rm 47? Dengan pantau transaksi setiap bulan, kita akan lebih berhati-hati setiap kali belanja duit supaya tak boros lain kali. Nampak renyah nak buat, kadang-kadang saya pun terlupa tapi bila semua direkodkan dan kita tengok sendiri perbelanjaan kita, kadang-kadang kita pun akan geleng kepala and tobat tak nak spend lagi untuk benda yang tak patut.

7

4. Lupa nak adjust pelan kewangan.

Antara kesilapan yang orang selalu buat adalah tak adjust pelan diorang secara kerap. Kita lupa yang corak kehidupan kita ni berubah-ubah. Terkadang sebab faktor ekonomi dan lain-lain. Contoh, perbelanjaan time bujang of course lah lain bila dah kahwin, bajet perbelanjaan hidup berdua lain pulak, dah ada anak lain pulak dan seterusnya. Kalau dulu bujang asyik lepak Starbuck, KFC, dah kahwin kena la tukar cara berbelanja supaya kita masih boleh menyimpan tapi have fun at the same time. Kalau bulan ni, keta rosak, atau anak sakit, kenalah cut sikit bajet untuk benda lain. Silaplah kalau kita teruskan cara berbelanja yang sama je sepanjang masa…kenalah berkorban sikit bila komitmen dah banyak. Bila kita dapat buat bisnes dengan duit simpanan kita, dapat expand bisnes dan berjaya, akan sampai masa kita untuk reward diri kita sendiri.

Tip: Kalau ada duit lebih, invest untuk beli rumah, kenderaan atau apa-apa aset yang boleh disewakan pada orang. Aset sedia ada pun boleh dimanfaatkan sepenuhnya kalau kena caranya.

4

5. Tak update ilmu pasal duit, strategi perbelanjaan.

Ni ramai orang buat..silap ni, walaupun kita dah tau pasal ilmu kewangan, janagan berhenti belajar. Walaupun kita dah berjaya simpan rm 2-3 ribu sebulan, jangan berhenti tadah ilmu daripada mentor-mentor, daripada pembacaan dan sebagainya. Dunia sekarang ni banyak benda cepat berubah, akan sentiasa ada cara baru untuk nak uruskan duit, apatah lagi cara nak ternak duit jadi lagi banyak. Jangan terikat pada cara lama kalau tak kita akan ketinggalan. Orang-orang yang dah kaya dan berjaya, walaupun tahu cara buat duit tapi mereka akan cari orang yang berilmu untuk bagi nasihat dekat diorang pasal kewangan yang effektif. Maybe kita tak sampai tahap tu lagi nak cari financial advisor tapi rajin-rajinkanlah diri nak mambca atau Tanya orang yang lebih berpengalaman..rasanya cara ni free of charge je..nak dengan tak nak jer…

Tip: Baca nasihat atau tip kewangan daripada pelbagai usahawan billionaire dari serata dunia yang dah berjaya. Ikut dan amalkan dengan konsisten.

10

 

6. Serah perihal wang bulat-bulat pada orang lain.

Orang yang kaya dan berjaya selalunya tak mudah percaya pada orang bulat-bulat terutamanya bila berkait dengan wang. Contoh, kalau ada company sendiri, ada akauntan, ada pekerja, kita kena sentiasa tak boleh bagi bulat-bulat kepercayaan pada orang lain. Kena ada sikit rasa was-was. Maksudnya, kena selalu tanya dan ambil tahu pergerakan duit kita.  Jangan bagi duit dekat akauntan, pekerja lain, kawan lepas tuh senyap, dah dekat berbulan baru tanya. Kena selalu nilai performance orang yang uruskan duit kita ni, kalau ada salah sikit, jangan ignore, tapi tanya dan pastikan benda sama tak berulang. Bukannya nak suruh korang ada negative mindset tapi kena sentiasa alert. Walaupun orang yang kaya dan berjaya selalu dapatkan nasihat pakar kewangan, tapi mereka tak serah bulat-bulat urusan duit pada mereka. Kita bertanggungjawab atas duit kita sendiri. Saya sendiri pernah ditipu kerana tersalah percaya pada orang and I learn from my mistake. Nasihat saya biar nampak macam cerewet, strict dan tegas asalkan tak terbabas di kemudian hari.

Tip: Jangan bagi orang luar handle duit kita bulat-bulat. Uji diorang dulu dengan amaun yang sikit dan banyakkan secara berperingkat. Buat survey pasal kredibiliti dorang dengan tanya pada orang lain yang mengenali mereka.

11

7. Cepat puas hati dengan income yang sedia ada.

Bukanlah maksud saya jangan bersyukur dengan apa yang dah ada. Kita harus bersyukur time susah dan senang. Tapi bezanya, orang yang kaya dan berjaya diorang tak mudah selesa dengan apa yang mereka dah capai. Dorang ni selalu cari ruang untuk majukan diri sendiri. Untuk jadi lebih berjaya lagi. Setengah orang bila dah kaya mereka jadi selesa dan hanya hidup dalam kitaran yang sama. Soalan saya, walaupun kita rasa hidup kita dah selesa dan bersyukur, kenapa harus berhenti nak majukan diri? Kalau dah capability kita boleh capai 10 juta sebulan, kenapa dapat 10 ribu dah nak berhenti? Bukanlah nak tamak, tapi saya rasa, lagi banyak kita dapat, lagi banyak kita boleh member…tak gitu? Orang yang kaya dan berjaya, selalu tak berenti macam mana nak maju lagi ke depan, bila kita dapat improve jadi lagi baik, kita akan lagi happy..orang-orang keliling kita jugak. It’s all about your intention and determination. Apa-apa pun, letak niat yang elok at the first place.

12

Tip: Sentiasa mingle dengan orang yang business-minded untuk explore idea-idea baru untuk tambah income.

 

13

8. Nilai wang atasi nilai lain.

Ha! Yang ni salah besar yang hampir semua orang buat…kadang-kadang saya pun terbabas jugak. Bila kita kerja cari rezeki kuat sangat, terkadang nilai wang tu mengatasi segalanya. Salah tu, jangan kejar wang habis-habisan sampai benda lain tak terkejar. Jagan lupa aspek lain macam nilai kemanusiaan macam charity, nilai kesihatan, nilai kekeluargaan dan lain-lain. Terkadang sebab duit yang ni kita terlepas pandang. Kita lupa yang kadang-kadang Tuhan bagi rezeki sebab nilai-nilai lain yang ada disekeliling kita nilah.. Contoh, tuhan bagi kita rezeki lebih harini bukan sebab effort kita, tapi sebab doa mak,ayah, suami, iseteri dan anak-anak kita. Tapi ironinya, sebab nak rezeki lagi banyak , kita abaikan diorang yang jadi punca rahmat kita ni. Kalau kita ditimpa musinah dalam pekerjaan atau perniagaan, renung-renungkanlah. It’s all about time management, jangan sibuk kejar duit je, ambil masa untuk diri kita sendiri dan orang lain agar semua orang happy.  Tak guna duit berjuta tapi end up duduk hospital je. OK?

Tip: Selalu review matlamat wang kita untuk tengok balance tak dengan matlamat keluarga, percintaaan, kesihatan dan lain-lain.

Sekian sahaja tip saya kali ini untuk dikongsi dengan anda. Saya harap saya dapat tulis dengan lebih kerap lagi apabila saya ada waktu terluang. Walaupun sibuk attend banyak talk dan baru habis buat seminar, tetapi saya harap sangat saya dapat tulis lagi banyak untuk share ilmu yang saya ada dan saya baru dapat khusus untuk anda semua. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para peserta Seminar SYB 2.0 kerana sudi datang untuk menimba ilmu walaupun dari jauh. Ada rezeki kita jumpa lagi! Selamat menguruskan wang, jadi kaya dan berjaya dan jangan lupa ajar kawan share dan ajak kawan-kawan sekali untuk amalkan tip-tip yang saya bagi ni.

 

Ade tak sape2 yang nak EBOOK mcm mana nak buat sales n marketing? Senang cter cara mcm mana nak buat bisnes lah..Saya nak bg FREE je EBOOK yang bernilai RM 79.90 ni.

KALAU NAK KLIK DISINI LAJU2…

 

Komen Anda?

Close
Top